Followers

Monday 12 December 2011

Progress Wedding

Assalam lovely peeps..

10 days to go... Berdebar dah ni.. tapi buat-buat cool.. :)

Semalam dah cinfirm dengan tok kadi, ada sedikit amendment untuk majlis akad nikah. Pihak lelaki mintak buat sebelah pagi, hari yang sama. So, tak jadi la akad nikah malam jumaat. Agak terkejut mula-mula, tapi bila pikir-pikir semula, ada baiknya jugak. Try to think and act positive. :)

Nak buat macam mana kan, orang mintak cara baik, kita pun toleransi cara baik jugak. Lagipun, kami sekeluarga tidak lah kejam sangat sampai nak paksa rombongan lelaki datang jugak malam tu. Hehee.. Kami pun paham, majlis bertandang nanti keesokan harinya, jadi banyak perkara perlu di settle kan segera. Walaupun jarak rumah kami mengambil masa 1jam, tapi nak datang ulang-alik 2 hari berturut-turut tu perlukan masa dan tenaga jugak. Mak ayah tunang pun bukan nya sihat sangat. Dan.... Saya suka hadith ni:

Yassiru wala tu-assiru wayubasy-syiru wala tunafiru  

Sedikit progress menjelang hari bersejarah:

Semua take part, tolong pengantin main lipat-lipat kotak :)

I love u lang, mak saudara yang paling banyakkkkkk membantu.
Perasan tak, kotak-kotak doorgift tu ada tangkai. huhuu.. Ni semua gara-gara abangku yang tak setuju doorgift guna kotak kecik yang takde tangkai tu.. Last-last saya modified, letak reben kat tengah-tengah tu. So nanti tetamu boleh la pegang tangkai tu yer. Wuhuhuu...

Tenkiu hosmet ku tolong buat semua tangkai2 ni...
Banyak nak update, cuma masa jer tak mengizinkan...

Bye-bye semua.. Doakan semuanya berjalan lancar yer... :)

Wednesday 7 December 2011

Signage dah siap!!

Assalam peeps...
Lama kan menyepi... hectic month! I'm counting the days... Sangat berdebar... Ouchhh...

Macam-macam nak story, tapi tak berkesempatan. So, just to share, our's signage dah siap! yipppieee....

Signage on making.....
 Ok, ini adalah idea si tunang. Kami gunakan plastic yang keras tu (tak tau ape namanya), then guna PVC sticker untuk all the arrows, lekatkan aje. Lepas tu tulis nama kami berdua & tarikh guna marker. Anas siap tambah mileage lagi untuk kerumah nya. Takut ada yang sesat pulak..maklumla, rumah dekat hujung dunia....kehkehkehhhh.... Siap buat kaler kuning tu..menyerlah giles! Tak nampak lagi tak tahu lah.. Huhuuu

Siap! Tinggal nak pacak jer... (tulisan buruk..uuu)
If guna kertas (A4/A3) nak kena laminate pulak, sekeping boleh cecah RM2. Kalau dah sepuluh keping RM20. Nak print lagi.. huhuuu... (Tak dinafikan, if print lagi cantik, boleh buat macam-macam bentuk kan..) So, untuk cut cost kat situ, kami buat macam ni... Jimat sikit. :) Kena hujan pun tak la risau sangat, sebab memang water proof. Hehee...

Costing: 
Plastic tebal tu : RM15 - tapi dapat discount, jadi RM13 (besar tau plastic ni, tak muat kereta kecik kami..huhuu.. Potong-potong size A4 dapat 13 keping)
PVC sticker - RM1.50 (saiz A4, kami guna 5 keping aje)
Total : RM1.50/each

P/s: Jemputla datang majlis kami yer.. Nanti if tengok signage yang terang-benderang ni, sila la follow yer... :)

Thursday 24 November 2011

Vacancy Job

Assalamualaikum...
Semoga semua nya baik-baik aje.. :)

Ok, as per title, sesiapa nak cari kerja in teaching line especially Mechanical Engineering, Electric/Communication Engineering & Mechatronic Engineering, do email me:

fazilah2111@gmail.com

Rgds,
-annor-

Tuesday 22 November 2011

Full Version of My Bunga Pahar...

