Followers

Showing posts with label Kehidupan Berumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Berumahtangga. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Anniversary ke-3

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2015. Semoga 2015 membawa seribu kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan. Kemain, wish yang happy2 jer walaupun tau 2015 adalah tahun yang mencabar. Baik dari segi ekonomi, kerjaya dan pelajaran. Stress kalau pikir ni. Just go with the flow. Doa semoga Allah aturkan yang terbaik jer untuk masa depan. 

24.12.2014
Genap ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3.
Macam biasa, takde sambutan yang romentik, yang suwit muwit, xde. aku tak pernah merasa pun. 
Tapi Alhamdulillah, aku masih punya suami, punya anak dan keluarga yang masih setia disisi buat aku rasa cukup sempurna.
Cuma ada jam tangan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. Tenkiu hasben. 

12 years ago



Sudah 12 tahun berlalu, gambar ni masa jamuan akhir tahun tingkatan 5. Tapi tak pernah tau ni jodoh kita. Harap terus hingga ke syurga. Masih jauh perjalanan, masih banyak yang kena blajar. Hidup suami isteri bukan senang. Semoga Allah mudahkan perjalanan kita. 



Happy Anniversary Husband, Ailefyu.












Monday, 21 January 2013

Fitrah Manusia

Assalamualaikum semua... ^_^
Alhamdulillah, sudah 13bulan  berkongsi hidup bersama lelaki bergelar suami.
Perasaan tak yah cakap, bahagia dan berbunga-bunga hati. Cett. Poyo betul kan! Hahaa..

Sebenarnya bukan nak cerita bahagia atau tak. Bahagia itu sendiri adalah fitrah tabie manusia. Setiap orang punya tafsiran berbeza tentang bahagia. Kita boleh kata yang bahagia itu relatif kerana ianya berubah-ubah dan berbeza mengikut pendirian individu.

Setengah orang mendifinisikan bahagia jika punya rumah besar, kereta besar, pangkat besar, duit ribu riban ditambah dengan harta yang menggunung. Setengah orang pula, kais pagi makan pagi pun sudah bahagia. Terserah pada individu bagaimana untuk membina keluarga bahagia.

Bagi kami suami isteri, kami masih lagi cuba mengenali dan memahami hati budi masing-masing. Betul, kami bercinta sudah 7 tahun sebelum berkahwin, tapi itu bukan bermakna kami betul-betul paham dan kenal dengan pasangan. Banyak lagi perkara yang perlu kami selami dan pelajari untuk lebih memahami, untuk lebih bahagia dan lebih membahagiakan. 

Dan ada ketikanya kami seperti tak kenal langsung dengan pasangan. Susahnya nak pahammmm... Dulu dia macam lain..sekarang saya pulak yang macam lain. Aduhhh... Ini baru hidup berdua, belum lagi amuncul yang ketiga, ke empat... Hahaa.. Mau huru hara hidup. Kalau dipikirkan memang tak tercapai akal! So, for me just go with the flow, plus doa banyak-banyak supaya Allah tetapkan iman, berkati hubungan yang terbina ni.. Moga dari keberkatan, terbit kebahagiaan... :)

InsyaAllah...

Menunggu kelahiran si kecil...


Wednesday, 29 August 2012

Salam Syawal...

Hai ladies.... Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri.
Hehehee... Walaupun lambat tapi masih lagi mood beraya kan...
Seronok baca cerita raya kawan-kawan blogger yang lain-lain.. Tu yang terpanggil nak hapdet belog jugak ni. Lagipun dah lama menyepi. Ada tak yang rindu nak baca belog ni? hehee... :) 

Alhamdulillah, tahun ni raya pertama as wife. Tak banyak beza, cuma rasa tak puas dapat beraya kejap je dengan family sendiri. Sehari sebelum raya & raya pertama dirumah ayah sebab raya kedua aktiviti di kampung hasben memang padat. Lagipun ayah nak balik kedah raya kedua, so saya mintak pada hasben untuk raya dirumah ayah sebelum pulang ke kampung hasben. Dia setuju je. Ngeh..ngeh.. (happy)

Selalunya tiap-tiap tahun kami mak akan buat ketupat pulut. Since mak dah takde, no one can replace her balut ketupat. Semua buat tak jadi. Tahun lepas buat jugak, tapi kebanyakannya balut tak kemas, end up bila rebus tu, pulut terkeluar. Sayang je. Tahun ni ayah prefer kami buat lemang, sebab lemang tahun lepas sedap! hikhik.. Jadi, abang ipar, hasben & adik ipar pun ambik tugas siapkan lemang. We're still learning in making of lemang. ^_^ 

Tengok... kak leya pun sibuk nak tolong ayah dia....

Sesi membakar lemang...

