Followers

Wednesday 30 May 2012

WW: Pearl HB....

Assalamualaikum peeps....

My current project...

Source: Google..

Source: Wedding Thingy

Wish me luck! ^_^

Friday 25 May 2012

Thank you, you serve me well!

Salam Jumaat semua..
Semoga hari ini lebih indah dari semalam. 
Alhamdulillah, sedah genap 5 bulan hidup berumah tangga. ^_^

Minggu lepas sempat bersiar-siar di VivaHome. Konon-konon nak mencari mangkuk muffin yang boleh masuk dalam oven tu. Terus hasben ajak pergi Viva. (Bab-bab barang rumah dia memang semangat!) Tapi takde, tak jumpa pun. Ade pun yang Vintage punya. Tak minat la pulak. Nak yang putih kosong tu je. 

Source:  Nak cari macam ni, tapi yang takde cover & tangkai.

Langsung tak jumpa. Last-last lain yang dicari, lain yang dapat....

*
*
*
*



Set pinggan seramik. Lukisan pada pinggan tu by hand. Dapat la beli 2 piring, 2 mangkuk, 4 pinggan besar & 2 set mangkuk sup. Yeayyy... boleh buat mushroom sup lepas ni. Ceh, takde mangkuk sup, malas nak buat. Hahaa.. Lagipun masa beli ni ada less 70%. Pinggan besar tu RM9.90 sebijik, after less dapat la RM2.97 sebijik. Memang berbaloi. Terus grab yang lain-lain tu. Hehee.. Total tak sampai RM30 pun. 

Sangat seronok! Berbelanja hasil tempahan bunga haritu. ^_^

Hasben memang suka la pinggan mangkuk cenggini, tebal dan tahan lasak. Maklum la, kami ni ganas-ganas, kalau beli yang mahal-mahal jenis Arcoroc ke Arcopal ke (betul tak eja?), kalau pecah, menangis tak berlagu pulak. huhuuu... Dah la mahal, nipis melayang, tapi tak dinafikan memang cantik dan ade classss lah! So, bagi kami biarlah pinggan mangkuk kami cenggini je (Ini pinggan 1st yang kami beli sendiri.. ). Totally safe & save. Hohohoooo


Dan.... Inilah khidmat pinggan tu kepada kami.


Menghidangkan makanan kepada tuan nya. hehee

My sweet sour bawal. Yummeh!

Burger bakar made by hasben. Yummy...

They serve us well ^_^





Friday 18 May 2012

Bunga Pahar

Assalamualaikum semua readers...
Terima kasih masih lagi sudi baca blog yang sepi ni.
Awal semester memang super bizi. Balik keje, melepek je, penat sesangat kalah orang menoreh getah. huhuuu

Haritu ada mention kan yang saya perlu siapkan 1 misi menjelang Mei. Alhamdulillah, sudah siap dengan jayanya. Misi nya adalah menyiapkan tempahan 2 jenis bunga pahar. Tak sangka, ada jugak yang berminat dengan bunga pahar yang saya buat masa majlis kawen dulu. 

Memula tu rasa macam tak nak ambik tempahan, takut tak sempat siap. Tapi hasben suruh jugak ambik, sebab saya bukan lah keje teruk sangat pun. Time keje pun sempat lagi mengular. huhuuu.. Balik keje, malam-malam, saya takde keje. So, saya cekalkan hati, buat jugak untuk si customer pertama ni. Alhamdulillah, puas hati katanya. Tenkiu yer.. ^_^

Pink Maroon Fabric Flower
Navy Turqoise Blue Crepe Paper Flower
 
Here we go.. Ready for shipping!

Alhamdulillah, dapat la memenuhi masa terluang yang ada. Hehee... 

Friday 11 May 2012

Lesson Learned

Assalamualaikum peeps...

Semalam kat FB tengok video ni. An inspiring mother about her blind baby boy. Sayu hati tengok. What a great mother to have a very beautiful love story! Sometimes a woman get their strength from what they have go through. But, we as a Muslim must remember that God will never put you through anything if He know that you cannot handle it. God created like that for a reason. 


