Followers

Thursday 22 March 2012

Keperluan Utama di Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah berusia 27 tahun. Syukur, masih lagi diberi kesempatan menghirup udara dibumi pinjaman ini. Semoga lebih bersikap matang dengan ujian yang datang dan sentiasa berfikiran positif. :)

Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman hidup selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi keperluan rumah. Kata hidup berumah tangga, mestilah ada rumah dan tangga kan... :). Ok, tangga itu optional. :)

Bila dah kawen mesti kita akan move rumah sendiri kan. Tak kisahlah kalau itu hanya rumah sewa je pun. Jika duduk bersama mertua / parents sendiri - UNTUNG. Saya pun sama, masih belum mampu untuk punya rumah sendiri. Mungkin rezki belum berpihak. Sentiasa berdoa kearah itu. Dalam rumah tu pulak mesti mau ada  a few basic things. Yelaa..., mana la tau, tetibe jek mak mertua, ipar duai datang serang hendap! (based on true story) Tak ke naya. Ape mau bikin kalau apa pun takde?? Hahahaa....

Keperluan rumah yang perlu ada (just basic things):


Pinggan 1 set - at least untuk makan nasik
Cawan / Gelas - Pilih yang mana selesa


* Ok, dua benda kat atas tak perlu yang mahal-mahal. If ada pinggan & cawan plastic pun ok. Bagi yang menitik beratkan soal style, sila la beli pinggan mangkuk kaca yang nipis melayang tu. Bagi saya, tak perlu pun mahal-mahal. Asal boleh isi nasik & tuang air sudah memadai. Lagipun tetamu yang datang mesti paham, kita kan baru nak mulakan hidup baru... Jika tetamu bawak buah tangan, mestila kena ada pinggan kan.. Tak kan nak hidang atas surat khabar pulak... (Tak senonoh betul menantu aku ni....)

Tilam / Toto & Bantal
Selimut

* Yang ni saya rasa serius kena prepare awal-awal. Sekurang-kurangnya korang ada 1 toto dan 2 bijik bantal lebih. Hehee.. Selimut tu depends pada orang & tempat la kan. If rumah korang kawasan tinggi, memang sejuk la kan (macam rumah kami). Memang wajib ada selimut.....sejukkkk. Dan pada yang tido memang kena bungkus dengan selimut sure akan carik selimut punyee... So, sediakan lah 1 toto, 2 bijik bantal & sehelai selimut in case ada tetamu yang tak diundang diduga datang. 

Perkakasan Memasak - contoh: Rice cooker & kettle

* Sekarang dah jadi isteri orang. Tugas penting seorang isteri ialah memastikan makan pakai suami terjaga dengan baik. Kalau ye pun tak pandai masak, tak kan la masak air pun tak tahu kan... Jika suami tetiba nak minum kopi panas tengah-tengah malam, terpaksalah keluar carik kedai mamak yang terdekat semata-mata nak minum secawan air yang isteri sendiri tak boleh nak sediakan.. Oh, tak boleh terima akal :) 
Rice cooker zaman sekarang pun boleh masak macam-macam dalam tu. Masak steam-steam pun boleh, nak masak kari kepala ikan pun boleh.... At least kat rumah korang mesti ada satu ok. Nak lagi best beli multi-cooker, macam-macam boleh masak even bakar kek pun boleh! (saya pernah bawak masa duduk hostel dulu. sampai kantoi dengan warden. Ahahhaa...)

Sejadah & Telekong extra

* Pun penting jugak. Saya percaya korang semua mesti ada lebih dari 1 kan telekong. Kira ok la tu. Takdela nanti nak solat pun kena tunggu turn. Kan best kalau boleh berjemaah. Bercahaya rumah baru korang :). Instead, kain batik dan kain pelikat perlu la ada untuk buat salin-salin baju. 

Dulu masa arwah mak ada lagi, dia selalu pesan, even saya belum kawen, kain batik biar ada banyak, tak rugi, takut tetamu datang, nak tumpang bermalam ke, tumpang mandi ke.... At least kita boleh sediakan dia kain batik, tuala mandi & bantal untuk berehat... Kan sangat berguna nasihat mak tu. Terima kasih mak.... 