Yang pompuan-pompuan sibuk siapkan gulai dan rendang walaupun tak sesedap air tangan mak. Raya kali ni kurang meriah sebab tinggal 3 family je.. Yang lain semua kerumah mertua. Kakak yang sorang lagi berpantang di kedah. Time-time ni la teringat sangat-sangat arwah mak. Sayunya rasa. Bila dia ada, tentu meriah. Ayah semakin tabah dengan kehilangan mak. Alhamdulillah, berkat doa semua. 

Lepas sembahyang raya, kami sekeluarga menziarah kubur arwah mak, sedekah kan Yaasin. Semoga mak terus tenang disana. Doa ayah untuk mak selalu buat air mata ni mengalir. Kami semua rindu...

Adela beberapa keping pics yang sempat snap. Yang lain semua sibuk bersiap, jadi ni jela gambar raya yang ada. hahaa...

Adam & Alia... comel...

Ayah tersayang.... Dengan jubah Imam Mekah :)

Family adik.. Lucu muka orked

Last one, kami yang takde gambar berdua. Maklumla, hasben memang susah nak bergambar. Aduyai.... Baju raya pun tak prepare, just pakai jubah masa nikah haritu, hasben pulak pakai baju masa bertandang. Hehee.. Memang tak sedondon macam orang lain. huhuu...

Us... with Adam...huhuu...

Malam raya pertama berarak kerumah mertua pulak. Tinggal adik-adik je sebab abang hasben tak dapat cuti. hehee..kesian mak ayah mertua. Raya kedua tahlil sekampung di kubur. Ini memang tradisi di kampung hasben. Memang meriah. Tengah hari bertahlil di rumah ibu saudara sebelah hasben. Semua kaum keluarga berkumpul. Ohh baru saya sedar, he has a bigggggg family. Semua dok tadah tangan mintak duit raya. Hahaa... Adoi, memang tak prepare langsung! Ramai sangat, mau bankrupt macam ni. Hikhik.. Petang pulak saudara mara serbu ke rumah. Memang tak menang tangan dibuatnya. ^_^

Macam tu lah serba sedikit cerita raya kami berdua. InsyaAllah, next year will celebrate 3 of us. :)







Monday, 30 July 2012

Langit Ramadhan...

Assalamualaikum peeps...

Salam Ramadhan. Sedar tak sedar dah 10 hari puasa tahun ni. Selamat berpuasa semua, semoga kita mendapat rahmat, keampunan atas dosa-dosa silam dan pelepasan dari azab neraka. InsyaAllah, Amin...

Dah sebulan tak aktif menulis. Berhabuk. Sibuk. Tapi sempat pulak pagi-pagi berbelog walking sebelum buat kerja. Cuma kadang-kadang tak sempat nak tinggalkan jejak. 
Hehehee..

Bulan Julai ni macam-macam yang berlaku: 

7hb Julai - Ayah selamat pulang dari menunaikan umrah. Seronok dengar pengalaman dia disana. Berkobar-kobar hati nak jejak kaki disana jugak. Semoga dimudahkan.
Permintaan ayah : "Ayah nak kali ni, nak p buat umrah dengan anak-anak ayah pulak. Pergi dengan orang lain tak sama macam pergi dengan anak sendiri..."
InsyaAllah ayah... ada rezki nanti kita semua akan kesana :)

12hb Julai - Genap setahun pemergian arwah mak ke rahmatullah. Ayah buat majlis tahlil di kampung. Tapi saya tak balik, kebetulan jatuh hari bekerja. Tahlil dan doa tetap disedekah untuk arwah walau berada di KL. Tak pernah putus doa untuk kesejahteraan mak disana. InsyaAllah.. Bulan puasa tanpa mak memang sayu. Terkenang, terbayang sisi arwah. Suara, belaian, air tangan, semua tiada tandingan. Hanya Al-fatihah penyambung rindu. Semoga damai selalu.

25hb Julai - Biras ku selamat melahirkan baby secara cser. Alhamdulillah, cucu sulung sebelah family hasben. Kembar pulak. Saya dapat lihat riak gembira di muka mak ayah mertua. Tapi Allah berikan ujian kepada ibu ayah baby ni. Dugaan menguji iman hambaNya. Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat dan ujian Nya. Tapi saya lihat biras dan abang ipar tetap cool. Dari segi luaran. Dalaman, hati berteriak menangis tak siapa tahu. Mak biras, mak ayah mertuaku sentiasa ada disisi memberikan semangat dan sokongan moral. 

26hb Julai - Cermin hadapan kereta kami pecah! Ohh..geramnyaaa. Tapi pun nak geram pada siapa. Bila bangun tidur, nak ke tempat kerja, tengok cermin depan pecah dan retak. Nak marah pun pada siapa, apatah lagi menunding jari. Terima jelah hakikat, dalam berjaga-jaga pun masih terkena. 

