Followers

Tuesday 11 December 2012

Tutorial : Plush Flower Centrepiece

Assalamualaikum peeps...

Lazy Tuesday huh? It goes to me... Hujung-hujung tahun ni biasa la... Tak sabar nak clearkan annual leave. Wehuuuu...

Just to share, 1 tutorial from Birds' Party Blog. Syomel. Sesuai untuk jadi kan centrepiece. 

Comel kan... Gebuss...

Geram.. Teringin nak buat, untuk deco dekat kitchen.

Saya bagi link ajelah yer... Kan dah cakap, malas.... hehehee




Wednesday 5 December 2012

Scan @ 23rd Week...

Assalamualaikum...
Semoga sihat-sihat aje yer kawan-kawan..

Alhamdulillah, usia kandungan mencecah 23minggu. Wee... another 17weeks. Macam tak percaya je, cepatnya masa berlalu. At the same time, tak sabar nak jumpa baby. Excited! Tapi preparation baru 10%. hikhikhik...

Hari ni semangat ajak hasben pegi buat scan sebab dah lama sangat tak scan. Saya buat check up kat KK aje, so takde la scan-scan ni. Jumpa doktor pun tak, masa mula-mula check up je ada jumpa. Nurse bilang, if takde masalah, tak payah jumpa doktor atau scan. Nanti dah masuk 7 bulan ke atas baru jumpa doktor. 

Tapi dah sampai mimpi-mimpi baby meninggal dalam perut (Na'uzubillah) sebab tak scan, tak tahu ape jadi dekat baby. Aduhai... Menangis tak berlagu la.. Tu yang semangat ajak jugak hasben pergi scan 2D je dulu before buat 3D/4D. Hehehee... Apela mummy baby ni.. Padahal boleh rasa kot, movement baby dalam perut. :)

Dah sampai klinik, letrik pulak takde, orang TNB tengah betul kan ape ntah. So, pergi cari klinik lain. Kami terjah Klinik Putrijaya di Bandar Tasik Permaisuri.  Tapi yang spoilnya doktor tu tak mahir kendali kan mesin scan tu. Lama pulak digodek-godeknya perut ku. Hasilnya tidak memberangsangkan. Last-last she confess yang dia tak biasa guna mesin tu, selalunya doktor lain yang buat. Haiyyyaaaaa.....! Mesin jugak disalahkan.

Then, baby pulak over active! Sampai doktor tu nak ambik ukuran kepala pun susah. Melompat-lompat dia.   Hasben tergelak-gelak tengok keletah baby. Saya jugak yang terteleng-terteleng kepala nak tengok baby. Adehhh.... Tapi bentuk baby pun tak berapa jelas. Kamu kegelian ke ape baby? Huhuu... Doktor pun cakap yang baby terlalu aktif, walaupun badan die kecik, tapi memang tak duduk diam. Saya suruh doktor tengok gander baby, saje nak tau, pastu ape yang dia tekan ntah, sampai mesin tu hang. Aiyyyooooo.... Terus dia tutup mesin tu. Kali ni alasan nya my baby overactive, tak boleh nak tengok gander plus saya punya placenta ade di depan, jadi penghalang disitu. Tak sempatlah saya nak suruh dia print hasil scan tadi. Huuuuu.... 

Maka, kami pun pulang dengan perasaan yang tersangat kecewa. Doktor, aku kecewa sama kamu. Kenapa tak bagitau awal-awal yang kamu tak pandai kendali kan mesin scan tu... Boleh la kami terjah klinik lain. 
Aduhhhhhaaaaiiiii.....
Doktor siap pesan datang lain kali, nak scan sekali lagi. Mana tau kot-kot next time baby behave sikit. So boleh la nampak gander dia.
Hmmm...memang tak la kan. Baik ku cari klinik lain.
Kesian ibu mengandung yang teringin nak tengok baby dia ni. Tapi tak kesampaian... 

Tunggu jelah, kot-kot ada rezeki lebih kita buat 3D/4D scan yer baby. And baby, please, duduk diam-diam tau. Jangan nak melompat sangat lah. Hehehee...


*Another 17weeks & counting....


Monday 26 November 2012

Tutorial : Tissue Paper Flower Pomanders

Assalamualaikum...

Hai semua...
Memang dah lama sangat blog ni tak ber-update. 
Alasan: 
1. Sibuk
2. Tak de mood
3. Malas 
4. Baby tak duduk diam dalam perut
5. Kering idea sebab lama sangat tak menulis.
Hahahahaa... Boleh terima tak?


Ok lah, since dah musim cuti sekolah, wedding pun banyak la kan... :)
Nak share sumthin untuk bakal-bakal bride...
Mana lah tau, kot-kot boleh sumbang idea, bagi menceriakan lagi majlis korang nanti.

