Followers

Wednesday 27 July 2011

Hilangmu Tiada Pengganti

AJAIBNYA TANGAN IBU 

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

p/s: belakangan ni entry pasal mak aje...kehilangan insan tersayang ini amat meruntun jiwa ;'(

Tuesday 26 July 2011

Pintu Rindu

Dear Readers...

2 minggu sebelum pemergian mak tersayang, dia sempat dengar lagu ni, PINTU RINDU by DATO' SITI NURHALIZA. Itu pun anak buah (Alia Safiyya) yang pasang. She really loves this song. Katanya lagu ni mendayu-dayu, tenang & syahdu...


p/s: Really miss her

Monday 25 July 2011

Rindu

Assalam readers...

Sayu hati ni masih belum terubat sejak kehilangan bonda tersayang 12Julai yang lalu... Rindu padanya membuak-buak.. Rindu nak lihat wajahnya, rindu pada senyuman lembutnya, rindu pada renungan matanya yang redup, rindu sentuhan hangatnya.. rindu suara nya... I MISS EVERYTHING ABOUT HER....

Semoga mak tenang disana. Anakmu ini tak pernah lupa untuk medoakan kesejahteraan mu. InsyaAllah

Tak terbalas jasa mak selama ini. Dia wanita tabah yang tak pernah jemu mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Meskipun mak penat, biarpun mak letih, namun layanan mak tetap sama kepada ayah dan semua anak-anak.  Tak pernah sekali pun dengar mak mengeluh dengan kerja dan rutin harian sebagai isteri dan ibu. Besarnya pengorbanan mu.

Semoga mak ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi oleh Allah
 

"Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi."
-Dr. Fadzillah Kamsah- 
 

Monday 18 July 2011

Bonda Tercinta



Al-Fatihah 
Buat Bonda Tersayang Zainab Binti Saudin
Telah Kembali ke Rahmatullah Pada
12 Julai 2011
10 Sya'aban 1432H
3.38pm
Semoga Rohnya di Cucuri Rahmat.....


Wednesday 6 July 2011

Julai - Bunga Pahar

Holla ladies!

Welcome Julai... Sat je masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik dah bulan 7... How many month left?? Counting2.. Adoi, kecut lak perut rasanya.. satu ape pun tak prepare lagi ni.. huhuu...

Nor dah decide dengan tunang secara separa serius. (ade ke??) huhuu.. selama ni memang tak pernah serius ok... bila tarikh kawen kami. Yes, this december! Wehuu... lambat lagi... hahaa... lagi 5 bulan okeh, sila buat preparation dengan pantas!

Majlis nor nanti takde bunga telur.. hanya yang ada, bunga pahar aje... haha.. kan same je tu.. Emm maksudnye, majlis nanti tetamu tak dapat bunga telur, yang ada cuma bunga telur yang letak kat pelamin tu aje.. Bunga pahar kan orang panggil... Save budget! cet berkira betul. Yes, memang kena berkira! hoho.. Lagipun nor akan bagi benda lain untuk tetamu. Please jangan kecik hati yer bila datang majlis nor nanti. ;)

Bunga pahar nanti Nor akan buat sendiri, tapi tak la secantik dan sehebat yang di kedai atau kawan2 yang lain buat.. Biasa2 aje. Tangan Nor takdela kreatif sangat.. Nor cuba applikasikan apa yang ada di rumah je.. Daripada dibuang dan dibiarkan begitu saje, baik kita buat sesuatu kan.. At lease Nor boleh jimatkan perbelanjaan untuk beli bunga telur ;p

Sekarang ni bukan main mahal lagi bunga telur yang jual di kedai.. Paling murah di tempat Nor RM30 untuk 50 batang. Dah la tu, bunga sekuntum aje terkodek2. Sangat2 simple. Nor tak puas hati. Baik Nor buat sendiri. At least Nor puas walaupun tak secantik mana.


Sila abaikan tangan yang gumuks itu...haha


Ni antara cubaan2 Nor untuk bunga pahar nanti. Hoho.. Kuning gitu! Tema?? Colourful okeh.. hahaa... Ini cubaan saje, If dah siap yang real punya, Nor akan reveal yer...