So, kawan-kawan yang baru kawen, yang nak kawen, boleh la buat senarai semak untuk rumah korang nanti. Pinggan mangkuk, cawan, kettle & rice cooker tu tak risau sangat kot sebab mesti ada dapat hadiah kawen kan :) Bantal tu saya rasa perlu ada. Kalau jalan mana-mana, nampak je orang jual bantal, saya mesti serbu. Tak kesah la bantal kekabu ke, campur ke... Yang murah-murah pun takpe, janji ada. Selimut tu kat pasar malam banyak jual :) Lega hati mertua bila tengok menantu dia pandai layan tetamu. Hehehehee.... 




Wednesday 21 March 2012

WW: Happy Birthday to Me

Kek beday taon lepas

Happy birthday to me... Wish untuk diri sendiri. Buat kek sendiri, makan pun sendiri.... Ahahaa.... Kesian kan..


Tak dengar lagi wish dari hubs.... hohoo... sedih tol. Tak ingat ke buat-buat tak ingat??

Saturday 17 March 2012

Review: My so called Hand Bouquet

Assalam super lovely peeps!
Selamat berweekend.
Minggu ni saya tak balik kampung, sebab harini kena kerja. Kalau tak mesti dah ada dikampung, either sebelah suami atau rumah ayah... 
Oh ya, sementara ada di KL cuti-cuti macam ni, saya ada mission yang perlu disiapkan sebelum bulan 5 ni disamping kerja-kerja marking paper.. Maklumlah, semester dah nak abis :'D

Pasal mission tu, nanti saya akan cerita kemudian okeh. Lagipun ramai yang dah bertanya pasal ni. :'D 
Maaf yer, tuan punya badan ada penyakit malas terlampau sekarang. ahahaa...

My dream HB...
Atcely, saya nak bunga tangan hidup untuk majlis kawen yang lalu. I mean, bunga hidup (fresh flower). :'D
Macam dalam gambar tu. Tapi apakan daya, fresh flower memang susah nak carik. Kat kampung pun takde yang tanam bunga cantik-cantik macam ni. Kalau ada, dah lama kidnap. Hahaa...
Masa saya kawen ni Intan Marliana belum buat biz fresh flower HB lagi.... If tak kawen lagi saya nak jugak HB dari Intan Marliana tu...mesti wangi..sukanya....

During engagement
Tak kan nak guna bunga kantan lagi kan macam bertunang dulu..... Tak nak dahhh...

Bila berkenan fabric HB dari Intan Norazam, saya pun belajar buat. End up, the product takdela secantik Intan Norazam buat. Boleh la daripada takde.....

Eh, orang nama Intan ni memang pandai buat HB ek?? hikhikhikkkk....


My version 
Ate....tema kan warna warni... HB pun warna warni gak laa.. Polka dot siap! hikhik..
 
Suka sangat?
See my husband. Suke benor die dapat bunga. Hahahaa... (jangan marah hubs).

Me and HB during solemn
Ni pulak HB dari butik pengantin yang saya ambik pakej baju dan pelamin tu. Tak cantik pong, bunga plastik aje, reben pun keras kejung. Kalau tau...., memang saya pergi carik bunga kantan. Redah hutan pun sanggup. Rasanya bunga kantan lagi menarik dari yang ini. Cett!

Eh eh pejam mata pulak.... with bff wani
Bye-bye...take care darls :D

Tuesday 13 March 2012

Review: Bilik Pengantin

Selamat hari Selasa kawan-kawan....... :)

Sekarang dah musim cuti sekolah, jalan pun lengang sikit kan. Kalau takkkk....., keluar dari rumah je tempuh jem. Padahal tempat keje dengan rumah, dalam 10 minit jek! Tapi bila jem, kadang-kadang boleh sampai setengah jam. Masing-masing keluar menjalankan tanggungjawab. Dah nama pun duduk di KL,kalau tak jem, memang pelik la pulak kan... :)

Disebabkan hari ni hari selasa, so saya nak review pasal bilik pengantin. Sebab? Emmm...takde sebab. Sebab saya rajin kot! hahahha... uwekkkk.

Bilik pengantin saya kecik aje... Asalnya bilik tu stor, takde sape pun yang sudi tidur & kemas kat dalam tu.  Lagipun bila adik beradik balik, semua pakat-pakat tidur kat ruang tamu, kat depan tv...kat mana-mana lah as long bukan dalam bilik. Hehehee...So, banyak la yang perlu di ambil kira untuk transform bilik tu jadi bilik pengantin. 

