Followers

Thursday 28 June 2012

Wedding Old-friend: Adah

Assalamualaikum....
Selamat hari khamis semua kawan-kawan & silent readers...
Dah lama tak menghapdet belog. Dah bersawang pun. hehehee... Sibuk la konon.

Hari ni saja nak meng-review wedding adik my best friend. Adik dia ni saya anggap dah macam adik sendiri dah. Lagipun masa wedding saya dulu dia yang temankan saya waktu akad nikah merangkap mak andam untuk majlis bertandang sebelah lelaki. Kalau tak pergi wedding dia, sangatlah rasa bersalah dan tak best. huhuu..

Ok, akad nikah berlangsung pada Jumaat malam Sabtu, waktu tu saya on the way dari KL, memang tak sempat lah nak hadir. Esoknya saya datang awal pagi sebab nak tengok pengantin khatam quran. Selesai khatam quran, ada marhaban pulak. (Saya memang suka dengar orang marhaban, lagi-lagi part yang sebut nama 4 khalifah tu). Tiap kali dengar mesti mengalir airmata. 

Pengantin in Black Abaya
Part yang saya suka bila pengantin tak mengenakan sebarang make-up untuk majlis ni. Sesuci embun pagi. Hehehee.. Diapit oleh anak buah kesayangan. 

From Bride
Ni pulak hantaran daripada pihak pengantin perempuan. 9 dulang berbalas 7. Yang paling menariks set Gintell  eSlim Advace. Ni khusus untuk exercise lepas kawen. Confirm hilang semua lelemak berlebihan. kihkih.. Cecah RM500 jugak tu. Bunga-bunga keliling dulang from crepe tissue paper. Nice. Kata pengantin, artificial flower kaler biru memang susah nak cari. Kalau ada pun tak berapa cantik. Agreed!

Hantaran from groom lupa nak capture. Aiyyoo. Tapi memang cantik. Combination peach & pink. Vintage gitteww.. Mabeless. Tak yah cite pepanjang, takde gambar.

Pengantin Berarak... suwittt...
They're wearing pink suit. Sangatlah suhwittt... Adah nampak kurus. hekhek... Pengantin senyummm jek.. Saya dulu jenuh jugak la photographer suruh senyum lebor2.. Maklum la, saya memang tak pandai bagi senyuman palsu. Cewahhh.. huhuu...

The dais pun shomell....
Pelamin sangat indah (as for me). Berlatar belakangkan cermin. Sesuai dengan kaler. Ada 3D flower. Mesti mahal ni.. Teringin pulak nak bersanding atas pelamin cantik-cantik macamni. hehee.. Hubs, jom! huhuu.. Dulu pelamin ku biasa-biasa aje, nak meletops2 macam ni tak cukup budget pulak. Pengantin ni takpe, dua-dua kerja best. Ape ada hal... Betul tak adah? hihiii...

Close up make up sikit...
Make up pun cantik. Pandai mak andam ni touch up. Berseri-seri. ^_^
B2B from pahang, near Jerantut boleh view dekat sini.  Mana la tau kot-kot ada yang berkenan...

Barakallah....
&...
Lastly from kak ilah & Anas, kami doakan adah & alan bahagia hingga hujung nyawa. Semoga Allah memberkati hubungan dan ikatan yang terjalin ni. Harap korang tabah mengharungi kehidupan berumah-tangga yang penuh dengan cabaran. Cewahhh (macam dah lama kawen jer...)

Maaf yer, kami tak dapat nak sama-sama memeriahkan majlis di Johor nanti. Hanya doa yang kami panjangkan semoga majlis dipermudahkan dan berjalan dengan baik.


*

*

*


My anak buah...
&..

Diorang lah orang paling sibuk bila pengantin sampai.. Hehehee...



Take care...

Friday 15 June 2012

Wahai isteri...

Assalamualaikum
Just to share....

Wahai isteri...

Janganlah kamu bergembira di hadapan suamimu ketika dia bersedih, atau...
bersedih dihadapannya ketika dia bergembira.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan...
mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci.
Sesungguhnya Allah akan memberkatimu.




I feel like crying... Pada siapa hendak ku mengadu derita ini.... Just think positively.