Followers

Showing posts with label Precious Baby. Show all posts
Showing posts with label Precious Baby. Show all posts

Friday, 11 October 2013

My Precious Pearl

Assalamualaikum...

Durra Nafeesa dah besar. Dah masuk 6bulan. Yeeayyy... Alhamdulillah, membesar dengan sempurna walau tak sebambam mana. Halus mulus jer orangnya. Ringan.. Senang nak kendong. Hihii...

Progress: Aku rasa progress dia memang express. Dah pandai merangkak. Laju sgt dah. Pastu memanjat-manjat pulak la ni... Meragas kerusi meja. Haishhhh...so active! Hahahaa.... Paling excited dengar budak-budak lain berlari/main-main kat taman. Dia pun kalut la nak join sekali. Mengekek-ngekek gelak.. Latest, dah pandai cari Mummy & Ayah kalau hilang dari pandangan kejap. Hihii..

 Durra Echa still EBM & formula milk. Tak berjaya yer nak fully breastfeed macam orang lain. Sobsss...banyak cabaran nya. Directfeed pon enggak mau. Hohoo.. Dia kurang berminat minum susu. Kalau lapar pun tak mintak kecuali lapar sangat2 dah. Mak dia la kena sentiasa alert bila anak last minum susu. Ate....dah nama pun mak kannn... 

Dah start bagi solid food since 5months, sebab dia eager sgt bila tgk kita makan sampai ternganga-nganga mulut. Bila masuk mulut kita dia nangis. hihii..lucu! So far, makan nak yang manis2 aje especially sweet potato. Suka sangat2. Tapi bila bagi sayur... Hmmmm...muka tak excited langsung. Taksuka sayur eh...nak kena babab ni...


Cha & mami...
Macam ni la style dia tengok tv..haiiii rosak la mata lama-lama nak oiii...

Another 6months until her 1st Birthday. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni......


Friday, 19 July 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Salam 10 Ramadhan.
Sekejap je masa berlalu. Pejam celik tggal 19 hari je lagi nak puasa. Alhamdulillah, masih mampu bertahan even breastfeed baby. Mula-mula memang mencabar, tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa. hihii... Lagipun my baby takdela minum banyak pun. Susu pun macam biasa production nya. Maintain. So, nak tinggal puasa sebab breastfeed macam tak padan je... Baik teruskan, lapar sikit2 tu biasa la.. hehee..

Dah lama tak merapu dalam belog. Banyak je benda nak story, tapi kekangan masa plus tak tau nak start dari mana. Nak type je, tetiba blank. Hahaa.. Dah lama tak menulis cenggitu la jadi.

Sekarang dah ada baby, baby pun dah besar.. 3 bulan dah. Kadang rasa macam baru jer bersalin. Huhuu.. Kronology bersalin masih di draft..haihhh lambat benor nak siapnye.. Tuggu anak dah besor baru nak siap agaknye..

Just to share my sweet pumpkin pie.hohoo
Durratul Nafeesa binti Anas
(precious pearls)


1week old
Born : 3.26kg

1month old
4kg
-Tidoooo jer...
-Tu naik ruam..budak tak tahan panas..tepek2 tepung ubi...huhuu

2months old
4.5kg
-Dah banyak ragam... Nangessss jer...
-Banyak muntah (bukan jeluak, dia muntah dengan banyakkk..)

2.5months old
-Dah kurang sikit nanges2 nye...sikit jelaa...

3months old
5.3kg
-Dah banyak mulut..nak sembang jer...
-Suka main air liur...masuk tangan dalam mulut sampai muntah-muntah
-Dah refuse direct feed. :(

Tulah dia my durra echa. I am now fully EP mummy, she's totally refuse directfeed, jenuh pujuk. Sedih la kan.. InsyaAllah, selagi termampu, akan bf echa sampai 2tahun. Semoga terus tabah berpumping. hihii..

Till then,
Bye-bye.. Selamat berhujung minggu...

*Rindunya kat ayah....nak balik bukak pose same2...tp tengah kering sgt2 ni...baru repair kereta.. sob sobss..