Dear lovely peeps....
Salam sayang semua...

Awal Muharam nak dekat dah kan. Berganjak lagi ke satu tahun kehadapan. Alhamdulillah. Semoga tahun yang akan datang ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya, dan semoga dengan penambahan usia ini seiring dengan kematangan akal fikiran. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan. :)

Mesti banyak wedding sempena cuti Awal Muharram ni kan, termasuklah wedding my besties masa sekolah menengah & classmate masa blaja kat U dulu. Opismate punya wedding pun hari yang sama. Tapi apakan daya, saya tak mampu penuhi semua undangan. Mana tak nya, semua wedding di tempat yang berlainan. Sorang di Pahang, sorang di Terengganu, sorang di Perak... Ikut kan hati nakkkk jer terbang, pergi wedding kawan-kawan, berkongsi kegembiraan dengan semua. Tapi...."aku bukan lah superman...."   :) InsyaAllah, mana sempat, saya akan pergi. Hanya doa je mampu mengiringi setiap langkah pengantin semua, semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.


Just to share,my full version of bunga pahar. Ni ilham daripada HB Intan, jenuh jugakla nak menyiapkan bunga-bunga ni. Berlubang-lubang jari menjait. Hahaa.. Tak la semenggah mana, jauh sekali nak dibandingkan dengan hasil kerja beliau. Tapi saya puas bila tengok hasilnya. Alhamdulillah. Nak beli yang ready made, saya tak mampu... Selagi terdaya, saya buat sendiri walaupun ada yang mengkritik. Huhuuu...




Saya banyak guna bahan-bahan terpakai dan terbuang dalam setiap DIY saya. Jika nak di ikutkan kos, rasanya sebatang bunga ni tak sampai 20sen pun.. Riben organza, daun, lidi, semuanya saya korek-korek dari rumah di kampung. Sayang kalau tak digunakan. Lagipun saya orang yang terakhir akan berkahwin, adik beradik lain semuanya dah kawen. Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya recycle semua barang-barang tu... :)

Wednesday 16 November 2011

Monday 14 November 2011

Rustic Vintage

Assalam..
Monday Bluess darls...,

Tak mau cerita banyak sebab kagum dengan this RUSTIC VINTAGE. Dah jatuh cinta pandang pertama ni...

Menarik kan the dais. Tengok bunga telur tuuuu... 

Nice capture
 Ohhhhhh.....

Ohh love it!
Wahhhhh....

So rustic, suka sgt ;)


When look at this, I am very surprise that the couple really made their day. How they manage to realize their dream. I love every single of the details & props. Congrats for the newly wed couple!


Rasa macam nak attend jer majlis diorang ni. Nak tengok sendiri, tak puasa tengok gambar aje... huhuu

Source:  Bliss PhotoCinema 

Friday 11 November 2011

Ohh deZahra

Assalam peeps...

Hunting tudung for solemn & reception ceremony. Another 42 days baru terhegeh-hegeh nak cari itu ini..hahaa.. So, please, b2b out there jangan tiru perangai ini pompuan..

Alahai...cantik betul tudung deZahra ni kan... I wish to wear it, but bila tengok harga boleh tahan  mahal jugak laa.. Budget pun ciput, manala mampu nak pakai... huuuu....

Jom layan gambo jela...

Soft pink - songket awning
Batu biru

Ada beberapa selebriti yang pernah pakai tudung deZahra ni untuk wedding mereka:
Nabila Huda - masa majlis khatam quran (so sad, sekarang dah bercerai pon)

Fazilah Hani - comel lah, suka dia (ke suka sebab nama sama? haha)

Azliyanti TV3 (tak cam lah yang mana...haha)

Ok, ni website deZahra. All picture taken from there. Cantik-cantik semua.

P/s: Ada sesapa tau kat mana nak cari tudung lagi??

Friday 4 November 2011

Mix & Match Theme

Assalam readers.. Salam Jumaat yang indah :)

" Jadilah kamu seperti Siti Hajar walau suami mu tidak sehebat Nabi Ibrahim a.s"
-Selamat menyempurnakan ibadah korban. Hayati dan renungkan pengorbanan Siti Hajar, Ismail & Ibrahim a.s. Semoga kita juga tergolong dalam insan-insan yang tabah & sabar menerima dugaan hidup-


Now mission bunga pahar untuk majlis bertandang dah siap! Yeayy..tepuk amai-amai. Tinggal bunga pahar untuk majlis sanding belum siap. Mari bekerja keras! hehee...

