Followers

Tuesday 31 January 2012

Wedding Bestfriend: Azimah

Assalamualaikum.


Happy Tuesday korang semua. Weekend baru ni pergi reunion sekolah dengan asben. Maklumlah, sekolah sama, satu kelas lagi mestilah pergi pun sama-sama kan... :) (apela, tak berkembang langsung, kawen pun dengan ketua kelas sendiri. wahahahaa....). Eh sekarang dah berkembang banyak tau. Dulu sebelum kawen, punyala jaga makan...sekarang main bedal jek apa yang ada depan mata. Mau tak kembang..... kusssssemangat.

Pasal reunion tu InsyaAllah, will review soon... (Bila la agaknye yek...kihkihhh....macam la rajin sangat hapdet belog).

CNY holiday haritu balik kampung, my bestfriend wedding. Besfren dari sekolah rendah lagi. Habis sekolah rendah masing-masing terpisah jauh, bawak haluan sendiri. Tapi bila time raya, & kenduri kendara still jumpa lagi... Kate sekampung...nak lari kemana..ye dak...hikhik..

Ok, jom layanzz gambar pengantin...

Yes, I am the bride!

Hasben dia senyummmmm jer....

Bride & me during her solemn.. Peluk kuat-kuat :)
Akad nikah ni malam tau. Dan-dan pulak elektrik takde. Tragis betul laa... Tapi my asben cakap akad nikah dalam gelap baru syokk... Bila tok kadi & saksi cakap sah, baru lampu menyala...hehee..Memang kenangan yang tak dapat dilupakan lah :).

Memang kelam kabut lah mak ayah & family pengantin, call orang TNB bagai... hehee..lastly, dah ada elektrik balik... Semua orang bersorak..hehee....sronok tengok gelagat orang. :)

Ni pulak masa bersanding.

Kami ber3 BFF sekolah rendah...
Ingat tak yang dukung anak tu... (post). Dah besar anak dia, setahun lebih dah. Kejap je kan masa berlalu.

Hawra dah besar
Antara kawan-kawan sekolah rendah yg hadir....

Kami bertiga dah kawen...weee...seronok... Tahun ni pulun buat anak lak..hikhik... (gatal).

Friday 27 January 2012

Review: Akad Nikah

Assalamualaikum


Sempena dah sebulan kami bernikah, so hari ni nak share la dengan semua a few gambar masa akad nikah. :) Sekejap je masa berlalu kan, tak sedar langsung. My solemn ceremony was very simple. Majlis berlangsung selepas majlis marhaban dan berendoi diadakan. Lebih kurang pukul 9.20am camtu.

Masa ni dua-dua tengah layan perasaan  dengar khutbah
Saat dia melafazkan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'
Ayah yang walikan saya. Semua adik beradik, ayah yang walikan. Walaupun ayah kena strok (tangan kanan masih belum pulih sepenuhnya) dia tetap gagah menggenggam tangan menantunya. Terharu. Terima kasih ayah.


Dua kali you all, lafaz nikah... hahahaa.... bajet sekali je dah boleh lepas, tapi saksi sebelah saya pulak cakap tak berapa jelas. Tambah pulak budak-budak kecik dok menjerit sakan time tu. huhuu... asben tak puas hati. hahaa... Takpe, orang kata kalau sekali lafaz tu gelojoh, 2 kali tu standard la... hahaa~~~

Dan akhirnya... ALHAMDULILLAH
Suami sedang baca lafaz taklik
Ce tengok gambar kat atas ni. Spot my sis yang pakai tudung kaler merah tu. She was crying sakan. hikhik... Sebenarnya majlis nikah ni majlis air mata. Semua menangis, dari ayah, abang, kakak-kakak, adik, semua laa.. Dok sok sek sok sek kat belakang saya. My pengapit oso. Menangis jugak. Saya pun sedih, tapi tahan je sebak dalam hati... Tak mau start nangis, sebab bila dah start memang payah nak berenti. (Ni terjadi masa majlis bertandang, will story soon..).


Majlis nikah sekejap aje... Tak sempat nak bergambar outdoor macam orang lain. Sebab sibuk nak bersiap untuk majlis sanding pulak. Agak kelam kabut sikit, tapi saya buat-buat cool aje... hahaa...

presenting.... hubby & wifey :)

Friday 20 January 2012

Review: Kasut Bertandang

Assalam readers...

Harini ada class sebelah petang je.. So, pagi-pagi ni haruslah jalan-jalan kat blog kan... Walaupun keje kat sebelah menimbun.. huuu...(-_-*) 

This entry pasal my kasut bertandang. I just have a very simple pair of wedding shoe, takde bling-bling, takde lace-lace. Memang sengaja beli untuk jangka masa panjang. Tak mahu pakai untuk sekali jer seumur hidup. Amoi yang dekat kedai tu pun macam tak percaya jer kasut tu untuk pakai masa wedding. hahaa...

Ini adalah salah satu hantaran dari suami.. hehee.. giler kedekut. haha.. Bukan ape, sebenarnya saya memang jenis yang susah nak cari kasut, bila ada yang berkenan dihati baru terasa nak beli. Ataupun time kasut dah putus atau koyak. Selagi kasut tak koyak, tak jatuh bila jalan sebab tapak dah haus, memang tak beli. Gila survive. Haha...

So, bila mencari kasut memang susah la nak jumpa yang berkenan dimata dan dihati. Pusing punya pusing saya jumpa kasut ni. Sesuai untuk hantaran, pakai masa bertandang & untuk pakai pegi kerja. At least for me. Mungkin pada orang lain tak seswai langsung. Muahaha...

Ini kasutnya....soooo simple...