Tutorial Tissue Paper Flower Pomander


What you need:

1. Crepe/tissue paper
2. Scissors
3. Polystyrene balls
4. Hot glue gun & Paper glue

Steps:



Ok, dah ade tu, steps 1 sampai 7 by picture. Malas betul nak type satu-satu sebab senang sangat. Kalau tak jelas, boleh check kat link ni okeh?

Bride to be boleh try yer.. Nanti boleh gantung-gantung kat dalam bilik pengantin ke, depan pelamin ke, kat tempat photo booth ke, kat tempat meja makan ke... Mesti cun! Buat pun tak susah kan... :)

Selamat mencuba! 

Selamat pengantin baru kepada kawan-kawan blogger yang bakal / baru jer melangkah ke alam perkahwinan. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Ingat, tolak ansur dalam perhubungan tu perlu, dan paling penting, MESTI SABAR. Semat dalam hati, Allah dah aturkan kehidupan yang terbaik, jodoh yang ditentukan Allah tu adalah jodoh yang paling layak untuk kita. Bersyukurlah. 



Wednesday 17 October 2012

WW : My Little One

Assalamualaikum...


Just to share :)

Yeayyy... Its double line :)


Someone inside my tummy.... 

This time just about 8weeks.


Now already 16weeks.


Alhamdulillah. Rezki dari Allah. :)




Wednesday 29 August 2012

Salam Syawal...

Hai ladies.... Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri.
Hehehee... Walaupun lambat tapi masih lagi mood beraya kan...
Seronok baca cerita raya kawan-kawan blogger yang lain-lain.. Tu yang terpanggil nak hapdet belog jugak ni. Lagipun dah lama menyepi. Ada tak yang rindu nak baca belog ni? hehee... :) 

Alhamdulillah, tahun ni raya pertama as wife. Tak banyak beza, cuma rasa tak puas dapat beraya kejap je dengan family sendiri. Sehari sebelum raya & raya pertama dirumah ayah sebab raya kedua aktiviti di kampung hasben memang padat. Lagipun ayah nak balik kedah raya kedua, so saya mintak pada hasben untuk raya dirumah ayah sebelum pulang ke kampung hasben. Dia setuju je. Ngeh..ngeh.. (happy)

Selalunya tiap-tiap tahun kami mak akan buat ketupat pulut. Since mak dah takde, no one can replace her balut ketupat. Semua buat tak jadi. Tahun lepas buat jugak, tapi kebanyakannya balut tak kemas, end up bila rebus tu, pulut terkeluar. Sayang je. Tahun ni ayah prefer kami buat lemang, sebab lemang tahun lepas sedap! hikhik.. Jadi, abang ipar, hasben & adik ipar pun ambik tugas siapkan lemang. We're still learning in making of lemang. ^_^ 

Tengok... kak leya pun sibuk nak tolong ayah dia....

Sesi membakar lemang...

Yang pompuan-pompuan sibuk siapkan gulai dan rendang walaupun tak sesedap air tangan mak. Raya kali ni kurang meriah sebab tinggal 3 family je.. Yang lain semua kerumah mertua. Kakak yang sorang lagi berpantang di kedah. Time-time ni la teringat sangat-sangat arwah mak. Sayunya rasa. Bila dia ada, tentu meriah. Ayah semakin tabah dengan kehilangan mak. Alhamdulillah, berkat doa semua. 

Lepas sembahyang raya, kami sekeluarga menziarah kubur arwah mak, sedekah kan Yaasin. Semoga mak terus tenang disana. Doa ayah untuk mak selalu buat air mata ni mengalir. Kami semua rindu...

Adela beberapa keping pics yang sempat snap. Yang lain semua sibuk bersiap, jadi ni jela gambar raya yang ada. hahaa...

Adam & Alia... comel...

Ayah tersayang.... Dengan jubah Imam Mekah :)

Family adik.. Lucu muka orked

Last one, kami yang takde gambar berdua. Maklumla, hasben memang susah nak bergambar. Aduyai.... Baju raya pun tak prepare, just pakai jubah masa nikah haritu, hasben pulak pakai baju masa bertandang. Hehee.. Memang tak sedondon macam orang lain. huhuu...

Us... with Adam...huhuu...

Malam raya pertama berarak kerumah mertua pulak. Tinggal adik-adik je sebab abang hasben tak dapat cuti. hehee..kesian mak ayah mertua. Raya kedua tahlil sekampung di kubur. Ini memang tradisi di kampung hasben. Memang meriah. Tengah hari bertahlil di rumah ibu saudara sebelah hasben. Semua kaum keluarga berkumpul. Ohh baru saya sedar, he has a bigggggg family. Semua dok tadah tangan mintak duit raya. Hahaa... Adoi, memang tak prepare langsung! Ramai sangat, mau bankrupt macam ni. Hikhik.. Petang pulak saudara mara serbu ke rumah. Memang tak menang tangan dibuatnya. ^_^

Macam tu lah serba sedikit cerita raya kami berdua. InsyaAllah, next year will celebrate 3 of us. :)







Monday 30 July 2012

Langit Ramadhan...