Paper Tissue Flower
Mula nya saya memang tidak menetapkan sebarang tema warna untuk majlis nanti. Lagipun majlis nanti bukanlah di hotel ataupun dewan, hanya berlangsung di rumah, kampung. Saya memang fail bab-bab warna ni. Saya hanya pilih warna mengikut selera, sedap mata memandang, itulah pilihan saya. Tunang ku memang tak banyak kerenah, elok bagi saya, elok lah bagi dia. Hehee.. simple kan. 

Tapi ramai pulak yang bertanya tema warna apa.. Susah hati nak jawab cemana. Last-last saya hanya cakap tema nanti warna susah nak cari. Ya, memang saya sukakan warna yang jarang / susah nak jumpa.  Macam warna crepe paper untuk bunga tissue kat atas, tak banyak kedai yang ada warna ni. hehee.. (Maaf mungkin korang kurang jelas warna apa sebenarnya - dah jadi lain sikit, mungkin sebab effect cat dinding warna stone kot!)

Senang cerita, mungkin combinasi warna macam ni:


 Aqua Teal Brown from The Perfect Pallete
Ok, disebabkan perangai saya ni, baju bertandang saya dan tunang tak sama warna. Kami hanya beli baju melayu ready made untuk tunang pakai masa majlis nanti. Baju saya, kami hantar tailor jahitkan. Bila dah siap, tengok tak matching pulak warna nya. Hahaa.. Ambik kau! Baju saya nampak lebih lembut warnanya, disebabkan kain alas satin warna offwhite, baju tunang pulak warna aqua dari english silk. Sekali tengok memang contra habis! hikhik...

Our's outfit
Saya taknak membazir, budget pun tak banyak. So, kena pandai main dengan warna supaya nampak matching sikit. I think mungkin kena match kan dengan tudung, veil ataupun sampin kan..Itula mix & match namanya. hehehee..

If kawan-kawan semua ada cadangan macamana nak match kan baju kami ni, pandangan anda di alu-alukan.. ;)

Ok, sentuh pasal baju bertandang ni saya agak terkilan sikit. Lain yang diharapkan, lain yang jadi. Saya fikir outcome baju tu akan jadi dress seperti yang dibayangkan, rupanya mungkin my tailor tu misunderstanding kot. Dia turn out jadi kurung moden aje. So, taknak bersedih lama-lama, saya pasrah. Cuma saya dah suruh dia patch kan lace yang lebih tu di kain, so takdela nampak kain tu kosong sangat. Jika ada masa saya akan tambah beading sikit-sikit, tu pun bergantung kepada tahap kerajinan ku... huhuu..


P/s: Salam Eidul Adha semua. Tahniah buat semua pemenang contest dream veil anjuran cik lijah. Zimie the best lah. hikhikhik...

Thursday 3 November 2011

Head Accessories for Little Princess

Assalam peeps...

Dalam seribu langkah menuju ke alam rumahtangga, banyak hati yang perlu dijaga. Baik keluarga sendiri, sahabat handai ataupun insan tersayang. Benarlah kata orang, hidup ini tiada betul, tiada salah. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat keputusan pada saat itu. Jadi, buatlah dan berilah yang terbaik. Percayalah, Allah itu Maha Adil. 

Sangat sibuk siapkan wedding preparation. Gerun pulak nak counting days! hehee.. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan semuanya. Just put more effort, InsyaAllah, everything will be ready by the time being. Really hope so. ;) Chaiyyok..!

For lil princess

90% done
Ok, boring-boring mengadap bunga pahar yang ntah bila nak siap, saya buat reben untuk budak-budak kecik pakai masa kenduri nanti. If beli kat kedai pun dah RM3 seketul kan. Anggap ajela ni hadiah dari pengantin yer.. hehee.. ;)

Tuesday 1 November 2011

Jawab soklan

Assalam ladies...
Selamat hari selasa.. saya doakan yang baik-baik aje untuk semua...  ;)

Kena tag lagi, but this time by Andai itu jodohnya - orang kampung koi nih, nak tak nak kena jawab gak. Hahahaaa...


