Followers

Friday, 4 November 2011

Mix & Match Theme

Assalam readers.. Salam Jumaat yang indah :)

" Jadilah kamu seperti Siti Hajar walau suami mu tidak sehebat Nabi Ibrahim a.s"
-Selamat menyempurnakan ibadah korban. Hayati dan renungkan pengorbanan Siti Hajar, Ismail & Ibrahim a.s. Semoga kita juga tergolong dalam insan-insan yang tabah & sabar menerima dugaan hidup-


Now mission bunga pahar untuk majlis bertandang dah siap! Yeayy..tepuk amai-amai. Tinggal bunga pahar untuk majlis sanding belum siap. Mari bekerja keras! hehee...

Paper Tissue Flower
Mula nya saya memang tidak menetapkan sebarang tema warna untuk majlis nanti. Lagipun majlis nanti bukanlah di hotel ataupun dewan, hanya berlangsung di rumah, kampung. Saya memang fail bab-bab warna ni. Saya hanya pilih warna mengikut selera, sedap mata memandang, itulah pilihan saya. Tunang ku memang tak banyak kerenah, elok bagi saya, elok lah bagi dia. Hehee.. simple kan. 

Tapi ramai pulak yang bertanya tema warna apa.. Susah hati nak jawab cemana. Last-last saya hanya cakap tema nanti warna susah nak cari. Ya, memang saya sukakan warna yang jarang / susah nak jumpa.  Macam warna crepe paper untuk bunga tissue kat atas, tak banyak kedai yang ada warna ni. hehee.. (Maaf mungkin korang kurang jelas warna apa sebenarnya - dah jadi lain sikit, mungkin sebab effect cat dinding warna stone kot!)

Senang cerita, mungkin combinasi warna macam ni:


 Aqua Teal Brown from The Perfect Pallete
Ok, disebabkan perangai saya ni, baju bertandang saya dan tunang tak sama warna. Kami hanya beli baju melayu ready made untuk tunang pakai masa majlis nanti. Baju saya, kami hantar tailor jahitkan. Bila dah siap, tengok tak matching pulak warna nya. Hahaa.. Ambik kau! Baju saya nampak lebih lembut warnanya, disebabkan kain alas satin warna offwhite, baju tunang pulak warna aqua dari english silk. Sekali tengok memang contra habis! hikhik...

Our's outfit
Saya taknak membazir, budget pun tak banyak. So, kena pandai main dengan warna supaya nampak matching sikit. I think mungkin kena match kan dengan tudung, veil ataupun sampin kan..Itula mix & match namanya. hehehee..

If kawan-kawan semua ada cadangan macamana nak match kan baju kami ni, pandangan anda di alu-alukan.. ;)

Ok, sentuh pasal baju bertandang ni saya agak terkilan sikit. Lain yang diharapkan, lain yang jadi. Saya fikir outcome baju tu akan jadi dress seperti yang dibayangkan, rupanya mungkin my tailor tu misunderstanding kot. Dia turn out jadi kurung moden aje. So, taknak bersedih lama-lama, saya pasrah. Cuma saya dah suruh dia patch kan lace yang lebih tu di kain, so takdela nampak kain tu kosong sangat. Jika ada masa saya akan tambah beading sikit-sikit, tu pun bergantung kepada tahap kerajinan ku... huhuu..


P/s: Salam Eidul Adha semua. Tahniah buat semua pemenang contest dream veil anjuran cik lijah. Zimie the best lah. hikhikhik...

2 comments: