Followers

Tuesday 22 January 2013

My First Trimester Journey

Assalamualaikum peeps...

Alhamdulillah, now dah masuk 30weeks of pregnancy. Another 10weeks to go. Wish me luck!

So, today nak share my first trimester journey. If takde yang baca pun, nak simpan as kenangan dihari tua. Cewahh. Manala tau nanti dapat 2nd baby, boleh review balik macamana saya mengharungi perjalanan yang terindah ni. Eh, belum apa-apa dah pikir 2nd baby? Ape kes?? Huhuu...

1st Month
* Masih belum tau sedang pregnant sebab rasa macam biasa je.
* Masa ni bulan puasa, mula-mula rasa ok, masuk 2nd week puasa rasa flat sesangat. Asyik terbaring aje.
* Suami demam hampir 2 minggu, then continue by me, another 1 week.
* Puasa tinggal 5 hari, sebab tak larat dan tak tahan perut kosong. 
* Hujung bulan je confius sebab still tak datang period. Dalam hati sangat confident dah pregnent. :) Naluri ibu kannnn....


2nd Month
* Dah beli pregnancy test, tapi seminggu simpan. Takut nak check. Huhuuu...
* YES!! Its double line :) Hug hubby... We gonna have a child.
* Jumpa doc di Klinik Alam Damai untuk confirm kan. So cute, there's baby inside my tummy. 
* Masih aktif macam biasa. Siap boleh kacau dodol. Hahaa.. (Orang kata, baru-baru takleh overactive sangat, takut jadi pape.. Tapi saya hentam aje..Alhamdulillah.. Baby kuat macam mak dia)
* Mild morning sickness dah ada. Bangun pagi-pagi terus lari ke toilet, rasa nak muntah. Tapi keluar angin dan air aje. Muntah yang sangat pahit. Wekkk...


3rd Month
* Dah mula rasa loya-loya, especially waktu pagi. Bagun pagi wajib muntah dulu, kalau tak, memang tak selesa.
* Still boleh masak, walaupun kadang-kadang mood malas yang melampau datang. Haha
* Deria bau jadi sangat sensitif. Semua benda wangi pun jadi busuk. Even diadorant yang selalu pakai pun terpaksa tukar yang lain sebab tak tahan bau. (Selama ni ok je...)
* Alah bau halia dan daun sup. Sup memang tolak tepi laa.. Makanan lain tibai semacam je.
* Dah buat buku merah di Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras. Mak aihhh...ramai bebenor orang nye, sabor menanti giliran. Huhuuu...
* Admit ward 3 hari sebab cirit-birit, high fever and muntah-muntah. Masuk air 5 botol. Agak mencabar warded time-time pregnant. 
* Kerap bangun tetengah malam untuk buang air kecik. Dalm 2, 3 kali jugak la. Aishhh cepat benor pundi kencing ni penuh. hehee.. (pregnant memang camtu kan...)


4th Month
* Baby bump masih belum kelihatan :), kadang-kadang orang tak tahu pun yang tengah pregnant.
* Masih boleh mencangkul bila balik kampung. Wehuuuu.... (Saya memang gila berkebun)
* Hb still ok
* Tak tahan sangat bau hasben, especially pagi-pagi. Aiyyyoooo...
* Tak suka naik kereta. Asal naik je, mesti pening, nak muntah. 
* Kehidupan berjalan macam biasa. Pening-pening, loya-loya tekak sikit-sikit tu normal lah...


Agaknya macam ni la baby dlm perut kan...


Hope baby doing well inside there. Can't wait to see you my little sweet pie!



Monday 21 January 2013

Fitrah Manusia

Assalamualaikum semua... ^_^
Alhamdulillah, sudah 13bulan  berkongsi hidup bersama lelaki bergelar suami.
Perasaan tak yah cakap, bahagia dan berbunga-bunga hati. Cett. Poyo betul kan! Hahaa..

Sebenarnya bukan nak cerita bahagia atau tak. Bahagia itu sendiri adalah fitrah tabie manusia. Setiap orang punya tafsiran berbeza tentang bahagia. Kita boleh kata yang bahagia itu relatif kerana ianya berubah-ubah dan berbeza mengikut pendirian individu.

Setengah orang mendifinisikan bahagia jika punya rumah besar, kereta besar, pangkat besar, duit ribu riban ditambah dengan harta yang menggunung. Setengah orang pula, kais pagi makan pagi pun sudah bahagia. Terserah pada individu bagaimana untuk membina keluarga bahagia.

Bagi kami suami isteri, kami masih lagi cuba mengenali dan memahami hati budi masing-masing. Betul, kami bercinta sudah 7 tahun sebelum berkahwin, tapi itu bukan bermakna kami betul-betul paham dan kenal dengan pasangan. Banyak lagi perkara yang perlu kami selami dan pelajari untuk lebih memahami, untuk lebih bahagia dan lebih membahagiakan. 

Dan ada ketikanya kami seperti tak kenal langsung dengan pasangan. Susahnya nak pahammmm... Dulu dia macam lain..sekarang saya pulak yang macam lain. Aduhhh... Ini baru hidup berdua, belum lagi amuncul yang ketiga, ke empat... Hahaa.. Mau huru hara hidup. Kalau dipikirkan memang tak tercapai akal! So, for me just go with the flow, plus doa banyak-banyak supaya Allah tetapkan iman, berkati hubungan yang terbina ni.. Moga dari keberkatan, terbit kebahagiaan... :)

InsyaAllah...

Menunggu kelahiran si kecil...


Friday 11 January 2013

Baby Kiko Warehouse Clearance Sale

Assalamualaikum...

Hye mommies out there! Dont miss this warehouse sale yaa....!

That how you should spend your weekend :)


Me? Tak pergi pun.. Baby apparels dah banyak, opismate sedekah. Alhamdulillah... 
Prepare barang-barang lain pulak. Already 28weeks! Fuhhh...