1. Kat mana jumpa BF/tunang/suami?
- Sekolah Menengah (Temerloh) - tapi time ni tak bercinta lagi. Dia ketua kelas, saya penolong. huhuu..

2. Macam mana perasaan first time jumpa bakal mentua?
- Of kos la berdebar-debar. hik hik...

3. Cincin kahwin pilihan; emas putih atau kuning?
- Takdek cincin kawen. Nanti kawen kasi gelang tangan aje.

4. Pernah ada orang cuba masuk line lepas ada ikatan pertunangan/ perkahwinan tak?
- Ada. Tapi cepat-cepat berpijak dibumi yang nyata. hahaa..

5. Apa komen pasal Kpop?
- Pandai menari.

6. Will/ have you ever invite your enemy on your wedding?
- Mestila jemput. Nak datang ke tak, terpulang...

7. Pernah pergi travel dengan partner tak?
- Pernah.

8. Will you ever go for backpack travelling?
- Tak.

9. Hantaran tunang/ perkahwinan buat sendiri atau tempah?
- Buat sendiri aje.. Tak mampu nak hire mana-mana vendor.

10. Sepanjang bercinta pernah ada ujian terhebat tak?
- Mestila ada. hehee..adatla tu.

11. Is he your mr right?
- Absolutely yes! (Hohh dengan yakin nye..hahaa)

Jom sambung wat keje.... ;)

Monday 31 October 2011

Jom isi masa lapang....

Monday Bluess....
Dah kena tag ni... Jom layanzz...


TERMS & CONDITIONS:

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


11 Things about me:

  1. Nama penuh: Nor Fazilah
  2. Anak ke: 6 drpd 7 adik bradik
  3. The only one yang start dengan huruf N dlm adik beradik - yang lain2 semua start dgn huruf S
  4. Teringin nak p Krabi Island!
  5. Nak sambung blaja - tapi tak tau bila. haha
  6. Masa kecik-kecik nak jadi pramugari...hahaaha
  7. Suka Miracle (Lancome)
  8. Pernah duduk dekat cockpit MiG-29! yawww...jgn jelesss...
  9. Nak jadi NDT inspector! 
  10. Dah 7 tahun bercinta dengan si tunang tersayang
  11. Love chocolates muchhhh!!

11 question from dhiera

1. Kamu suka dikenali dengan nama apa?
- annor / fazilah

2. Kamu berasal dari mana (spesifik ye)?
- Sungai Tekam Utara, Jerantut, Pahang... (Siapa tau angkat kaki...yeayy)

3. Perkara apa yang korang suka buat?
- Hiking. tapi dah lama xbuat..uuuu...rindunya!

4. Apa sebab kamu berblog?
- Isi masa lapang, tambah ilmu, berhubung dgn dunia luar... cewahhh

5. Komen sikit tentang blog saya?
- Kemas

6. Jom kita gather nak?
- Jommmm....

7. Any suggestion tempat yang sesuai kalau kita meet up?
- KL, anyplace

8. Facebook dengan blog mana lagi korang suka?
- Blog. Facebook skrg dah macam annoying skt.

9. Korang dah kerja ke masih belajar?
- Dah kerja

10. Korang selalu berblog masa di ofis ke dekat rumah?
- Kat opis. curik tulang. Muehehee

11. Wedding blog mana korang suka terjah?
- Semua. 

11 questions from yana

1.bagaimana anda menilai kekasih/tunang/suami anda?adakah kerana ia hensome?sila nyatakan
- Keihklasan nya

2.sila uplod gambar yg anda suke
Time convo 2009 - buah hati tersayang

3.senaraikan nama kawan baik anda dan beri sebab
- My fiancé is my best friend for time being cause he understand me more than myself. hahaa

4.pernah atau tidak bercinta masa sekolah.sila ceritakan
- Tak pernah. Tak dek perasaan nak bercinta lagi time skolah. (Eh, bawah umur mane leh bercinta.Nnt cekgu marah. hahaa)

5. sila nyatakan 3 perkara tentang anda
- specky (rabun dah teruk...uwaaaa)
- I like blue....colour...
- got serius period pain each month.... 

