Followers

Thursday 22 September 2011

Tutorial : Pinwheel Decoration

Hye dearest readers.. Happy Thursday!

Sekarang dah jadi trend kan deco guna pinwheel ni.. Cute-cute jer.. Nak pulak yang berwarna-warni, so cheerful... Hehee.. Jom layanz gambar dari Merisik Gallery

Cantik kan...simple & sweet

Warna yang ceria!
Ok, kat sini ada tutorial nak DIY Pinwheel ni.. Selamat mencuba :)

Tuesday 20 September 2011

Kad Kahwin

Dear Lovely Readers.... Assalam..

Minggu lepas saya dah p tempah kad kahwin.. Mula-mula survey sekitar Jalan Brunei.. Lebih kurang ada 8-10 buah kedai yang buat kad kahwin. Rambang mata. Cantik-cantik belaka.. hehee.. Geram tengok, rasa macam nakkkk jer semua tu... Tapi dalam banyak-banyak tu, ada 1 jer yang memenuhi budget yang ada.. Hahaa..

Bukan kedekut yer, tapi saya rasa tak perlu la spend terlalu banyak hanya untuk kad kahwin yang grand-grand, sebab nanti orang akan buang jugak. Betul tak? Boleh kira dengan jari jer yang betul-betul minat simpan kad-kad kahwin ni. Macam sorang kawan saya dari sekolah menengah dulu. Dia memang akan simpan kad kahwin daripada kawan-kawan. Then, dia akan count, time dia nanti orang yang ke berapa kahwin after kawan-kawan. Hahaa.. Klakar betul 'makcik' tu...

Memula plan nak DIY sendiri jer.. Anas lagi la berkobar-kobar nak buat sendiri, banyak betul design dalam kepala dia. Tapi kami takla sekreatif orang lain.. Nanti outcome ntah macamana rupa. Last-last setelah buat calculation semua, tempah lagi jimat, senang, tak yah pening-pening nak pikir. Huhuuu...

So, kami jumpa satu kedai kad kahwin yang dalam budget punya. Paling murah la antara kedai-kedai lain yang dah disurvey. Hehee.. Then, terus kesana buat tempahan. Jenuh jugak nak memilih design dan coraknya. Sempat jugak saya snap 2 3 keping kad kat situ.. Huhuu..

Nyaris-nyaris nak ambik design ni.. sungguh tak matang kami berdua ni kan..

Yang ni pun nice, simple aje..

 Banyak lagi la design dia, cantik-cantik, malu pulak nak snap banyak-banyak.. ;) Mine punya biasa-biasa jer, simple, senang nak baca & paling penting murah.. Ukur baju di badan sendiri kan.. If tak mampu, buat cara tak mampu, kalau nak ikut orang, memang tak kawen la jawabnye.. Ye dak.. hehee.. Tapi if ada budget lebih apa salahnya kan.. Kahwin pun sekali jer seumur hidup, mesti kita nak something yang memorable kan... ;)

Ini kedai tu..
Ada banyak cawangan, sesape nak tempah kad, tryla survey-survey disana yer... ;) 

Thursday 15 September 2011

DIY : Family Corsage

Assalam readers...
Selamat Hari Malaysia untuk  semua.. Bersyukur lah kerana kita dilahirkan di negara yang merdeka, bebas dari jajahan negara luar, hidup dalam aman & damai walaupun berbilang kaum..

Esok cuti kan.. Apa plan? Hehee.. Mesti sibuk nak p open house kan.. Saya nak balik kampung! Yeayy!! Ada urusan yang perlu di settlekan dengan cepat. InsyaAllah. Aim rumah kakak la sebab ayah takde dirumah, balik Kedah.. :) Esok saudara mara disana nak buat kenduri arwah. Semoga semuanya berjalan lancar..

Ok, saya gatal tangan nak buat corsage untuk family. Tapi tak tahu la jadi ke tak. Dah try buat, alhamdulillah, ok laaa...tapi takdela secantik orang lain buat. Heehee.. Maklumla, tangan tak mahu dibedung waktu kecik-kecik dulu... Jom tengok..
First trial.. :)

9 & 10 petals... ;)
Masa arwah mak ada, dia sempat ajar saya cara buat kelepok bunga ni. Pastu rasa macam teringin jer nak buat untuk kenang-kenangan tanda ilmu yang dia ajar melekat dalam hati... ;)

Masa buat ni, I realize if kita guna fabric yang keras sikit would be more nicer dia punya petal tu.. Tapi saya guna kain yang ada dirumah jer. Lebihan buat fabric HB.. hehee... Blaja dari intan. ;)

p/s: picture from hs aje...snap tgh2 malam. huhuu...

Wednesday 14 September 2011

WW : Deco for Meja Beradab

Deco for centerpiece

Chair's Deco

Suka.. Simple & Sweet...