Assalamualaikum peeps...

Salam Ramadhan. Sedar tak sedar dah 10 hari puasa tahun ni. Selamat berpuasa semua, semoga kita mendapat rahmat, keampunan atas dosa-dosa silam dan pelepasan dari azab neraka. InsyaAllah, Amin...

Dah sebulan tak aktif menulis. Berhabuk. Sibuk. Tapi sempat pulak pagi-pagi berbelog walking sebelum buat kerja. Cuma kadang-kadang tak sempat nak tinggalkan jejak. 
Hehehee..

Bulan Julai ni macam-macam yang berlaku: 

7hb Julai - Ayah selamat pulang dari menunaikan umrah. Seronok dengar pengalaman dia disana. Berkobar-kobar hati nak jejak kaki disana jugak. Semoga dimudahkan.
Permintaan ayah : "Ayah nak kali ni, nak p buat umrah dengan anak-anak ayah pulak. Pergi dengan orang lain tak sama macam pergi dengan anak sendiri..."
InsyaAllah ayah... ada rezki nanti kita semua akan kesana :)

12hb Julai - Genap setahun pemergian arwah mak ke rahmatullah. Ayah buat majlis tahlil di kampung. Tapi saya tak balik, kebetulan jatuh hari bekerja. Tahlil dan doa tetap disedekah untuk arwah walau berada di KL. Tak pernah putus doa untuk kesejahteraan mak disana. InsyaAllah.. Bulan puasa tanpa mak memang sayu. Terkenang, terbayang sisi arwah. Suara, belaian, air tangan, semua tiada tandingan. Hanya Al-fatihah penyambung rindu. Semoga damai selalu.

25hb Julai - Biras ku selamat melahirkan baby secara cser. Alhamdulillah, cucu sulung sebelah family hasben. Kembar pulak. Saya dapat lihat riak gembira di muka mak ayah mertua. Tapi Allah berikan ujian kepada ibu ayah baby ni. Dugaan menguji iman hambaNya. Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat dan ujian Nya. Tapi saya lihat biras dan abang ipar tetap cool. Dari segi luaran. Dalaman, hati berteriak menangis tak siapa tahu. Mak biras, mak ayah mertuaku sentiasa ada disisi memberikan semangat dan sokongan moral. 

26hb Julai - Cermin hadapan kereta kami pecah! Ohh..geramnyaaa. Tapi pun nak geram pada siapa. Bila bangun tidur, nak ke tempat kerja, tengok cermin depan pecah dan retak. Nak marah pun pada siapa, apatah lagi menunding jari. Terima jelah hakikat, dalam berjaga-jaga pun masih terkena. 

27hb Julai - Suami demam sampai kehari ini. Sedih pulak tengok. Selalunya dia demam paling lama sehari dua. Kali ni lama pulak. Susah hati dibuatnya. Semalam semasa masak untuk berbuka, tetiba rasa berpeluh, seram sejuk, rasa nak pitam. Cepat-cepat baring, bila bangun rasa nak jatuh. Mintak hasben tolong gorengkan sayur sebab dah tak larat berdiri. Nasib la dia dah boleh bangun. Malam tadi dah rasa ngilu-ngilu badan macam nak demam.. Suami isteri bergolek demam. Uhuuu...




Dugaan langit Ramadhan kami. 





Thursday 28 June 2012

Wedding Old-friend: Adah

Assalamualaikum....
Selamat hari khamis semua kawan-kawan & silent readers...
Dah lama tak menghapdet belog. Dah bersawang pun. hehehee... Sibuk la konon.

Hari ni saja nak meng-review wedding adik my best friend. Adik dia ni saya anggap dah macam adik sendiri dah. Lagipun masa wedding saya dulu dia yang temankan saya waktu akad nikah merangkap mak andam untuk majlis bertandang sebelah lelaki. Kalau tak pergi wedding dia, sangatlah rasa bersalah dan tak best. huhuu..

Ok, akad nikah berlangsung pada Jumaat malam Sabtu, waktu tu saya on the way dari KL, memang tak sempat lah nak hadir. Esoknya saya datang awal pagi sebab nak tengok pengantin khatam quran. Selesai khatam quran, ada marhaban pulak. (Saya memang suka dengar orang marhaban, lagi-lagi part yang sebut nama 4 khalifah tu). Tiap kali dengar mesti mengalir airmata. 

Pengantin in Black Abaya
Part yang saya suka bila pengantin tak mengenakan sebarang make-up untuk majlis ni. Sesuci embun pagi. Hehehee.. Diapit oleh anak buah kesayangan. 

From Bride
Ni pulak hantaran daripada pihak pengantin perempuan. 9 dulang berbalas 7. Yang paling menariks set Gintell  eSlim Advace. Ni khusus untuk exercise lepas kawen. Confirm hilang semua lelemak berlebihan. kihkih.. Cecah RM500 jugak tu. Bunga-bunga keliling dulang from crepe tissue paper. Nice. Kata pengantin, artificial flower kaler biru memang susah nak cari. Kalau ada pun tak berapa cantik. Agreed!

Hantaran from groom lupa nak capture. Aiyyoo. Tapi memang cantik. Combination peach & pink. Vintage gitteww.. Mabeless. Tak yah cite pepanjang, takde gambar.

Pengantin Berarak... suwittt...
They're wearing pink suit. Sangatlah suhwittt... Adah nampak kurus. hekhek... Pengantin senyummm jek.. Saya dulu jenuh jugak la photographer suruh senyum lebor2.. Maklum la, saya memang tak pandai bagi senyuman palsu. Cewahhh.. huhuu...

The dais pun shomell....
Pelamin sangat indah (as for me). Berlatar belakangkan cermin. Sesuai dengan kaler. Ada 3D flower. Mesti mahal ni.. Teringin pulak nak bersanding atas pelamin cantik-cantik macamni. hehee.. Hubs, jom! huhuu.. Dulu pelamin ku biasa-biasa aje, nak meletops2 macam ni tak cukup budget pulak. Pengantin ni takpe, dua-dua kerja best. Ape ada hal... Betul tak adah? hihiii...

Close up make up sikit...
Make up pun cantik. Pandai mak andam ni touch up. Berseri-seri. ^_^
B2B from pahang, near Jerantut boleh view dekat sini.  Mana la tau kot-kot ada yang berkenan...

Barakallah....
&...
Lastly from kak ilah & Anas, kami doakan adah & alan bahagia hingga hujung nyawa. Semoga Allah memberkati hubungan dan ikatan yang terjalin ni. Harap korang tabah mengharungi kehidupan berumah-tangga yang penuh dengan cabaran. Cewahhh (macam dah lama kawen jer...)

Maaf yer, kami tak dapat nak sama-sama memeriahkan majlis di Johor nanti. Hanya doa yang kami panjangkan semoga majlis dipermudahkan dan berjalan dengan baik.


*

*

*


My anak buah...
&..

Diorang lah orang paling sibuk bila pengantin sampai.. Hehehee...



Take care...

Friday 15 June 2012

Wahai isteri...

Assalamualaikum
Just to share....

Wahai isteri...

Janganlah kamu bergembira di hadapan suamimu ketika dia bersedih, atau...
bersedih dihadapannya ketika dia bergembira.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan...
mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci.
Sesungguhnya Allah akan memberkatimu.




I feel like crying... Pada siapa hendak ku mengadu derita ini.... Just think positively.

Wednesday 30 May 2012

WW: Pearl HB....

Assalamualaikum peeps....

My current project...

Source: Google..

Source: Wedding Thingy

Wish me luck! ^_^

Friday 25 May 2012

Thank you, you serve me well!

Salam Jumaat semua..
Semoga hari ini lebih indah dari semalam. 
Alhamdulillah, sedah genap 5 bulan hidup berumah tangga. ^_^

Minggu lepas sempat bersiar-siar di VivaHome. Konon-konon nak mencari mangkuk muffin yang boleh masuk dalam oven tu. Terus hasben ajak pergi Viva. (Bab-bab barang rumah dia memang semangat!) Tapi takde, tak jumpa pun. Ade pun yang Vintage punya. Tak minat la pulak. Nak yang putih kosong tu je. 

Source:  Nak cari macam ni, tapi yang takde cover & tangkai.

Langsung tak jumpa. Last-last lain yang dicari, lain yang dapat....

*
*
*
*



Set pinggan seramik. Lukisan pada pinggan tu by hand. Dapat la beli 2 piring, 2 mangkuk, 4 pinggan besar & 2 set mangkuk sup. Yeayyy... boleh buat mushroom sup lepas ni. Ceh, takde mangkuk sup, malas nak buat. Hahaa.. Lagipun masa beli ni ada less 70%. Pinggan besar tu RM9.90 sebijik, after less dapat la RM2.97 sebijik. Memang berbaloi. Terus grab yang lain-lain tu. Hehee.. Total tak sampai RM30 pun. 

