Dear lovely peeps....
Salam sayang semua...
Awal Muharam nak dekat dah kan. Berganjak lagi ke satu tahun kehadapan. Alhamdulillah. Semoga tahun yang akan datang ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya, dan semoga dengan penambahan usia ini seiring dengan kematangan akal fikiran. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan. :)
Mesti banyak wedding sempena cuti Awal Muharram ni kan, termasuklah wedding my besties masa sekolah menengah & classmate masa blaja kat U dulu. Opismate punya wedding pun hari yang sama. Tapi apakan daya, saya tak mampu penuhi semua undangan. Mana tak nya, semua wedding di tempat yang berlainan. Sorang di Pahang, sorang di Terengganu, sorang di Perak... Ikut kan hati nakkkk jer terbang, pergi wedding kawan-kawan, berkongsi kegembiraan dengan semua. Tapi...."aku bukan lah superman...." :) InsyaAllah, mana sempat, saya akan pergi. Hanya doa je mampu mengiringi setiap langkah pengantin semua, semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
Just to share,my full version of bunga pahar. Ni ilham daripada HB Intan, jenuh jugakla nak menyiapkan bunga-bunga ni. Berlubang-lubang jari menjait. Hahaa.. Tak la semenggah mana, jauh sekali nak dibandingkan dengan hasil kerja beliau. Tapi saya puas bila tengok hasilnya. Alhamdulillah. Nak beli yang ready made, saya tak mampu... Selagi terdaya, saya buat sendiri walaupun ada yang mengkritik. Huhuuu...
Saya banyak guna bahan-bahan terpakai dan terbuang dalam setiap DIY saya. Jika nak di ikutkan kos, rasanya sebatang bunga ni tak sampai 20sen pun.. Riben organza, daun, lidi, semuanya saya korek-korek dari rumah di kampung. Sayang kalau tak digunakan. Lagipun saya orang yang terakhir akan berkahwin, adik beradik lain semuanya dah kawen. Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya recycle semua barang-barang tu... :)
cantik...
ReplyDeletenice bunga pahar!!
ReplyDeletefolo n link u:)
folo me back okeh;)
@ain: thanks..tak seberapa pun :)
ReplyDelete@ciksusu: TQ. linked u! :)
sangat cantik la dear.. buat saya jadi berminat nak buat macam ni!
ReplyDeletecANTiknya...KLO x keberatan boleh buat tutorial utk buat bunga n.. Thank You,,=)
ReplyDelete