Alhamdulillah. Sudah berusia 27 tahun. Syukur, masih lagi diberi kesempatan menghirup udara dibumi pinjaman ini. Semoga lebih bersikap matang dengan ujian yang datang dan sentiasa berfikiran positif. :)
Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman hidup selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi keperluan rumah. Kata hidup berumah tangga, mestilah ada rumah dan tangga kan... :). Ok, tangga itu optional. :)
Bila dah kawen mesti kita akan move rumah sendiri kan. Tak kisahlah kalau itu hanya rumah sewa je pun. Jika duduk bersama mertua / parents sendiri - UNTUNG. Saya pun sama, masih belum mampu untuk punya rumah sendiri. Mungkin rezki belum berpihak. Sentiasa berdoa kearah itu. Dalam rumah tu pulak mesti mau ada a few basic things. Yelaa..., mana la tau, tetibe jek mak mertua, ipar duai datang serang hendap! (based on true story) Tak ke naya. Ape mau bikin kalau apa pun takde?? Hahahaa....
Keperluan rumah yang perlu ada (just basic things):
Pinggan 1 set - at least untuk makan nasik
Cawan / Gelas - Pilih yang mana selesa
* Ok, dua benda kat atas tak perlu yang mahal-mahal. If ada pinggan & cawan plastic pun ok. Bagi yang menitik beratkan soal style, sila la beli pinggan mangkuk kaca yang nipis melayang tu. Bagi saya, tak perlu pun mahal-mahal. Asal boleh isi nasik & tuang air sudah memadai. Lagipun tetamu yang datang mesti paham, kita kan baru nak mulakan hidup baru... Jika tetamu bawak buah tangan, mestila kena ada pinggan kan.. Tak kan nak hidang atas surat khabar pulak... (Tak senonoh betul menantu aku ni....)
Tilam / Toto & Bantal
Selimut
* Yang ni saya rasa serius kena prepare awal-awal. Sekurang-kurangnya korang ada 1 toto dan 2 bijik bantal lebih. Hehee.. Selimut tu depends pada orang & tempat la kan. If rumah korang kawasan tinggi, memang sejuk la kan (macam rumah kami). Memang wajib ada selimut.....sejukkkk. Dan pada yang tido memang kena bungkus dengan selimut sure akan carik selimut punyee... So, sediakan lah 1 toto, 2 bijik bantal & sehelai selimut in case ada tetamu yang tak diundang diduga datang.
Perkakasan Memasak - contoh: Rice cooker & kettle
* Sekarang dah jadi isteri orang. Tugas penting seorang isteri ialah memastikan makan pakai suami terjaga dengan baik. Kalau ye pun tak pandai masak, tak kan la masak air pun tak tahu kan... Jika suami tetiba nak minum kopi panas tengah-tengah malam, terpaksalah keluar carik kedai mamak yang terdekat semata-mata nak minum secawan air yang isteri sendiri tak boleh nak sediakan.. Oh, tak boleh terima akal :)
Rice cooker zaman sekarang pun boleh masak macam-macam dalam tu. Masak steam-steam pun boleh, nak masak kari kepala ikan pun boleh.... At least kat rumah korang mesti ada satu ok. Nak lagi best beli multi-cooker, macam-macam boleh masak even bakar kek pun boleh! (saya pernah bawak masa duduk hostel dulu. sampai kantoi dengan warden. Ahahhaa...)
Sejadah & Telekong extra
* Pun penting jugak. Saya percaya korang semua mesti ada lebih dari 1 kan telekong. Kira ok la tu. Takdela nanti nak solat pun kena tunggu turn. Kan best kalau boleh berjemaah. Bercahaya rumah baru korang :). Instead, kain batik dan kain pelikat perlu la ada untuk buat salin-salin baju.
Dulu masa arwah mak ada lagi, dia selalu pesan, even saya belum kawen, kain batik biar ada banyak, tak rugi, takut tetamu datang, nak tumpang bermalam ke, tumpang mandi ke.... At least kita boleh sediakan dia kain batik, tuala mandi & bantal untuk berehat... Kan sangat berguna nasihat mak tu. Terima kasih mak....
So, kawan-kawan yang baru kawen, yang nak kawen, boleh la buat senarai semak untuk rumah korang nanti. Pinggan mangkuk, cawan, kettle & rice cooker tu tak risau sangat kot sebab mesti ada dapat hadiah kawen kan :) Bantal tu saya rasa perlu ada. Kalau jalan mana-mana, nampak je orang jual bantal, saya mesti serbu. Tak kesah la bantal kekabu ke, campur ke... Yang murah-murah pun takpe, janji ada. Selimut tu kat pasar malam banyak jual :) Lega hati mertua bila tengok menantu dia pandai layan tetamu. Hehehehee....
thanks sis! ilmu yg sangat berguna...
ReplyDeletewah..berinformasi~ noted annor! kite pun tengah berkira-kira nak beli mana yg dl ni~
ReplyDelete