Followers

Friday 2 January 2015

Anniversary ke-3

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2015. Semoga 2015 membawa seribu kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan. Kemain, wish yang happy2 jer walaupun tau 2015 adalah tahun yang mencabar. Baik dari segi ekonomi, kerjaya dan pelajaran. Stress kalau pikir ni. Just go with the flow. Doa semoga Allah aturkan yang terbaik jer untuk masa depan. 

24.12.2014
Genap ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3.
Macam biasa, takde sambutan yang romentik, yang suwit muwit, xde. aku tak pernah merasa pun. 
Tapi Alhamdulillah, aku masih punya suami, punya anak dan keluarga yang masih setia disisi buat aku rasa cukup sempurna.
Cuma ada jam tangan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. Tenkiu hasben. 

12 years ago



Sudah 12 tahun berlalu, gambar ni masa jamuan akhir tahun tingkatan 5. Tapi tak pernah tau ni jodoh kita. Harap terus hingga ke syurga. Masih jauh perjalanan, masih banyak yang kena blajar. Hidup suami isteri bukan senang. Semoga Allah mudahkan perjalanan kita. 



Happy Anniversary Husband, Ailefyu.












Wednesday 19 November 2014

Kasih Berbisik

Assalamualaikum.

Pagi rabu yang hening buat aku sedih, rasa macam tersiat-siat hati ni. Dalam tak sedar air mata bergenang, menitis laju.

Arrggghhhh...


Duhai suami...
Mengapa sanggup menduakan cintaku?
Mengapa tergamaknya hatimu berpaling dariku?
Mengapa dia muncul dalam hubungan kita?

Siapa perempuan itu? Kenapa dia yang kau pilih?

Teringat.
Dalam kereta.
Dia menceritakan kebenaran.
Aku diam. Sepi.
Air mata mula bertakung.
Dia membawa aku berjumpa perempuan itu.
Suaraku tersekat. Tak mampu berkata walau sepatah.
Tiada juga senyuman di bibir.
Memang, dia cantik.
Free hair, kurus, putih mulus orangnya.
Jauh jika dibandingkan dengan ku.
Jauh....

Sakit hati melihat suami sendiri dengan perempuan lain depan mata sendiri.
Mesra.
Ahhhhhh....
Meluat. Benci.
Kenapa aku masih disini.
Kenapa aku perlu menyaksikan adegan ini.
Kenapa aku perlu telan semua ini.
Dan...
Kenapa anak ku juga mesra dengan perempuan itu.
Sakit nya hati bagai ditikam-tikam.
Sungguh.
Sakit.
Tak mampu nak bertahan lagi.

.......

Sayup.
Terdengar deringan telefon.

.....

"Bangun-bangun, dah pukul berapa ni? Kang lambat pegi keje."

Hahhhh?
Mimpi.
Cisss.

P/s: Ni effect baca cerita curang suami mah, sampai terbawak dalam mimpi. Plus, tak sabor tunggu drama Kasih Berbisik malam ni. Hahahahaaa.... Tu la yang hasben selalu bising, jangan tengok drama sangat. Ni la akibatnya. Kihkihkihhhh.... Ate, boring kot asyik layan cerita binatang channel 550. Sesekali berdrama best jugak. Choiii.

Ni bukan suami mah.


Tapi bila pikir-pikir, alahai dulu kate xkesah pong hasben nak kawen lain. Tu cakap jela. Dalam mimpi pon dah kemain sentapnye. Ahahhahh.. Serius, aku rasa tak mampu kot nak kongsi lelaki ini dengan sesiapa pon. Tapi sapela nak kan laki ku ni. Kaya pun idak, hensem jauh skali tapi manis tu ada. hihihihi.....



Friday 31 October 2014

Long Time no Post....

Assalamualaikum...
Jumaat yang barakah, semoga semuanya dibawah lindungan dan rahmat dari yang esa.
Insyaallah.

Lama, sangat lama tak update blog sendiri. Dah bersawang, berhabuk. 
Sibuk.
Urusan kerja, rumah-tangga, pelajaran, urusan diri sendiri yang sampai kadang-kadang tak terurus.
Allahurabbi.

Penat.
Semakin meningkat usia, semakin penat. Sakit-sakit badan dah mula terasa. Adoi, macam tua sangat jer.
Tapi, tulah hakikatnya.
Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan yang berpanjangan untuk menguruskan keluarga.


Cepat sangat masa berlalu, tak terasa. 
Tau-tau dah hari terakhir bulan 10!
Ada lagi 2 bulan untuk tahun 2014.
Masih banyak yang belum tercapai. Masih banyak yang belum dibaiki. Masih terlalu banyak yang belum berganti.
Harap ada kesempatan sebelum dijemput.
Astaghfirullah.



Meh nak belanja gambar anak dara tengah kusyuk kepit kuku. Ni gambar lama.



This one latest.



Anak makin halus. 
Tapi apehal la mami tu kembang semangkuk je tengok. Memang gitulah gayenye. 
Makin kembang disetiap sudut. kihkihkih
Bila la nak kurus macam dedulu....
Pehliss bring back my shape!!




Monday 2 June 2014

Review: Stretch Marks Time Pregnant

Assalamualaikum kawan-kawan

Lamanya tak berbelog. Rindu. Kekangan masa. 
Tapi tak sangka masih ada yang sudi baca. hihi...
Tocey-toceyyyy...

Kali ni just nak share apa yang saya apply masa time pregnant dulu (Lama dah ni...anak pun dah setahun lebih, baru nak review bagai. hikhik) untuk avoid stretch marks.

Cocoa Butter Formula
Yes. Cocoa Butter.
(Time beli ni dah botol yg ke-2. Siap ada free sample, product2 yg lain) 

And the result is...
Its work! No stretch marks on my tummy...
Masa time pregnant memang clear... clean, cewahhhh
Tapi...
After birth,
Stretch marks appear dekat tepi peha... Mujur dekat perut takde!
Wohaaaa.... ngeri!

Tapi my advice,
Korang rerajin la sapu merata tempat yang possible jadik stretch marks yer time pregnant tu, jangan jadi macam ahkak, sapu kat perot jer,
Sekali, hambik... keluor kat peha... hahaa...
Sekarang dok sental losyen mustajab pulak. (Tu pun kalau time rajinnnn) 
Haihhhhh... sakit mata tengok. kihkihkih....

Till Then...
Ntah bila pulak nak menghapdet!



Friday 24 January 2014

Our Triplets


Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2014 dari kami bertiga.... :)
Dah lambat, tapi since it still in January, please consider. Hahaa...
Well, with new title, life is more chaos, more hectic. whoassshhhh....
Wish me luck!