Source: Ren-da Bellezza (FB)
            Ren-da Bellezza (Website)

Sunday 11 September 2011

Bertandang Oufit

Hye All...
Betul tak, saya memang gatal tangan nak menulis hari ni.. hehee... ;)

Masa bertunang tahun lepas, hantaran kami ada terselit kain pasang untuk pakai masa nikah nanti. Now, since baju untuk nikah dah ada, saya switch kain pasang tu jadi baju untuk bertandang ke rumah pihak lelaki nanti. Awal-awal tahun lagi dah hantar kat tailor untuk buat baju nikah. (Semagat betul! hahaa)

Minggu lepas pergi rumah tailor tu balik, cakap nak tukar design. Nasib la dia tak gunting lagi..katanya takut badan naik/turun sebab majlis hujung tahun. hehee.. (urut dada)

Sumber Idea 
Jalan-jalan di plaza alam kat Shah Alam, nampak ada baju pengantin yang comel (Gambar kanan dan kiri) tapi tak ingat pulak apa nama butik pengantin tu. Gambar tengah-tengah tu survey-survey kat google. Pastu bagi contoh kat tailor. Hehee...

Hope dia boleh buat kan macam yang saya nak. Takde la segojes baju2 dalam gambar kat atas tu sebab kain pasang tu satin and lace aje.. Lace pun hanya 2meter. Design will be simple, sebab majlis nanti pun di kampung, takut tak sesuai dengan environment sekeliling. Kalau buat di hotel @ dewan boleh la melaram sakan... ye dak?? ;)

p/s: Baju kaler hijau lembut tu sangat cantekkk..jatuh hati kejap.. o_0 

Solemn Outfit

Dear Peeps...,

Gatal tangan nak menulis ok... Padahal keje belambak..huhuu..

Hari ni nak story pasal Jubah untuk nikah nanti. Ingat lagi tak entry yang ni.. (ade ke yang baca??). Atas permintaan arwah ibuku tersayang, masa nikah nanti saya akan pakai jubah. Jubah tu pun dah beli dekat PKNS Shah Alam. Paling penting, ayah yang pilih.. hehee.. suka ;).

My Solemn Outfit
Ok, dah boleh review. Biase2 aje, takde la meletop macam orang lain. hehee.. kaler putih sesuci salju.. Then, ade kilat2 sikit depan dan belakang, plus jait manik and labuci kat depan tu sikit.


Cuma tudung dan veil masih belum decide nak pakai yang macamana.. Ada sesiapa boleh tolong bagi idea, nak padankan dengan veil yang macamana?? Sungguh, saya buta fesyen.. Help me plsss...

Salam Syawal

Salam 13 Syawal everyone....

Lamanya tak hapdet belog... hehee.. Masih sempat lagi kan wish semua selamat hari raya... Maaf zahir batin.. ;) Dah puasa 6 ke belum?? Saya belum lagi.. hehee.. Niat tu ada, tapi masih belum terlaksana lagi.. InsyaAllah, jika diberi kesempatan ruang dan peluang.. hehee.. Peluang dah terbentang depan mata, tapi nak start tu yang liat sikit.. huuu...

My raya celebration was biasa-biasa aje.. Maklumla, pertama kali beraya tanpa mak tersayang, memang pelik rasanya.. Sebak je menjelang raya, tapi kami sekeluarga cuba tabahkan hati dan kuatkan semangat demi ayah tersayang. Memang sayu tiap kali tengok muka ayah.. Nak sangat tahu apa yang difikirkan ayah tiap kali lihat dia termenung jauh... Bila bertanya, jawabnya takda apa-apa.. Lelaki, biasa laa.. susah nak curahkan apa yang dia rasa..even dah berumur pun... Tapi kalau kena gaya, ayah akan bercerita.. :)

Sehari sebelum raya, kami pun macam family yang lain jugak, sibuk buat preparation untuk hari raya.. Masak-masak, membaking, pasang langsir, kemas rumah...semua lah.. Pretended to be like usual, even dalam hati..sayunya, Tuhan saja yang tahu... Pagi-pagi lagi ayah dah beli daging (macam biasala, daging 10kg, tulang 10kg). Kakak buat kari, rendang, sup... (Dia punya kari sebijik macam mak punya... Ayah pun cakap benda yang sama.. heee..)

Belah petang kami sibuk buat ketupat daun palas, tapi tak sorang pun mewarisi bakat tangan mak. Tak jadi ok.. huhuu... Tapi gagahkan jugak balut sampai abis 2kg pulut.. Then, tak penah-penah hayat family kami buat lemang, tahun ni pecah tradisi.. Dua orang abang ipar yang bersemangat waja buat lemang..hehee.. Menjadi pulak tu.. Ramai orang puji, kembang kempisla mereka berdua..hahaa.. Kami decide raya tahun depan memang nak buat lemang je since takde sapa pandai balut ketupat daun palas...hehee... InsyaAllah.

Pagi raya memang sebak.. Masing-masing laju jer airmata turun.. Lepas sembahyang sunat Eidulfitri (saya tak pun, sebab tengah traffic light merah..huu) aktiviti pertama kami ialah menziarahi kubur, baca yaasin dan doa, sedekahkan untuk arwah mak.. Sangat touching bila dengar ayah baca doa untuk mak.. :'( Cuaca pun redup jer... Se sayu hati kami semua.. Semoga Allah perkenankan doa kami.

Raya 2009 bersama arwah mak...


 Raya 2010 bersama arwah mak... 

 p/s: raya tahun ni tak sempat nak snap pic.. masing2 sibuk.. (dalam hati sebak sebenarnya nak ambik gmbar..tak sanggup tengok ayah bersedih..)