Followers

Showing posts with label Al-Fatehah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatehah. Show all posts

Thursday, 20 October 2011

100 days




100 days after she left
really miss her

TQ for being such a wonderful mom in this world!
Al-Fatihah
Semoga rohnya tenang disana...

Wednesday, 17 August 2011

Permintaan Terakhir...

Hari ni genap 5minggu  1hari pemergian bonda tersayang. Al-Fatihah.

Sekejap jer masa berlalu.. Diam tak diam dah lebih sebulan mak takde. Nak dekat 3 minggu sambut puasa tanpa mak. Sayu bila kenangkan. Tapi siapa yang mampu melawan takdir Tuhan? Hanya mampu berdoa kepada Allah semoga mak tenang disana bersama insan-insan terpilih disisiNya.

Pertengahan bulan June haritu (lebih kurang sebulan sebelum mak pergi), mak ayah ada datang KL sebab nak sambut abang balik dari umrah. Walaupun mak tak larat, tapi semangatnya kuat. Digagahkan jugak kakinya berdiri menunggu ketibaan abang di KLIA. Terharu dengan kesungguhan mak. Sayang nya mak pada abang hanya kami adik beradik yang tahu.

Menunggu ketibaan abang di KLIA

Keesokan nya mak ayah duduk di rumah adik (Subang). Adik bawak mak ayah jalan-jalan di giant Kota Damansara. Di situ mak berkenan sehelai jubah putih. Katanya untuk majlis nikah kak nor (saya la tu). Ayah pun berkenan jubah tu. Banyak kali jugak mak ayah dok belek-belek jubah tu. Ayah sambung, memang sesuai sangat dengan kak nor ni. Diorang sepakat nak beli jubah tu untuk saya. Mak cakap if saya ikut memang diorang tak jadi beli, maklumla anak dia sorang ni payah sikit bab-bab nak beli-belah ni. Serba tak kena. Tapi adik bantah, dia takut saya tak berkenan sebab untuk nikah saya dah ada kain pasang untuk buat baju. Akhirnya mak ayah akur. Tak jadi la beli jubah tu.

Then, petang tu jugak adik bawak mak ayah makan-makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram.   Lepas keja saya dan Anas terus shoot ke sana. Diorang dah abis makan baru kami sampai. Huuhuuu... Best tak hengat!. Tercapai jugak impian kami adik beradik nak bawak mak ayah merasa makan kat situ. I spot that time mak behave lain macam. Dalam happy-happy tu dia macam bersedih.

Dah hampir selesai makan pun...

Dah selesai solat magrib di sana, (ayah siap jadi imam lagi..hehee) mak ayah & kakak pun berangkat balik pahang. Masa dalam kereta, saya salam dan cium mak bertubi-tubi. Mak sempat cerita pasal jubah tu. Mak cakap "ambik la duit kat mak ni, p beli jubah tu.. Mak berkenan sangat". Menitik air mata. Saya jawab, "takpe mak, nanti adik (manja kan dgn mak? hehe) p tengok jubah tu.. Bukan nak kawen lagi..." Mak sangat excited masa cerita pasal jubah tu.

Seminggu after balik dari KL, mak tetiba call saya semata-mata nak cakap pasal jubah tu. " Ishh mak berkenan sangat la jubah aritu. Nanti time cuti-cuti cuba ajak Anas p carik jubah tu. Kalau takdak duit, ambik duit mak ni.. Ayah pun berkenan jubah tu. Elok sangat kalau pakai masa nikah nanti." Dengar suara mak dari jauh sangat ceria! Excited kot. Mak sambung " Kalau tak tau kat mana tempat tu, ajak adik temankan. Dia pun tau jubah tu macamana. Beli laa.. Mak suka tengok anak mak pakai cantik-cantik." Saya hanya gelak-gelak kecil masa tu.

Tersangat rindu nak dengar suara mak. Pilu hati mengenangkan majlis yang bakal berlangsung. Beratnye rasa hati nak teruskan dengan keadaan yang begini. Tapi bila melibatkan banyak pihak, mau tak mau kena teruskan jugak. Semoga majlis nanti berjalan lancar. 

So, sekarang, keputusannya, masa nikah nanti pakai jubah. Dan misi mencari jubah dah settle sabtu lepas. Jubah tu ayah yang pilih. Nanti boleh review. Kain pasang untuk nikah tu switch jadi outfit untuk majlis bertandang nanti. InsyaAllah :)






Friday, 5 August 2011

Happy Birthday

Hye Readers semua..
Salam ke-5 Ramadhan...

Terlintas kenangan sambut puasa bersama arwah mak.. Antara febret mak masa berbuka: lompat tikam & soya cincau. Last year, tiap-tiap hari ayah p beli lompat tikam untuk mak. Menu wajib tu. Ayah lak tak pernah pun merungut bila mak pesan belikan lompat tikam time ayah ke kedai.

Tapi tahun ni...ramadhan kami sunyi, ramadhan kami sepi. Serba serbi tak kena. Terasa janggal bila sambut ramadhan tanpa mak. Bila balik rumah di kampung memang sangat-sangat terasa sunyi, sepi, sayu, pilu.. Terdengar-dengar je suara mak.. Rindunyer... Betul la kata ustaz Kazim Elias, bila mak dah takde, tengok baju-baju yang dia pakai, bergenang air mata, bila tengok tempat tidur dia, berlinang air mata, bila tengok bantal yang selalu dia guna untuk tidur menitik air mata....

