Followers

Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts
Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Rustic Vintage

Assalam..
Monday Bluess darls...,

Tak mau cerita banyak sebab kagum dengan this RUSTIC VINTAGE. Dah jatuh cinta pandang pertama ni...

Menarik kan the dais. Tengok bunga telur tuuuu... 

Nice capture
 Ohhhhhh.....

Ohh love it!
Wahhhhh....

So rustic, suka sgt ;)


When look at this, I am very surprise that the couple really made their day. How they manage to realize their dream. I love every single of the details & props. Congrats for the newly wed couple!


Rasa macam nak attend jer majlis diorang ni. Nak tengok sendiri, tak puasa tengok gambar aje... huhuu

Source:  Bliss PhotoCinema 

Friday, 11 November 2011

Ohh deZahra

Assalam peeps...

Hunting tudung for solemn & reception ceremony. Another 42 days baru terhegeh-hegeh nak cari itu ini..hahaa.. So, please, b2b out there jangan tiru perangai ini pompuan..

Alahai...cantik betul tudung deZahra ni kan... I wish to wear it, but bila tengok harga boleh tahan  mahal jugak laa.. Budget pun ciput, manala mampu nak pakai... huuuu....

Jom layan gambo jela...

Soft pink - songket awning
Batu biru

Ada beberapa selebriti yang pernah pakai tudung deZahra ni untuk wedding mereka:
Nabila Huda - masa majlis khatam quran (so sad, sekarang dah bercerai pon)

Fazilah Hani - comel lah, suka dia (ke suka sebab nama sama? haha)

Azliyanti TV3 (tak cam lah yang mana...haha)

Ok, ni website deZahra. All picture taken from there. Cantik-cantik semua.

P/s: Ada sesapa tau kat mana nak cari tudung lagi??

Thursday, 3 November 2011

Head Accessories for Little Princess

Assalam peeps...

Dalam seribu langkah menuju ke alam rumahtangga, banyak hati yang perlu dijaga. Baik keluarga sendiri, sahabat handai ataupun insan tersayang. Benarlah kata orang, hidup ini tiada betul, tiada salah. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat keputusan pada saat itu. Jadi, buatlah dan berilah yang terbaik. Percayalah, Allah itu Maha Adil. 

Sangat sibuk siapkan wedding preparation. Gerun pulak nak counting days! hehee.. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan semuanya. Just put more effort, InsyaAllah, everything will be ready by the time being. Really hope so. ;) Chaiyyok..!

For lil princess

90% done
Ok, boring-boring mengadap bunga pahar yang ntah bila nak siap, saya buat reben untuk budak-budak kecik pakai masa kenduri nanti. If beli kat kedai pun dah RM3 seketul kan. Anggap ajela ni hadiah dari pengantin yer.. hehee.. ;)

Thursday, 13 October 2011

Idea Doorgift

Assalam peeps...

Dah lama tak bukak blog, progress wedding pun tergendala. Kecut perut lak rasa. Another 70 days??...huuu...

Last weekend balik kampung bawak baby & mak baby berpantang di pahang. Kakak yang jaga. Terima kasih yang tak terhingga untuk kakak (on behalf adik..huhuu). Terima kasih sudi jaga diri yang dalam pantang tu. Terasa janggalnya yang melihat ni. Dulu-dulu time kakak-kakak berpantang, mak yang jaga. Bila mak takda ni, kakak la yang ambil alih tugas mak. Even masih muda, tapi pada siapa lagi yang mampu kami harapkan. Harap supaya kakak tabah dan sabar jaga orang dalam pantang ni yer.. Semoga Allah membalas segala jasa baikmu.

So now, baby & mak baby Alhamdulillah, going good day by day...

Isnin - Rabu pergi training NDT (Non-destructive Testing). Sape tau angkat tangan. Hehee.. Sangat banyak input yang dapat. Sangat seronok. Sangat memberangsangkan sel-sel dalam kepala otak ku yang dah berkarat ni. Hahaa.. Yes, I am one & only girl kat situ. Tak kesah, sebab dah biasa berada dalam kelompok yang lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Huhuu.. If ada yang berminat nak tau, InsyaAllah, nanti saya boleh story-mory ok. 

Atcely, nak story pasal wedding doorgift ni. Just to share lah. Masa my housemate pergi kenduri orang kampung ku di Ampang (Saya tak pergi pun sebab ada commitment lain masa tu), dia ada dapat 1 doorgift yang jarang-jarang dibuat orang. hehee..   


Taraa..... Sarung bantal ok...


Nice jugak kan...
So, sesape yang still tak tau nak kasi apa as doorgift, maybe ini boleh membantu. Before this, memang tak pernah dapat lagi doorgift macam ni.. Ke korang dah selalu dapat?? Huhuu... 

Mine? Emm..biasa-biasa aje..will review later. Tunggu k... (Nak tempah pun boleh...cewahhh sempat lagi promote... hahaa...)  

Tuesday, 4 October 2011

Sponge + Felt + Button + Beads HB & Paper Wedding Dais

Hai darls..,

Tadi jenjalan jumpa 1 hand bouquet cantik...

Taraa....
Sangat sweet kan... wuuuu... comel.... -source
Then, wedding dais from paper... Nak nangis tengok... Waa...beshnye if boleh buat sendiri....huuu

waaaa...nak macam ni.... - source
Another paper backdrop yang cantik untuk pelamin...

wuuu...nampak tak bunga kertas di atas tu... -source
P/s: Andai tangan ku sekreatif orang yang buat deco sume ni... Alangkah indahnya.... huhuuhuu....
 

Wednesday, 14 September 2011

WW : Deco for Meja Beradab

Deco for centerpiece

Chair's Deco

Suka.. Simple & Sweet...

Source: Ren-da Bellezza (FB)
            Ren-da Bellezza (Website)

Sunday, 11 September 2011

Bertandang Oufit

Hye All...
Betul tak, saya memang gatal tangan nak menulis hari ni.. hehee... ;)

Masa bertunang tahun lepas, hantaran kami ada terselit kain pasang untuk pakai masa nikah nanti. Now, since baju untuk nikah dah ada, saya switch kain pasang tu jadi baju untuk bertandang ke rumah pihak lelaki nanti. Awal-awal tahun lagi dah hantar kat tailor untuk buat baju nikah. (Semagat betul! hahaa)

Minggu lepas pergi rumah tailor tu balik, cakap nak tukar design. Nasib la dia tak gunting lagi..katanya takut badan naik/turun sebab majlis hujung tahun. hehee.. (urut dada)

Sumber Idea 
Jalan-jalan di plaza alam kat Shah Alam, nampak ada baju pengantin yang comel (Gambar kanan dan kiri) tapi tak ingat pulak apa nama butik pengantin tu. Gambar tengah-tengah tu survey-survey kat google. Pastu bagi contoh kat tailor. Hehee...

Hope dia boleh buat kan macam yang saya nak. Takde la segojes baju2 dalam gambar kat atas tu sebab kain pasang tu satin and lace aje.. Lace pun hanya 2meter. Design will be simple, sebab majlis nanti pun di kampung, takut tak sesuai dengan environment sekeliling. Kalau buat di hotel @ dewan boleh la melaram sakan... ye dak?? ;)

p/s: Baju kaler hijau lembut tu sangat cantekkk..jatuh hati kejap.. o_0 

Wednesday, 6 July 2011

Julai - Bunga Pahar

Holla ladies!

Welcome Julai... Sat je masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik dah bulan 7... How many month left?? Counting2.. Adoi, kecut lak perut rasanya.. satu ape pun tak prepare lagi ni.. huhuu...

Nor dah decide dengan tunang secara separa serius. (ade ke??) huhuu.. selama ni memang tak pernah serius ok... bila tarikh kawen kami. Yes, this december! Wehuu... lambat lagi... hahaa... lagi 5 bulan okeh, sila buat preparation dengan pantas!