Sangat seronok! Berbelanja hasil tempahan bunga haritu. ^_^

Hasben memang suka la pinggan mangkuk cenggini, tebal dan tahan lasak. Maklum la, kami ni ganas-ganas, kalau beli yang mahal-mahal jenis Arcoroc ke Arcopal ke (betul tak eja?), kalau pecah, menangis tak berlagu pulak. huhuuu... Dah la mahal, nipis melayang, tapi tak dinafikan memang cantik dan ade classss lah! So, bagi kami biarlah pinggan mangkuk kami cenggini je (Ini pinggan 1st yang kami beli sendiri.. ). Totally safe & save. Hohohoooo


Dan.... Inilah khidmat pinggan tu kepada kami.


Menghidangkan makanan kepada tuan nya. hehee

My sweet sour bawal. Yummeh!

Burger bakar made by hasben. Yummy...

They serve us well ^_^





Friday 18 May 2012

Bunga Pahar

Assalamualaikum semua readers...
Terima kasih masih lagi sudi baca blog yang sepi ni.
Awal semester memang super bizi. Balik keje, melepek je, penat sesangat kalah orang menoreh getah. huhuuu

Haritu ada mention kan yang saya perlu siapkan 1 misi menjelang Mei. Alhamdulillah, sudah siap dengan jayanya. Misi nya adalah menyiapkan tempahan 2 jenis bunga pahar. Tak sangka, ada jugak yang berminat dengan bunga pahar yang saya buat masa majlis kawen dulu. 

Memula tu rasa macam tak nak ambik tempahan, takut tak sempat siap. Tapi hasben suruh jugak ambik, sebab saya bukan lah keje teruk sangat pun. Time keje pun sempat lagi mengular. huhuuu.. Balik keje, malam-malam, saya takde keje. So, saya cekalkan hati, buat jugak untuk si customer pertama ni. Alhamdulillah, puas hati katanya. Tenkiu yer.. ^_^

Pink Maroon Fabric Flower
Navy Turqoise Blue Crepe Paper Flower
 
Here we go.. Ready for shipping!

Alhamdulillah, dapat la memenuhi masa terluang yang ada. Hehee... 

Friday 11 May 2012

Lesson Learned

Assalamualaikum peeps...

Semalam kat FB tengok video ni. An inspiring mother about her blind baby boy. Sayu hati tengok. What a great mother to have a very beautiful love story! Sometimes a woman get their strength from what they have go through. But, we as a Muslim must remember that God will never put you through anything if He know that you cannot handle it. God created like that for a reason. 


Memang perit menerima takdir Tuhan. Perit jugak menerima pandangan orang sekeliling. Manusia memang begitu, they wont stop judge others. Please guys (I'm referring to myself oso) do not judge other because they differs from your own. Punya anak yang istimewa memang memerlukan kesabaran yang tinggi.  



Bercakap pasal judge ni, memang kita takkan lari dari judge orang kan. Boleh, tapi tak perlulah terlalu over! Sampaikan boleh jadi mami jarum. Teringat pulak haritu saya ada post satus di FB: (Ni contoh aje)




Dan-dan je ada yang cakap saya tak bahagia dengan life after married. Saya takde langsung bercerita tentang bahagia. Saya cuma cakap yang tanggungjawab selepas kawin makin bertambah. Bukannya semudah apa yang kita bayangkan sebelum berkahwin. Pendapat kita selalu je disalah tafsir. Atau mungkin penulisan saya yang menyebabkan orang lain pikir sebaliknya.? 

Macam tu jugak bila ber SMS. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan, lain pulak yang dia tafsir. Mungkin dibaca dengan antonasi yang berlainan. Niat nak bergurau, tapi yang dia paham, saya sedang marah. Contohnya:



Ahhh...otak tepu la pulak. Tak dapat nak pikir ayat. Hahaa




Tapi itulah yang selalu berlaku, sering disalah tafsir. Hasben pesan, tak yah sms2, call je senang. Baru orang tau kita bergurau atau serius. Ke memang saya yang tak pandai nak susun ayat? Eh, perlu protokol ke nak sms? Hahahaa...

Sometimes, saya terfikir betul kan ayat ni.

When you judge others, you do not define them, you define yourself. 

Am i??

Just my 2cents!

Thursday 3 May 2012

Current situation

Assalamualaikum readers

Lately ni selalu je rasa pening-pening nak muntah bila naik kereta. Asal nak pergi atau balik dari kerja memang pening sesangat. Balik rumah terus aim toilet dulu. Muntah. Kadang-kadang bukan keluar ape pun, angin je.

Peninggggg...camne nak buat??

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Saya memang seorang yang mabuk darat. Asal naik kereta je muntah, naik bus je muntah. Haissshhh... memang tak kemana la. Duk rumah je. huhuu.. Dulu kalau nak pergi balik kampung, memang ayah akan pastikan tempat duduk saya di alas dengan surat khabar. Dan dia akan suruh saya standby plastik ditangan. Yela, nanti muntah, senang, muntah je dalam plastik, takdela kotor kereta. Tapi selalunya memang tak sempat pun nak muntah dalam plastik. hohohoo.. 