Bukan salah bulan ramadhan, memang sudah tersurat begini. Pasrah. Redha.  

Today, 5th August 2011. She turn to 62. Happy Birthday mak.. Selalunya pagi-pagi lagi dah call mak wish happy birthhday sambil tanya mak nak hadiah apa... Mak mesti jawab mak tak nak apa-apa, mak nak anak mak balik, mak nak tengok senyuman anak dia, mak nak anak dia ni doakan kesihatan dia...itu jer... Syahdunya.

Right: My Mom, Left: her sister (Mak Chaq)

 Al-Fatihah. Semoga rohmu tenang disana. 

Wednesday, 27 July 2011

Hilangmu Tiada Pengganti

AJAIBNYA TANGAN IBU 

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

p/s: belakangan ni entry pasal mak aje...kehilangan insan tersayang ini amat meruntun jiwa ;'(

Tuesday, 26 July 2011

Pintu Rindu

Dear Readers...

2 minggu sebelum pemergian mak tersayang, dia sempat dengar lagu ni, PINTU RINDU by DATO' SITI NURHALIZA. Itu pun anak buah (Alia Safiyya) yang pasang. She really loves this song. Katanya lagu ni mendayu-dayu, tenang & syahdu...


p/s: Really miss her

Monday, 25 July 2011

Rindu

Assalam readers...

Sayu hati ni masih belum terubat sejak kehilangan bonda tersayang 12Julai yang lalu... Rindu padanya membuak-buak.. Rindu nak lihat wajahnya, rindu pada senyuman lembutnya, rindu pada renungan matanya yang redup, rindu sentuhan hangatnya.. rindu suara nya... I MISS EVERYTHING ABOUT HER....

Semoga mak tenang disana. Anakmu ini tak pernah lupa untuk medoakan kesejahteraan mu. InsyaAllah

Tak terbalas jasa mak selama ini. Dia wanita tabah yang tak pernah jemu mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Meskipun mak penat, biarpun mak letih, namun layanan mak tetap sama kepada ayah dan semua anak-anak.  Tak pernah sekali pun dengar mak mengeluh dengan kerja dan rutin harian sebagai isteri dan ibu. Besarnya pengorbanan mu.

Semoga mak ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi oleh Allah
 

"Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi."
-Dr. Fadzillah Kamsah- 
 

Monday, 18 July 2011

Bonda Tercinta



Al-Fatihah 
Buat Bonda Tersayang Zainab Binti Saudin
Telah Kembali ke Rahmatullah Pada
12 Julai 2011
10 Sya'aban 1432H
3.38pm
Semoga Rohnya di Cucuri Rahmat.....


Sunday, 19 June 2011

MAK TERSAYANG

Assalam to all reader.. Holla..Holla...

Dah lame kan tak hapdate belog ni.. Rindu sesangat! Sepanjang 3bulan tak hapdet belog, saya sangat2 bizi ok.. Bukan bizi dengan persiapan kawen yer.. Bizi dengan kehidupan seharian sebagai seorang anak dan seorang pekerja.. Apala yang dibuat sampai sibuk sangat tu?? hahaa...

Baru2 ni my lovely mom masuk wad..sangat sedih bila tengok orang tersayang terlantar sakit.. Sempat jugakla bermalam di wad 3hari temankan mak.. Mak ada problem terlalu banyak air dalam badan.. terus effect jantung..End up mak jadi semput, kurang oxygen. Pity her.. Kena buat nabulizer every 4hours. Air minum disukat sebanyak 1.5liters jer sehari. Di hospital memang kena pantau habis-habisan..seminggu kat hospital, kaki mak dah nampak tulang.. Kalo tak, memang bengkak..

LOVE U SO MUCH

Sekarang Alhamdulillah, dah beransur pulih... Tapi mak memang degil bab minum air.. Tak boleh dihalang.. Makin menjadi-jadi minum air nye.. "YANG PALING SEDAP.....AIR" ni ayat febret mak.. Huhuhuu.. mak..mak...Langsung dah tak pantang minum air... lagi pulak takde sape nak pantau dia minum air kat umah, lagi sakan laa.... Bila call..memang tak pernah lupa pesan kat mak: "jangan buat kerja teruk-teruk, nanti cepat penat, bila penat mula la nak carik air...bila minum air, memang macam orang tak sakit... "Dari jauh dengar mak gelak dengar ank dia membebel...huuu...

Ikutkan hati memang nak sangat kerja di kampung. dekat ngn mak ayah...boleh jenguk mereka selalu.. Mereka dah tua, dimamah usia, dah tak larat... Tiap kali balik kampung terasa berat jer hati nak balik KL semula... Sangat2 berharap dapat keje dekat2 ngn kampung agar dapat berbakti pada mereka. Apa lagi yang boleh dibuat sebagai seorang anak selain menabur bakti, membalas segala jasa2 mereka dan berdoa agar mereka sejahtera dunia akhirat...


TANPA MEREKA SIAPALAH KITA...