Tapi...saya kira bertuah jugak la sebab dulu adik kawen, dia guna bilik tu as bilik pengantin. Saya cuma touch up sikit-sikit je. Ok, kita mula kan dengan yang ni dulu:

Sesi mengecat yang dibantu oleh anak-anak buah
Dulu bilik ni warna pink. Disebabkan bilik kecik, so saya tukar cat dengan warna putih, kasi reflect luas sikit. 
Saya takde gambar penuh. Boleh tengok yang ni after transform.


Dekat kepala katil tu, saya pilih hiasan yang sesimple mungkin. Tak nak nampak crowded sangat. If zoom dekat sikit akan nampak doily paper. Tak tahu nak letak ape sebab nampak kosong sangat. Last-last, doily jadi penyelamat. Sangat berguna tau! (*ni jugak idea dari Intan) huhuu...

Doilies... :) before gantung bling2...
Untuk menutup bumbung yang tak bersyiling tu, saya gantung kain ala-ala macam khemah gitu. Barula ada gaya bilik pengantin sikit. huhuu.. (Boleh bayangkan tak? -gambar penuh syiling takde)

Ini pulak sebahagian hantaran atas katil :)
Cadar pengantin adalah ihsan dari adik. Pinjam adik punye je sebab saya rasa macam tak berbaloi beli sekadar untuk pakai sehari je. huhuuu... Disebabkan cadar tu warna putih, saya selitkan dengan bantal-bantal kecik warna contra yang disulam nama kami. 

Untuk haruman pulak, saya pilih aroma dari english garden dan red rose potpourri. I really love it! Cubalah, bilik pengantin mestila kena wangi-wangi kan... :'D



Monday 12 March 2012

Review: Hantaran

Assalam lovely peeps...
Hujan renyai-renyai kat luar...sejuk sampai ke tulang sum-sum :)

Masih tak habis lagi mereview pasal kawen haritu. Harap korang sume tak bosan. hahahaa...
Lambat betul nak habiskan review ni, banyak keje plus malas plus internet slowwww...hohoo

So, entry kali ni nak review pasal hantaran ku yang tak seberapa dan serba simple. Takdela macam hantaran orang-orang sekrang ni. Meletup-letup, meriah bunga-bunga keliling. My hantaran cukup sekadar riben dari kertas gulung-gulung tu, letak bunga seketul. Dah. Pemalas ke? Taklah, jimat! 
 hewhewhewwww....

Hantaran Perempuan -------------> Lelaki
1. Sireh Junjung
2.Perfume 
3. Baju Kemeja
4. Wallet & Belt 
5. Kasut
6. Pulut Tabak
7. Coklat
8. Buah-buahan
9. Kek


Gubahan hantaran yang super simple di gubah sendiri 90% oleh pengantin. hohoo.. Guna barang-barang terpakai dari majlis adik dulu. Cuma sireh junjung aje jiran tolong buatkan. Saya suka sireh junjung ni. Cantik.

Sireh junjung yang betul-betul junjung tinggi...heee... I LIKE!


Hantaran Lelaki --------------> Perempuan
1. Sireh Junjung
2. Kain Pasang & Perfume
3. Telekong
4. Buku AKU TERIMA NIKAHNYA
5. Hand bag & Kasut
6.  Buah-buahan
7. Puding raja


Hantaran dari sebelah suami pun sempoi aje. Yang penting ikhlas & still in the budget. Ye dak?? Kain pasang mak mertua belikan. Takde dalam senarai pun, tapi dah orang nak bagi, saya terima dengan tangan dan mulut terbuka.

Sape orang Pekan? Mesti tau kan puding raja ni. Hahaa... Siap request tu dari biras ku. Mintak dia buatkan untuk hantaran. Tapi rasanya mak mertua yang buatkan. Hihihiii... (tak malu betul pompuan ni). 


Ini my reference hantaran of puding raja. Sweet kan, Plus ada fresh flower tu....memang suwwit lah! Rasa pun nyum-nyum!
Sireh junjung guna fresh flower. Wangiiiii... Tapi tak tahulah bunga ape tu... (Saya memang fail sikit bab-bab bunga ni). hahahaa...

Alhamdulillah, hampir kesemua barang-barang hantaran dah pakai. Memang tak membazir lah! huhuu... 
Oh, btw, saya dah baca buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Memang best. Senang paham dan di aplikasikan dalam kehidupan berumah tangga. Highly recommended. :)