Dulu orang kata duduk belakang memang pening, sekarang duduk depan pun pening jugak. Kadang-kadang tu saya tak mahu kereta yang berair-cond sebab saya pening bau kereta yang ada air-cond! hahaa..boleh camtu? Kalau kereta ada guna pewangi yang pelik-pelik, makin bertambah la pening. Lagi-lagi bila saya nampak pokok-pokok di kiri kanan kereta pun berjalan. hahaa.. Makin laju kereta, makin laju jugak la pokok tu berjalan. Adoi, seksanya menahan pening dan loya dalam kereta!

Sekarang bila sembang-sembang dengan hasben dalam kereta, tetiba saya diam, maknanya tu saya tengah menahan pening dan loya. huhuu.. Mungkin hormon masa kecik yang mabuk darat tu datang kembali. Ohhh deritanya menahan muntah dan pening! 

Saya rasa salah satu faktor mungkin dengar radio. Sekarang ni lagu-lagu kemain lagi. Terjerit-jerit. Ntah pape. Kang tak pasang radio sunyi pulak! Takde info pulak pasal trafik. Ni kena beli cd ngaji-ngaji ni. Biar tenang sikit, dari dengar lagu yang makin kurang kualitinya. huhuu..

Any suggestion kawan-kawan?? 





Tuesday 24 April 2012

By NFA


Pada hati yang berbisik
Pada jiwa yang meronta
Ku lagukan kedamaian ini
Buat tenangkan gelora yang melanda.


Rindu
By 
NFA

Monday 23 April 2012

Monday Bluess

Assalamualaikum...
It's Monday again! Ohhhh...melepek atas meja. Hohoo

Latest project:


Yes, it's done & ready for shipping! :'D

Tuesday 10 April 2012

6 tahun berlalu....

Hi ladies...




Weekend baru ni ajak hasben mengimbau memori masa bercinta dulu....
Jalan-jalan ke rumah 4 musim, kebetulan musim bunga sekarang ni (21st March - 20 April) *ingat sebab tarikh beday. hahahaa
Masa bercinta memang suka lah pergi sini. Setiap musim akan pergi. Yelaa...nak pergi oversea tak mampu. kihkihkih
Bila tengok balik gambar, and compare dengan gambar dulu, terlalu banyak perbezaannya.
6 tahun sudah berlalu...
Dulu keding, kecik molek, sekarang dah gedempol
Pipi dah bolat
Lengan dah boleh lawan smackdown dengan hasben
Peha memang kalah lah drumstick
Dah ada sparetyre. Uwaaa.....nak kurus. nak kurus!


&... here my buncit hasben. Ni gambar sekarang. Gambar dulu-dulu tak jumpa la pulak. Saya tengok dia sekarang makin bam bam. Tapi each time orang jumpa dia, sume cakap dia makin kurus. Ishhhh sape yang silap ni sebenarnya. Confius betul.
Saya tetap nak cakap awak dah buncit cuk.
huhuuuu...

Alhamdulillah, sudah hampir 8 tahun bercinta dan sudah 15 minggu menjadi suami isteri. Semoga kami terus tabah dalam mengharungi kehidupan akan datang. 

Esok kan public holiday. Selamat bercuti kawan-kawan :'D

Monday 9 April 2012

Review: Wedding Attire

Assalamualaikum semua :)
Happy sebab minggu ni kerja cuma 2 hari. Wehuuu...honeymoon mungkin. 
Lama dah tak hapdet belog. Rindu. Masa tak mengizinkan. Tapi sempat lagi berblog walking. :'D

Now, nak cerita pasal wedding attire haritu. Walaupun tak semeriah orang lain, nak jugak cerita kat belog. Manalah tahu, even takde orang baca pun, satu hari nanti nak jugak review untuk diri sendiri. Kalau tak tulis tak ingat. Maklumlah, makin hari makin pelupa. hehee..

Masa nikah boleh review disini. Jubah menjadi pilihanku. (Permintaan arwah ibu). Lagipun ayah yang pilih, ayah yang bayarkan. Saya terima dengan tangan terbuka. :)


Baju melayu hasben, beli aje. Sampin guna ape yang ada dirumah. Hasben tak suka membeli benda yang dia jarang pakai even untuk majlis yang sekali seumur hidup ni. Saya malas nak argue lebih-lebih, mesti kalah punye. Ahahaa... So, pakailah apa yang ada. :)


Veil pulak sewa dari Puteri. Terima kasih put sudi deal dengan saya yang banyak kerenah ni. :'D Veil pergi ambik sendiri dengan put since rumah saya taklah jauh mana dengan rumah put. Thank you again and so sorry sebab kotak put kasi tu dah kemek-kemeks. Maklumlah anak buah ramai.... huhuuu..