Majlis nor nanti takde bunga telur.. hanya yang ada, bunga pahar aje... haha.. kan same je tu.. Emm maksudnye, majlis nanti tetamu tak dapat bunga telur, yang ada cuma bunga telur yang letak kat pelamin tu aje.. Bunga pahar kan orang panggil... Save budget! cet berkira betul. Yes, memang kena berkira! hoho.. Lagipun nor akan bagi benda lain untuk tetamu. Please jangan kecik hati yer bila datang majlis nor nanti. ;)

Bunga pahar nanti Nor akan buat sendiri, tapi tak la secantik dan sehebat yang di kedai atau kawan2 yang lain buat.. Biasa2 aje. Tangan Nor takdela kreatif sangat.. Nor cuba applikasikan apa yang ada di rumah je.. Daripada dibuang dan dibiarkan begitu saje, baik kita buat sesuatu kan.. At lease Nor boleh jimatkan perbelanjaan untuk beli bunga telur ;p

Sekarang ni bukan main mahal lagi bunga telur yang jual di kedai.. Paling murah di tempat Nor RM30 untuk 50 batang. Dah la tu, bunga sekuntum aje terkodek2. Sangat2 simple. Nor tak puas hati. Baik Nor buat sendiri. At least Nor puas walaupun tak secantik mana.


Sila abaikan tangan yang gumuks itu...haha


Ni antara cubaan2 Nor untuk bunga pahar nanti. Hoho.. Kuning gitu! Tema?? Colourful okeh.. hahaa... Ini cubaan saje, If dah siap yang real punya, Nor akan reveal yer...

Tuesday, 28 June 2011

TUDUNG COMEL

Kengkawan sume... selamat petang.... ;)

Saje nak promote tudung (bukan saya jual pun...hehee..).. Teringin sesangat ngan tudung2 dari FAREEDA..
cantik kan... Meh2.. jamu mate...

Light Blue & Light Purple 

Nice nyer... Lembut aje...

Heart...

Cantik-cantik kan... Ni design terbaru dari FAREEDA, Tudung/shawl mawar.. Suke sgt. Nampak sweet je bila pakai. Kalo dah orang nye pun cantik, pakai ape pun cantikkkk.. ye dak?? hehee....

yang ni pun cantik gak...

 I love this colour... ;)

Wat tudung masa solem pun nice kan... hehee..

Buat kengkawan sume, ni link pengedar FAREEDA, wani  ataupun kat sini, kat sini ke...  Eh-eh...banyak la pulak.. korang pun tau kan.. huhuu...

Jom shopping untuk raya...! ;) Ewah...orang lain sibuk shopping untuk kawen, saya sibuk lak ajak shopping untuk raya.. hehee... raya pun tak lama lagi ni kan... (puasa pun belum sibuk nak raya...wekkkk!) 


Tuesday, 21 June 2011

ISU BILIK PENGANTIN..

Hye readers....

How to decorate bilik pengantin supaya nampak luas?

First, I think should be background color. Normally, warna yang lembut will give back the reflection. So, bilik akan nampak luas. Betul tak? Aplikasi warna2 yang lembut dan menyejukkan ni dapat membantu kita rasa tenang dihari bahagia. Contohnya macam kaler putih, cream, and light blue.. satu sumber mengatakan warna terbaik untuk bilik tidur adalah warna biru!

Pemilihan langsir juga memainkan peranan. Bagi saya, jika bilik pengantin anda kecil (mine oso... hahaa..), avoid dari memilih langsir yang sarat dengan corak bunga-bungaan. Nanti bilik anda akan nampak too crowded. Better choose plain colour and paling penting langsir mesti dari kain yang lembut. baru nampak cool & calm... huhuu... Jika rumah anda rendah, (maksud saya ruang antara bilik dan atap syiling) gantung langsir sedikit tinggi dari kebiasaan. Selalunya kita akan gantung langsir betul2 pada rail tingkap kan, jadi anda perlu gantung tinggi sikit dari rail tingkap tu... Thus, anda akan notice satu kelainan di situ.. cewahh.. huhuu...