6.nyatakan 2 nama yg anda suka @ anda impikan untuk anak anda kelak
- wahhh....maju nye soklan...hahaa
- Anis kot sebab bakal bapak dia nama Anas.. hahaa

7.nyatakan makanan yang anda teringin makan tetapi tidak tercapai lagi
- Meatball kat IKEA... orang kate sedap...

8. apakah yang anda selalu lakukan pada masa lapang
- Kalau kat kampung saya suka cakar sampah
-Kalau di KL...emmm saya suka tido kot. hahaa

9.nyatakan perasaan ketika di tag oleh saya
- Hahh! apa aku nak jawab ni...haha

10.senaraikan 2 perkara tentang orang yang tag kamu
- B2B yang comel

11.panggilan manja yg di panggil oleh kekasih/tunang/suami. sila nyatakan
-yang yang yok..


Ok, dah siap jawab sume soklan. Aci tak, tak nak tag sesape?? Otak tepu, tak dapat nak pikir soklan lain dah. hihihiiiii.... 


Thursday 27 October 2011

My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

Assalam readers semua..
Semoga kita sentiasa dibawah lembayung kerahmatan Ilahi.. Ameen..

Sebenarnya entry kali ni pasal contest yang di anjurkan oleh cik lijah, first time masuk contest dekat blog! hehee..

"My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story".

Dari mula saya tengok post cik lijah pasal contest ni, memang teringin sangat nak join, tapi saya tak kreatif, takde idea nak story macamana, lagipun saya baru dalam dunia blogging ni. Then, bila tengok orang lain join, saya pun nak join jugak! Hari ni baru tergerak hati nak buat entry ni. (Still ada masa lagi kan, since tarikh tutup contest ni 31st Oct 2011) Hehee.. Dengan harapan dapat pakai veil baru untuk majlis bertandang nanti. ;)

Kenapa veil untuk majlis bertandang? Kenapa tidak untuk majlis nikah? 
-sebab, majlis nikah nanti saya akan pakai veil rakan blogger, puteri (I think all known that the veil made by Intan, kan). So saya sewa veil dari puteri untuk majlis solemn nanti. Sekarang tinggal veil untuk majlis bertandang jer takde lagi. Harap-harap dapat pakai veil sentuhan dari cik lijah pulak. Ameenn... (Tetiba rasa untungnya jadi blogger...boleh jimat banyakk...huhuu..)

Ok, veil yang di idam-idamkan ialah dari jenis chiffon, sebab kain chiffon ni lembut jer, nampak flowy sikit, seswai untuk dress masa bertandang nanti. Dari segi potongan pulak, saya nak bentuk semi-oval / half-oval, just one tier, ini mungkin akan menaikkan lagi keayuan si ratu sehari nanti. *wink*

Tinggi saya hanya 152cm, agak berisi, so saya tak mahu veil terlalu pendek sebab nanti akan reflect saya gumuks. Ohh tak mahuuu....tak mahuuu... Jadi panjang veil saya pilih sampai fingertip.  Lagi pun memang tak pernah pakai veil paras fingertip lagi. Dulu masa bertunang, veilnya hanya paras siku. Untuk majlis bertandang, saya nak veil yang lebih labuh, tapi cukuplah sampai  fingertip sahaja.

Kenangan bersama arwah mak & uncle dihari pertunanganku

My dream fingertip veil - source
Veil tu nanti saya nak warna macam dress bertandang. Ditambah dengan patch / 3D flower sebab masa majlis tu nanti saya tak mau pakai crown atau any accessory lain, cukuplah sekadar tudung dan veil aje. Bersederhana itu kan adalah lebih baik. ;) 
 
Cantik kan bila ada 3D flower tu...

Simple, but nice kan... - quality camera hp aje...