Cantik sangat hasil kerja Intan :)
Untuk majlis bersanding pulak, kami rented di sebuah butik dekat dengan rumah. NOT RECOMMENDED AT ALL. Menyesal pun ada. Malas nak cite, menyakitkan hati. Kami pilih tema warna pink. Hasben tak kesah pun pakai pink. Niat dihati nak baju kaler purple black, tapi bila fitting tak muat kat bontot. Lebor sangat. Orang suruh diet tak nak, kan dah tak muat. Hahaahaamek kau! ... So, bakal-bakal pengantin jangan malas-malas nak diet tau!


Kain meleret-leret. Tak berkenan pun sebenarnya stail macamni. Maklumlah, majlis musim hujan. Lagipun bukan nya buat kat dewan ke hotel ke. Kat kampung aje. Tapi tulah, entah cemana boleh terpilih baju cenggini. Huhuuu...


Majlis sebelah lelaki keesokan harinya, baju sendiri aje. Baca post ni. Alhamdulillah, ramai yang cakap, better dari baju yang rented tu. huhuuu... Mula-mula rasa macam tak matching, tapi bila suai padankan dengan tudung dan veil, ok la pulak. (At least pada pandangan mata sendiri)


Veil yang masa bertandang ni veil masa saya bertunang dulu. Saya cuma tambah beads and pearls sikit-sikit. Hasben pesan, selagi boleh jimat, kita berjimatlah. Nak jadi isteri mithali kena dengar cakap bakal suami. :'D


Alhamdulillah, semua dah selesai. Nasihat untuk bakal pengantin, buatlah majlis sekadar yang termampu. Memang betul majlis kawen sekali seumur hidup, tapi biarlah berpada. Jangan nanti rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Dan jangan ikut macam saya, buat preparation last minit sokmo! huhuu... Sebaiknya bincang dengan tunang betul-betul dan firm kan pilihan korang. Saya jenis yang tak tetap pendirian. Inilah akibatnya. Nyesal tak sudah. huhuhuuu...

Bye, take care korang :)

Thursday 22 March 2012

Keperluan Utama di Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah berusia 27 tahun. Syukur, masih lagi diberi kesempatan menghirup udara dibumi pinjaman ini. Semoga lebih bersikap matang dengan ujian yang datang dan sentiasa berfikiran positif. :)

Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman hidup selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi keperluan rumah. Kata hidup berumah tangga, mestilah ada rumah dan tangga kan... :). Ok, tangga itu optional. :)

Bila dah kawen mesti kita akan move rumah sendiri kan. Tak kisahlah kalau itu hanya rumah sewa je pun. Jika duduk bersama mertua / parents sendiri - UNTUNG. Saya pun sama, masih belum mampu untuk punya rumah sendiri. Mungkin rezki belum berpihak. Sentiasa berdoa kearah itu. Dalam rumah tu pulak mesti mau ada  a few basic things. Yelaa..., mana la tau, tetibe jek mak mertua, ipar duai datang serang hendap! (based on true story) Tak ke naya. Ape mau bikin kalau apa pun takde?? Hahahaa....

Keperluan rumah yang perlu ada (just basic things):


Pinggan 1 set - at least untuk makan nasik
Cawan / Gelas - Pilih yang mana selesa


* Ok, dua benda kat atas tak perlu yang mahal-mahal. If ada pinggan & cawan plastic pun ok. Bagi yang menitik beratkan soal style, sila la beli pinggan mangkuk kaca yang nipis melayang tu. Bagi saya, tak perlu pun mahal-mahal. Asal boleh isi nasik & tuang air sudah memadai. Lagipun tetamu yang datang mesti paham, kita kan baru nak mulakan hidup baru... Jika tetamu bawak buah tangan, mestila kena ada pinggan kan.. Tak kan nak hidang atas surat khabar pulak... (Tak senonoh betul menantu aku ni....)

Tilam / Toto & Bantal
Selimut

* Yang ni saya rasa serius kena prepare awal-awal. Sekurang-kurangnya korang ada 1 toto dan 2 bijik bantal lebih. Hehee.. Selimut tu depends pada orang & tempat la kan. If rumah korang kawasan tinggi, memang sejuk la kan (macam rumah kami). Memang wajib ada selimut.....sejukkkk. Dan pada yang tido memang kena bungkus dengan selimut sure akan carik selimut punyee... So, sediakan lah 1 toto, 2 bijik bantal & sehelai selimut in case ada tetamu yang tak diundang diduga datang. 