27hb Julai - Suami demam sampai kehari ini. Sedih pulak tengok. Selalunya dia demam paling lama sehari dua. Kali ni lama pulak. Susah hati dibuatnya. Semalam semasa masak untuk berbuka, tetiba rasa berpeluh, seram sejuk, rasa nak pitam. Cepat-cepat baring, bila bangun rasa nak jatuh. Mintak hasben tolong gorengkan sayur sebab dah tak larat berdiri. Nasib la dia dah boleh bangun. Malam tadi dah rasa ngilu-ngilu badan macam nak demam.. Suami isteri bergolek demam. Uhuuu...




Dugaan langit Ramadhan kami. 





Friday, 15 June 2012

Wahai isteri...

Assalamualaikum
Just to share....

Wahai isteri...

Janganlah kamu bergembira di hadapan suamimu ketika dia bersedih, atau...
bersedih dihadapannya ketika dia bergembira.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan...
mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci.
Sesungguhnya Allah akan memberkatimu.




I feel like crying... Pada siapa hendak ku mengadu derita ini.... Just think positively.

Friday, 25 May 2012

Thank you, you serve me well!

Salam Jumaat semua..
Semoga hari ini lebih indah dari semalam. 
Alhamdulillah, sedah genap 5 bulan hidup berumah tangga. ^_^

Minggu lepas sempat bersiar-siar di VivaHome. Konon-konon nak mencari mangkuk muffin yang boleh masuk dalam oven tu. Terus hasben ajak pergi Viva. (Bab-bab barang rumah dia memang semangat!) Tapi takde, tak jumpa pun. Ade pun yang Vintage punya. Tak minat la pulak. Nak yang putih kosong tu je. 

Source:  Nak cari macam ni, tapi yang takde cover & tangkai.

Langsung tak jumpa. Last-last lain yang dicari, lain yang dapat....

*
*
*
*



Set pinggan seramik. Lukisan pada pinggan tu by hand. Dapat la beli 2 piring, 2 mangkuk, 4 pinggan besar & 2 set mangkuk sup. Yeayyy... boleh buat mushroom sup lepas ni. Ceh, takde mangkuk sup, malas nak buat. Hahaa.. Lagipun masa beli ni ada less 70%. Pinggan besar tu RM9.90 sebijik, after less dapat la RM2.97 sebijik. Memang berbaloi. Terus grab yang lain-lain tu. Hehee.. Total tak sampai RM30 pun. 

Sangat seronok! Berbelanja hasil tempahan bunga haritu. ^_^

Hasben memang suka la pinggan mangkuk cenggini, tebal dan tahan lasak. Maklum la, kami ni ganas-ganas, kalau beli yang mahal-mahal jenis Arcoroc ke Arcopal ke (betul tak eja?), kalau pecah, menangis tak berlagu pulak. huhuuu... Dah la mahal, nipis melayang, tapi tak dinafikan memang cantik dan ade classss lah! So, bagi kami biarlah pinggan mangkuk kami cenggini je (Ini pinggan 1st yang kami beli sendiri.. ). Totally safe & save. Hohohoooo


Dan.... Inilah khidmat pinggan tu kepada kami.


Menghidangkan makanan kepada tuan nya. hehee

My sweet sour bawal. Yummeh!

Burger bakar made by hasben. Yummy...

They serve us well ^_^





Tuesday, 10 April 2012

6 tahun berlalu....

Hi ladies...




Weekend baru ni ajak hasben mengimbau memori masa bercinta dulu....
Jalan-jalan ke rumah 4 musim, kebetulan musim bunga sekarang ni (21st March - 20 April) *ingat sebab tarikh beday. hahahaa
Masa bercinta memang suka lah pergi sini. Setiap musim akan pergi. Yelaa...nak pergi oversea tak mampu. kihkihkih
Bila tengok balik gambar, and compare dengan gambar dulu, terlalu banyak perbezaannya.
6 tahun sudah berlalu...
Dulu keding, kecik molek, sekarang dah gedempol
Pipi dah bolat
Lengan dah boleh lawan smackdown dengan hasben
Peha memang kalah lah drumstick
Dah ada sparetyre. Uwaaa.....nak kurus. nak kurus!


&... here my buncit hasben. Ni gambar sekarang. Gambar dulu-dulu tak jumpa la pulak. Saya tengok dia sekarang makin bam bam. Tapi each time orang jumpa dia, sume cakap dia makin kurus. Ishhhh sape yang silap ni sebenarnya. Confius betul.
Saya tetap nak cakap awak dah buncit cuk.
huhuuuu...

Alhamdulillah, sudah hampir 8 tahun bercinta dan sudah 15 minggu menjadi suami isteri. Semoga kami terus tabah dalam mengharungi kehidupan akan datang. 