From store room become bride room ;) 
 Hiasan dalam bilik jugak tak perlu la banyak sangat. Cukup sekadar hiasan seperti bunga segar, kotak tisu dan lampu tidur malap diatas meja solek. Sweet & nice. Kalau bilik korang besar gedabak, tak kesahla kan, nak letak hiasan ape pun..barula nama bilik pengantin kannnn....... ;)

Permaidani pun boleh menjadi penentu kepada kesan visual ruang keseluruhan. Elak daripada membentangkan permaidani bercorak besar kerana ini hanya akan menjadikan ruang kelihatan berserabut. Pilih kaler yang plain atau 2 tones sahaja.

Jom try praktis.. ;)

Thursday, 14 April 2011

Let cake express your feelings...!

Selamat tengah hari readers sekalian...

Let' cake express your feeling?? Ada apa dengan kek? hehee.. Tak sah sesebuah majlis perkahwinan / pertunangan hantaran nya tidak di sertakan dengan kek atau cupcakes kan.. Macam dah jadi benda wajib pulak.. Walhal kek adalah sampingan / manisan saje.. Tapi dalam tak sedar, kek juga banyak mainkan peranan dalam menyerikan majlis. Siap adakan acara khas lagi: potong kek dihari perkahwinan... ;)

Sebenarnya dengan kek juga kita boleh mengekpresikan perasaan kita tau.. Instead of kebanyakan kek ditulis dengan:
"SELAMAT BERTUNANG", " SELAMAT PENGANTIN BARU", BRIDE & GROOM", macam-macam lagi laa...ape kata kita buat sedikit kelainan dengan mengekpresikan perasaan di atas kek tu..

Bagi pasangan yang malu-malu ayam nak luah perasaan, apa kata buat sedikit kejutan dan kelainan. Contohnya macam ni:

Kek Tunang: Tunang adik ni mmg pemalu orgnye..haha

Ataupun boleh juga cuba ayat ni:

1. Wani & Khairul engaged on 25th dec 2009
2. Thank you for marry me
3.  Love you forever, abang...

Ni contohlaa.. korang boleh buat ayat yang lagi canggih & meletop.. Paling tak pun, dapat menyentuh hati pasangan anda..heheehee... ;)

Wednesday, 13 April 2011

Pengantin Dan Perahu..

Selamat Hari Rabu semua.. ;)

Awal-awal sem dulu hari rabu la hari yang paling sibuk skali.. Pukul 8am dah start class, pastu direct smpai kul 2pm. Petang lak ada class lg smpai pukul 6.30pm..huhuu.. tak menang tangan dibuatnye.. Tapi sekarang students sume tgh exam, so relax la sikit.. Wehuu.. ;)

Bukan nak cite pasal student sebenarnye, nak cite pasal pengantin dan perahu.. Eh, ape kena mengena pulak kan? hehee.. Saje nak share dengan sume, if korang nak sesuatu yang lain dari yang lain, memang jarang2 orang buat, sila try ini..

Perahu yang digunakan untuk perarakan pengantin
Haa...after pengantin lelaki sampai, then pengantin pompuan salam ngan pengantin lelaki, pastu boleh la naik perahu ni..tapi takde la pegi belayar kan..hehee..naik dok dalam tu, nanti orang ramai akan usung arak la pengantin.. Selalu kan ada pengantin diarak menggunakan motosikal, naik kereta, naik kuda, etc.. So ini salah satu cara nak arak pengantin.. ;)

Gambar pengantin diarak guna perahu ni xsempat nak snap sebab sibuk tengah makan..huhuu.. Ni masa pegi wedding saudara di langkawi.. :) p/s: orang langkawi ni baik-baik no...

Tengok tu, siap ada bendera Malaysia lg..huhuu