Perkakasan Memasak - contoh: Rice cooker & kettle

* Sekarang dah jadi isteri orang. Tugas penting seorang isteri ialah memastikan makan pakai suami terjaga dengan baik. Kalau ye pun tak pandai masak, tak kan la masak air pun tak tahu kan... Jika suami tetiba nak minum kopi panas tengah-tengah malam, terpaksalah keluar carik kedai mamak yang terdekat semata-mata nak minum secawan air yang isteri sendiri tak boleh nak sediakan.. Oh, tak boleh terima akal :) 
Rice cooker zaman sekarang pun boleh masak macam-macam dalam tu. Masak steam-steam pun boleh, nak masak kari kepala ikan pun boleh.... At least kat rumah korang mesti ada satu ok. Nak lagi best beli multi-cooker, macam-macam boleh masak even bakar kek pun boleh! (saya pernah bawak masa duduk hostel dulu. sampai kantoi dengan warden. Ahahhaa...)

Sejadah & Telekong extra

* Pun penting jugak. Saya percaya korang semua mesti ada lebih dari 1 kan telekong. Kira ok la tu. Takdela nanti nak solat pun kena tunggu turn. Kan best kalau boleh berjemaah. Bercahaya rumah baru korang :). Instead, kain batik dan kain pelikat perlu la ada untuk buat salin-salin baju. 

Dulu masa arwah mak ada lagi, dia selalu pesan, even saya belum kawen, kain batik biar ada banyak, tak rugi, takut tetamu datang, nak tumpang bermalam ke, tumpang mandi ke.... At least kita boleh sediakan dia kain batik, tuala mandi & bantal untuk berehat... Kan sangat berguna nasihat mak tu. Terima kasih mak.... 

So, kawan-kawan yang baru kawen, yang nak kawen, boleh la buat senarai semak untuk rumah korang nanti. Pinggan mangkuk, cawan, kettle & rice cooker tu tak risau sangat kot sebab mesti ada dapat hadiah kawen kan :) Bantal tu saya rasa perlu ada. Kalau jalan mana-mana, nampak je orang jual bantal, saya mesti serbu. Tak kesah la bantal kekabu ke, campur ke... Yang murah-murah pun takpe, janji ada. Selimut tu kat pasar malam banyak jual :) Lega hati mertua bila tengok menantu dia pandai layan tetamu. Hehehehee.... 




Wednesday 21 March 2012

WW: Happy Birthday to Me

Kek beday taon lepas

Happy birthday to me... Wish untuk diri sendiri. Buat kek sendiri, makan pun sendiri.... Ahahaa.... Kesian kan..


Tak dengar lagi wish dari hubs.... hohoo... sedih tol. Tak ingat ke buat-buat tak ingat??

Saturday 17 March 2012

Review: My so called Hand Bouquet

Assalam super lovely peeps!
Selamat berweekend.
Minggu ni saya tak balik kampung, sebab harini kena kerja. Kalau tak mesti dah ada dikampung, either sebelah suami atau rumah ayah... 
Oh ya, sementara ada di KL cuti-cuti macam ni, saya ada mission yang perlu disiapkan sebelum bulan 5 ni disamping kerja-kerja marking paper.. Maklumlah, semester dah nak abis :'D

Pasal mission tu, nanti saya akan cerita kemudian okeh. Lagipun ramai yang dah bertanya pasal ni. :'D 
Maaf yer, tuan punya badan ada penyakit malas terlampau sekarang. ahahaa...

My dream HB...
Atcely, saya nak bunga tangan hidup untuk majlis kawen yang lalu. I mean, bunga hidup (fresh flower). :'D
Macam dalam gambar tu. Tapi apakan daya, fresh flower memang susah nak carik. Kat kampung pun takde yang tanam bunga cantik-cantik macam ni. Kalau ada, dah lama kidnap. Hahaa...
Masa saya kawen ni Intan Marliana belum buat biz fresh flower HB lagi.... If tak kawen lagi saya nak jugak HB dari Intan Marliana tu...mesti wangi..sukanya....

During engagement
Tak kan nak guna bunga kantan lagi kan macam bertunang dulu..... Tak nak dahhh...

Bila berkenan fabric HB dari Intan Norazam, saya pun belajar buat. End up, the product takdela secantik Intan Norazam buat. Boleh la daripada takde.....

Eh, orang nama Intan ni memang pandai buat HB ek?? hikhikhikkkk....


My version 
Ate....tema kan warna warni... HB pun warna warni gak laa.. Polka dot siap! hikhik..
 
Suka sangat?
See my husband. Suke benor die dapat bunga. Hahahaa... (jangan marah hubs).

Me and HB during solemn
Ni pulak HB dari butik pengantin yang saya ambik pakej baju dan pelamin tu. Tak cantik pong, bunga plastik aje, reben pun keras kejung. Kalau tau...., memang saya pergi carik bunga kantan. Redah hutan pun sanggup. Rasanya bunga kantan lagi menarik dari yang ini. Cett!

Eh eh pejam mata pulak.... with bff wani
Bye-bye...take care darls :D