Okey, yang ni colour of my bertandang dress, ala-ala turquoise, tapi lembut sikit. 
Turquoise net with off white satin



That all about my dream bertandang veil. Hope it can be realize. Thank you cik lijah sebab anjur contest ni. Bangun pagi dok terpikir jer pasal contest ni..nak join ke tak nak.. hehee.. Saya menulis apa yang tersirat dihati jer. Ohh ye, kena tag at least 3 person kan.. Maaf la, saya tak ramai kawan di blog. I'm just tag yer.
  1.  cik anis 
  2. yana
  3. cik enul
Saya hanya berdoa yang terbaik untuk semua. Semoga semuanya berjalan lancar.  

Thursday 20 October 2011

100 days




100 days after she left
really miss her

TQ for being such a wonderful mom in this world!
Al-Fatihah
Semoga rohnya tenang disana...

Monday 17 October 2011

Boria

Dear Peeps,
Monday bluesss... ;) malas nak buat kerja.

Si tunang sibuk melipat-lipat wedding invitation card masuk dalam sampul. Saya tolong tengok aje.. Aci tak? huhuu.. Maklum la sekarang ni asyik sakit belakang je, duduk lelama pun terasa perit nya. Satu malam dapat siapkan 10 batang je bunga telur.. Sangat seksa nak siapkan sikit tu pun... Bila nak baik ni... :(

Hmmm...sesekali tengok family pakai boria masa wedding kita seronok jugak kan... Macam sepakat jer.. Tapi saya fikir kalau boleh saya tak mahu membebankan adik-beradik yang lain, bertema bagai. Mereka balik untuk meraikan my sweet moments pun Alhamdulillah, syukur tak terhingga.

A part of my family members masa wedding adik... Mak...
Yang lelaki sume pakai design t-shirt

Ni masa wedding adik ipar mak saudara di Langkawi
Saya tak mengharap, terpulang pada my family. Nak sedondon sume pon boleh, tak nak pun tak pe. Saya takde hal... Terima seadanya.

Yassiru wala tu-assiru wayubasy-syiru wala tunafiru (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)
Senangkanlah (permudahkanlah), dan jangan menyusahkan orang, berilah khabar gembira agar orang tidak lari.

Thursday 13 October 2011

Idea Doorgift

Assalam peeps...

Dah lama tak bukak blog, progress wedding pun tergendala. Kecut perut lak rasa. Another 70 days??...huuu...

Last weekend balik kampung bawak baby & mak baby berpantang di pahang. Kakak yang jaga. Terima kasih yang tak terhingga untuk kakak (on behalf adik..huhuu). Terima kasih sudi jaga diri yang dalam pantang tu. Terasa janggalnya yang melihat ni. Dulu-dulu time kakak-kakak berpantang, mak yang jaga. Bila mak takda ni, kakak la yang ambil alih tugas mak. Even masih muda, tapi pada siapa lagi yang mampu kami harapkan. Harap supaya kakak tabah dan sabar jaga orang dalam pantang ni yer.. Semoga Allah membalas segala jasa baikmu.

So now, baby & mak baby Alhamdulillah, going good day by day...

Isnin - Rabu pergi training NDT (Non-destructive Testing). Sape tau angkat tangan. Hehee.. Sangat banyak input yang dapat. Sangat seronok. Sangat memberangsangkan sel-sel dalam kepala otak ku yang dah berkarat ni. Hahaa.. Yes, I am one & only girl kat situ. Tak kesah, sebab dah biasa berada dalam kelompok yang lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Huhuu.. If ada yang berminat nak tau, InsyaAllah, nanti saya boleh story-mory ok. 

Atcely, nak story pasal wedding doorgift ni. Just to share lah. Masa my housemate pergi kenduri orang kampung ku di Ampang (Saya tak pergi pun sebab ada commitment lain masa tu), dia ada dapat 1 doorgift yang jarang-jarang dibuat orang. hehee..   


Taraa..... Sarung bantal ok...


Nice jugak kan...
So, sesape yang still tak tau nak kasi apa as doorgift, maybe ini boleh membantu. Before this, memang tak pernah dapat lagi doorgift macam ni.. Ke korang dah selalu dapat?? Huhuu... 

Mine? Emm..biasa-biasa aje..will review later. Tunggu k... (Nak tempah pun boleh...cewahhh sempat lagi promote... hahaa...)  

Friday 7 October 2011

DIY : Doorgift

Assalam ladies...

Dalam kesibukan menyiapkan kerja di opis, berulang alik cheras - shah alam since adik masuk ward, sempat jugak menyiapkan progress untuk doorgift nanti.