In order nak nampak kasut tu menarik sikit masa bertandang, I choose to add this....

Fabric rose bud brooch....
So, this is another idea using of the lovely brooch.. Ini sebab berkenan cincin Intan la ni.. Haritu masa jenjalan kat GM Klang, saya jumpa fabric brooch ni.. Teringin nak buat cincin macam Intan, bila tunjuk dekat Anas, he said, NO NO NO.....jangan pakai yang pelik-pelik, besar sangat nak buat cincin.. Aduyai, so typical lah my Anas.. Huawawaaa.. End up, beli jugak, bagi kasut yang pakai.. huhuuu....


It's my shoes....

Kasut ni saya beli di butik NIP collection. Murah aje. Ada discount, jadi RM49.90. Brooch tu beli di GM Klang, harga RM2 each. Comel-comel brooch kat sana.. Geram, rasa nak borong je semua. Hahaa...

Sekarang kasut ni saya pakai pergi kerja, tapi dah buang tanggalkan brooch tu, sebab nanti bila pakai baju kaler lain selain turqoise, rasa macam pelik lak. It fit me well so far. Eh, baru perasan, ini adalah heels pertama saya!.. Wuhuu... kasut yang sangat berjasa... :)


Monday 16 January 2012

Review: My Family in Red

Dear Peeps, Assalam... Monday blues huh?

Dah dekat sebulan dah kawen, tapi still tak buat-buat lagi review.. Kesian kat readers semua, musti tertunggu-tunggu post terbaru kan... Ecehh macam la ramai sangat yang baca. hahhahaa... Atcely tak tahu nak meng review mana dulu a.k.a still tak dapat gambar yang menarik untuk share dengan korang semua..  Cewahh... Macam la banyak benda nak direview kan... Lantak.

So, sesuai dengan entry, nak tayang gambar dengan family masa wedding aritu. Ni pun gambar family sebelah saya je. Sebelah suami takdan nak bergambar sebab diorang sume rushing balik, nak prepare kenduri kat sana pulak esok tu.. Agak terkilan jugak la, tapi pun nak buat camna kan... Korang nanti plan la betul-betul dengan kedua-dua family nak bergambar sekali. Jangan jadi macam saya yang haru biru ni... kehkehkeh...

Layan jela gambar 2, 3 keping yang ada ek....

They are in red polka dot :)

My sibling with ayah.. Mom, wish you were here.... :(

Macam-macam gaya ada...
Okey, inilah family saya.. masam masin suka duka semua ada. Thanks you all.. Really appreciated with the coop given. Sepakat itu membawa berkat, semoga kita terus ikhlas membantu satu sama lain.. sayang korang.


Next: Ape yek? Maybe dress up kanak-kanak kot. Bye-bye semua...

Monday 9 January 2012

Terima Kasih

Assalam readers... :)

Tak sedar pun dah 17 hari menjadi isteri kepada Anas Bin Daud. Alhamdulillah. Sekejap jer masa berlalu. Masih lagi menyesuaikan diri hidup bersama. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. InsyaAllah, saya akan berusaha memberikan yang terbaik untuk ikatan yang dibina ni.

Terima kasih yang tak terhingga untuk ahli keluarga yang banyak membantu. Tanpa mereka, mungkin majlis yang berlangsung tak bermakna. Sudahlah mak takde, tak dapat bayang kan jika ahli keluarga tiada disisi.  Untuk keluarga sebelah saya dan sebelah suami, kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan bantuan yang dihulurkan. Terharu sungguh. :'D

Untuk ayah tersayang, sayu nya hati ni bila mengenangkan ayah. Saya tahu, berat hati ayah melepaskan anak perempuan yang sorang ni ke tangan lelaki lain. Redup je nampak air muka ayah. Terima kasih ayah, kasih mu tidak bertepi. Tak terbalas jasa ayah selama membesarkan saya. Selama mak takde, ayah tempat saya mengadu. Tapi bila ayah menangis dan termenung ingatkan mak, saya tak berani berdepan memujuk. Maaf ayah, anak ayah yang sorang ni tak punya upaya berdepan dengan emosi ayah. Hatinya sebak. :'(

Kepada jiran tetangga, kawan-kawan mak terima kasih daun keladi. Walaupun mak dah takde, tapi kawan-kawan mak tak jemu-jemu datang membantu. Memang banyak dugaan yang diterima untuk uruskan majlis ni, sedaya upaya tabahkan hati terima ketentuanNya. Terima kasih makcik-makcik semua. Jasa anda sangat-sangat dihargai. Hanya Allah yang dapat balas. InsyaAllah, selagi ada kudrat, saya pulak akan bantu makcik-makcik nanti.

Saudara mara dan kawan-kawan yang datang dari jauh dan dekat, saya sangat terharu dengan kehadiran anda semua. Terima kasih sangat-sangat sudi berkunjung ke majlis yang sederhana ni. Alhamdulillah, saya tak keseorangan untuk berkongsi kegembiraan ini. Saya tak punya hadiah mahal-mahal untuk diberikan kepada saudara mara dan kawan-kawan yang datang tanda terima kasih, tapi saya punya hati yang sangat terharu dan berterima kasih atas setiap jejak langkah anda semua ke majlis saya.

ALHAMDULILLAH, syukur, majlis dah pun selesai. TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat. I love you... Mmmuuaahhh...

Sneak peak right after solemn :)


P/s: Nak tengok gambar tak? Tunggu okeh.... :)

Friday 6 January 2012

Barakallah...

A lovely friday ~~


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.

Wednesday 4 January 2012

Tuesday 3 January 2012

I am officially taken by him....

Assalam peeps....

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...syukur....