Esok kan public holiday. Selamat bercuti kawan-kawan :'D

Thursday, 22 March 2012

Keperluan Utama di Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah berusia 27 tahun. Syukur, masih lagi diberi kesempatan menghirup udara dibumi pinjaman ini. Semoga lebih bersikap matang dengan ujian yang datang dan sentiasa berfikiran positif. :)

Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman hidup selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi keperluan rumah. Kata hidup berumah tangga, mestilah ada rumah dan tangga kan... :). Ok, tangga itu optional. :)

Bila dah kawen mesti kita akan move rumah sendiri kan. Tak kisahlah kalau itu hanya rumah sewa je pun. Jika duduk bersama mertua / parents sendiri - UNTUNG. Saya pun sama, masih belum mampu untuk punya rumah sendiri. Mungkin rezki belum berpihak. Sentiasa berdoa kearah itu. Dalam rumah tu pulak mesti mau ada  a few basic things. Yelaa..., mana la tau, tetibe jek mak mertua, ipar duai datang serang hendap! (based on true story) Tak ke naya. Ape mau bikin kalau apa pun takde?? Hahahaa....

Keperluan rumah yang perlu ada (just basic things):


Pinggan 1 set - at least untuk makan nasik
Cawan / Gelas - Pilih yang mana selesa


* Ok, dua benda kat atas tak perlu yang mahal-mahal. If ada pinggan & cawan plastic pun ok. Bagi yang menitik beratkan soal style, sila la beli pinggan mangkuk kaca yang nipis melayang tu. Bagi saya, tak perlu pun mahal-mahal. Asal boleh isi nasik & tuang air sudah memadai. Lagipun tetamu yang datang mesti paham, kita kan baru nak mulakan hidup baru... Jika tetamu bawak buah tangan, mestila kena ada pinggan kan.. Tak kan nak hidang atas surat khabar pulak... (Tak senonoh betul menantu aku ni....)

Tilam / Toto & Bantal
Selimut

* Yang ni saya rasa serius kena prepare awal-awal. Sekurang-kurangnya korang ada 1 toto dan 2 bijik bantal lebih. Hehee.. Selimut tu depends pada orang & tempat la kan. If rumah korang kawasan tinggi, memang sejuk la kan (macam rumah kami). Memang wajib ada selimut.....sejukkkk. Dan pada yang tido memang kena bungkus dengan selimut sure akan carik selimut punyee... So, sediakan lah 1 toto, 2 bijik bantal & sehelai selimut in case ada tetamu yang tak diundang diduga datang. 

Perkakasan Memasak - contoh: Rice cooker & kettle

* Sekarang dah jadi isteri orang. Tugas penting seorang isteri ialah memastikan makan pakai suami terjaga dengan baik. Kalau ye pun tak pandai masak, tak kan la masak air pun tak tahu kan... Jika suami tetiba nak minum kopi panas tengah-tengah malam, terpaksalah keluar carik kedai mamak yang terdekat semata-mata nak minum secawan air yang isteri sendiri tak boleh nak sediakan.. Oh, tak boleh terima akal :) 
Rice cooker zaman sekarang pun boleh masak macam-macam dalam tu. Masak steam-steam pun boleh, nak masak kari kepala ikan pun boleh.... At least kat rumah korang mesti ada satu ok. Nak lagi best beli multi-cooker, macam-macam boleh masak even bakar kek pun boleh! (saya pernah bawak masa duduk hostel dulu. sampai kantoi dengan warden. Ahahhaa...)

Sejadah & Telekong extra

* Pun penting jugak. Saya percaya korang semua mesti ada lebih dari 1 kan telekong. Kira ok la tu. Takdela nanti nak solat pun kena tunggu turn. Kan best kalau boleh berjemaah. Bercahaya rumah baru korang :). Instead, kain batik dan kain pelikat perlu la ada untuk buat salin-salin baju. 

Dulu masa arwah mak ada lagi, dia selalu pesan, even saya belum kawen, kain batik biar ada banyak, tak rugi, takut tetamu datang, nak tumpang bermalam ke, tumpang mandi ke.... At least kita boleh sediakan dia kain batik, tuala mandi & bantal untuk berehat... Kan sangat berguna nasihat mak tu. Terima kasih mak.... 

So, kawan-kawan yang baru kawen, yang nak kawen, boleh la buat senarai semak untuk rumah korang nanti. Pinggan mangkuk, cawan, kettle & rice cooker tu tak risau sangat kot sebab mesti ada dapat hadiah kawen kan :) Bantal tu saya rasa perlu ada. Kalau jalan mana-mana, nampak je orang jual bantal, saya mesti serbu. Tak kesah la bantal kekabu ke, campur ke... Yang murah-murah pun takpe, janji ada. Selimut tu kat pasar malam banyak jual :) Lega hati mertua bila tengok menantu dia pandai layan tetamu. Hehehehee....