Mesti sume orang dah tau kan... Semoga diberi kekuatan untuk meyiapkan misi doorgift ni..

Tengah-tengah malam main api...

Part yang dah siap...
P/s: even got back pain suffer...tetap gigih menyiapkan petal2 ni...

New Family Member

Hye semua... Assalamualaikum...

Wednesday, 12.19noon my sis telah selamat lahirkan seorang baby girl yg cute-miut di DEMC Shah Alam... Alhamdulillah... Tiada kata yang lebih indah untuk diucapkan selain puji-pujian kepada Yang Esa tanda kesyukuran kami sekeluarga. Alhamdulillah - Subhanallah - Allahuakbar....

Masa mula-mula baby keluar, her face very same to our late mother... Ya Allah.. Wajah inilah yang kami rindu, wajah inilah yang kami nanti-nantikan. Alhamdulillah. Inikah pengganti arwah mak? Pengubat rindu kami kepada arwah mak...?

Few hours after deliver
Semoga dia menjadi anak yang solehah, yang menyenangkan hati ibu bapanya... Cepat besar sayang!!

Assalamualaikum semua....

Day 1 - Ohh saya nak tidur...

Day 1 - Saya mengantuk laa... Dah penat posing

Day 2 - Asek tidur aje...minum susu pun tak nak...
Baby girl Name: Orked Nur Khasif
Weight: 3.3kg 


P/s: Nak bersalin sangat sakit yerr...tak sanggup nak menghadapi.....
 

Tuesday 4 October 2011

Sponge + Felt + Button + Beads HB & Paper Wedding Dais

Hai darls..,

Tadi jenjalan jumpa 1 hand bouquet cantik...

Taraa....
Sangat sweet kan... wuuuu... comel.... -source
Then, wedding dais from paper... Nak nangis tengok... Waa...beshnye if boleh buat sendiri....huuu

waaaa...nak macam ni.... - source
Another paper backdrop yang cantik untuk pelamin...

wuuu...nampak tak bunga kertas di atas tu... -source
P/s: Andai tangan ku sekreatif orang yang buat deco sume ni... Alangkah indahnya.... huhuuhuu....
 

Progress October!

Hye sume...
Happy Tuesday....Salam Oktober! ;)

Selamat Pengantin Baru kepada sume kawan-kawan yang baru menamatkan zaman bujang. Hehee.. Congrates2! Semoga ikatan yang dibina dirahmati dan diberkati sepanjang usia.. Wish you all happiness ever after..

Sekejap jer masa berlalu kan.. Dah masuk bulan 10 pun! Bulan yang ditunggu-tunggu.. Sebab apa? sebab saya bakal dapat anak buah lagi this month! Anak buah yang ke 16! hehehe... Wahh..so excited!

Dalam sibuk-sibuk kerja sempat jugak buat progress untuk wedding.. Bunga pahar untuk groom side. Alhamdulillah, dah siap cuma belum ikat dgn batang lagi.. Nak buat cepat-cepat takut tak sempat, banyak lagi yang belum settle ni.. Jom layannn...

Tissue paper flower
Tissue paper flower, tapi tak guna tisu pun. Saya guna crepe paper aje.. Guna tisu tersangat la cantik, tapi kena buat dengan penuh penghayatan dengan tangan yang lemah gemalai, sebab dia sangat lembut. Untuk tangan yang keras dan buat kerja kasar macam saya ni harusla guna crepe paper... huhuhuuu....

P/s: Semalam adik call, nangis-nangis ingat mak...takut nak bersalin jugak.. Rabbi yassir wala tuassir.. Semoga dipermudahkan segala urusan....

Thursday 22 September 2011

Tutorial : Pinwheel Decoration

Hye dearest readers.. Happy Thursday!

Sekarang dah jadi trend kan deco guna pinwheel ni.. Cute-cute jer.. Nak pulak yang berwarna-warni, so cheerful... Hehee.. Jom layanz gambar dari Merisik Gallery

Cantik kan...simple & sweet

Warna yang ceria!
Ok, kat sini ada tutorial nak DIY Pinwheel ni.. Selamat mencuba :)