Memang perit menerima takdir Tuhan. Perit jugak menerima pandangan orang sekeliling. Manusia memang begitu, they wont stop judge others. Please guys (I'm referring to myself oso) do not judge other because they differs from your own. Punya anak yang istimewa memang memerlukan kesabaran yang tinggi.  



Bercakap pasal judge ni, memang kita takkan lari dari judge orang kan. Boleh, tapi tak perlulah terlalu over! Sampaikan boleh jadi mami jarum. Teringat pulak haritu saya ada post satus di FB: (Ni contoh aje)




Dan-dan je ada yang cakap saya tak bahagia dengan life after married. Saya takde langsung bercerita tentang bahagia. Saya cuma cakap yang tanggungjawab selepas kawin makin bertambah. Bukannya semudah apa yang kita bayangkan sebelum berkahwin. Pendapat kita selalu je disalah tafsir. Atau mungkin penulisan saya yang menyebabkan orang lain pikir sebaliknya.? 

Macam tu jugak bila ber SMS. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan, lain pulak yang dia tafsir. Mungkin dibaca dengan antonasi yang berlainan. Niat nak bergurau, tapi yang dia paham, saya sedang marah. Contohnya:



Ahhh...otak tepu la pulak. Tak dapat nak pikir ayat. Hahaa




Tapi itulah yang selalu berlaku, sering disalah tafsir. Hasben pesan, tak yah sms2, call je senang. Baru orang tau kita bergurau atau serius. Ke memang saya yang tak pandai nak susun ayat? Eh, perlu protokol ke nak sms? Hahahaa...

Sometimes, saya terfikir betul kan ayat ni.

When you judge others, you do not define them, you define yourself. 

Am i??

Just my 2cents!

Thursday 3 May 2012

Current situation

Assalamualaikum readers

Lately ni selalu je rasa pening-pening nak muntah bila naik kereta. Asal nak pergi atau balik dari kerja memang pening sesangat. Balik rumah terus aim toilet dulu. Muntah. Kadang-kadang bukan keluar ape pun, angin je.

Peninggggg...camne nak buat??

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Saya memang seorang yang mabuk darat. Asal naik kereta je muntah, naik bus je muntah. Haissshhh... memang tak kemana la. Duk rumah je. huhuu.. Dulu kalau nak pergi balik kampung, memang ayah akan pastikan tempat duduk saya di alas dengan surat khabar. Dan dia akan suruh saya standby plastik ditangan. Yela, nanti muntah, senang, muntah je dalam plastik, takdela kotor kereta. Tapi selalunya memang tak sempat pun nak muntah dalam plastik. hohohoo.. 

Dulu orang kata duduk belakang memang pening, sekarang duduk depan pun pening jugak. Kadang-kadang tu saya tak mahu kereta yang berair-cond sebab saya pening bau kereta yang ada air-cond! hahaa..boleh camtu? Kalau kereta ada guna pewangi yang pelik-pelik, makin bertambah la pening. Lagi-lagi bila saya nampak pokok-pokok di kiri kanan kereta pun berjalan. hahaa.. Makin laju kereta, makin laju jugak la pokok tu berjalan. Adoi, seksanya menahan pening dan loya dalam kereta!

Sekarang bila sembang-sembang dengan hasben dalam kereta, tetiba saya diam, maknanya tu saya tengah menahan pening dan loya. huhuu.. Mungkin hormon masa kecik yang mabuk darat tu datang kembali. Ohhh deritanya menahan muntah dan pening! 

Saya rasa salah satu faktor mungkin dengar radio. Sekarang ni lagu-lagu kemain lagi. Terjerit-jerit. Ntah pape. Kang tak pasang radio sunyi pulak! Takde info pulak pasal trafik. Ni kena beli cd ngaji-ngaji ni. Biar tenang sikit, dari dengar lagu yang makin kurang kualitinya. huhuu..

Any suggestion kawan-kawan??