Followers

Tuesday 23 August 2011

Hunting Jubah for Coming Eidul-Fitri

As the days passed by, I've learned to be more though person. I never forget to pray so that Allah will give me & family especially our Ayah strangeness and strong-heart to face the days ahead. 

This loss give a deep impression on us. Furthermore, Eidul-Fitri will appear soon. Of course this day bleak and dismal times, unlikes previous years. Saya merasa kehilangan sebagai anak, ayah merasa kehilangan sebagai suami, tok (ibu kepada mak) kehilangan sebagai mak. Mak-mak & bapa saudara kehilangan sebagai adik-adik. Semua orang terasa kehilangan nya. Jika ikutkan hati, mahu saja saya berkabung sampai bertahun-tahun. But Allah doesn't like us to mourn and keep crying. Doa dan sedekah kan ayat-ayat suci Al-Quran lebih dituntut dan lebih baik, I think.

Kesian ayah, dalam ramai-ramai, dialah yang paling bersedih atas kehilangan ini. Makan tak lalu, tidur tak lena, asek termenung, kadang-kadang nampak ayah sapu air mata, sayup-sayup dengar sendu tangisan nya. If ternampak ayah sedang menangis, cepat-cepat saya berlalu pergi. Bukan taknak pujuk ayah, tapi saya tak punya kekuatan untuk itu. Bila ayah nangis, saya pun turut menangis, tapi bila berhadapan dengan ayah, tak sanggup rasanya nak mengalirkan airmata ni.

Untuk megelak kan ayah terus murung di rumah kami adik-beradik ajak ayah datang ke KL. Alasan nya untuk mencari baju raya dan Iftar dirumah anak-anak, tapi hakikatnya kami tak mahu ayah terus-terusan bersedih. Rumah tu terlalu banyak menyimpan kenangan bersama arwah mak. Kami sedang berusaha untuk memujuk hati hati ayah and yes, hati kami jugak. Semoga sedikit terubat hatinya.

Raya ni kami sepakat nak pakai jubah. Kebetulan ini permintaan terakhir mak, nak tengok anak-anaknya pakai jubah. So, kami decide nak cari jubah di PKNS Shah Alam, as recommended by abang e (Abang yang no 2). At there also I found my Jubah for solem nanti. Ayah yang pilih, ayah jugak yang bayar. Ayah berkeras nak bayar, so terima jela. ;)

Bazaar di PKNS - Google 


My nikah outfit biasa aje. A plain white colour, ada la manik-manik, kilat-kilat sikit. It just fit to me and I like it so much! Masa fitting jubah tu ayah cakap, "ambikla, ni jubah yang macam mak berkenan tu..." and I saw he was crying. Sebak. Saya berusaha keras untuk menghalang air mata ni jatuh. Masa dalam fitting room, air mata jatuh jugak. :( At lease nobody can see me.

Then, settle. Kami tawaf lagi PKNS, cari jubah ayah pulak. Jumpa satu kedai, yang ayah berkenan sangat-sangat jubah nya. Tapi saiz pulak takde. So, cari punya cari jumpa la yang lagi cun, orang kedai tu cakap jubah Imam Muda selalu pakai. Tak ingat pulak ape namanya. Tapi jahitannya memang kemas, kain pun sedap, sejuk jer...setimpal dengan harganya. ;) and it really fit to ayah, terletak jer... hehe..

Abang bawak balik ayah dulu sebab takut dia tak larat. Adik pun ikut sama, maklum la, mak buyung pun tak larat nak jalan jugak. huhuu.. Yang tinggal my fiance, kakak, abg ipar dan anak buah. We continue hunting for jubah. Tapi yang sedihnya baju untuk my fiance takde. Baju yang jual tu banyak jer..tapi satu pun takde yang dia berkenan. Sabar jela. Susah yer nak cari baju yang sorang ni... Hmmm.... Nampaknya raya tahun ni pakai baju lama lagi. Se ingat saya dah dekat 5 tahun kot baju raya tu... Huhuhu... Kedekut ke hape ni??? huhu..

Wednesday 17 August 2011

Permintaan Terakhir...

Hari ni genap 5minggu  1hari pemergian bonda tersayang. Al-Fatihah.

Sekejap jer masa berlalu.. Diam tak diam dah lebih sebulan mak takde. Nak dekat 3 minggu sambut puasa tanpa mak. Sayu bila kenangkan. Tapi siapa yang mampu melawan takdir Tuhan? Hanya mampu berdoa kepada Allah semoga mak tenang disana bersama insan-insan terpilih disisiNya.

Pertengahan bulan June haritu (lebih kurang sebulan sebelum mak pergi), mak ayah ada datang KL sebab nak sambut abang balik dari umrah. Walaupun mak tak larat, tapi semangatnya kuat. Digagahkan jugak kakinya berdiri menunggu ketibaan abang di KLIA. Terharu dengan kesungguhan mak. Sayang nya mak pada abang hanya kami adik beradik yang tahu.

Menunggu ketibaan abang di KLIA

Keesokan nya mak ayah duduk di rumah adik (Subang). Adik bawak mak ayah jalan-jalan di giant Kota Damansara. Di situ mak berkenan sehelai jubah putih. Katanya untuk majlis nikah kak nor (saya la tu). Ayah pun berkenan jubah tu. Banyak kali jugak mak ayah dok belek-belek jubah tu. Ayah sambung, memang sesuai sangat dengan kak nor ni. Diorang sepakat nak beli jubah tu untuk saya. Mak cakap if saya ikut memang diorang tak jadi beli, maklumla anak dia sorang ni payah sikit bab-bab nak beli-belah ni. Serba tak kena. Tapi adik bantah, dia takut saya tak berkenan sebab untuk nikah saya dah ada kain pasang untuk buat baju. Akhirnya mak ayah akur. Tak jadi la beli jubah tu.

Then, petang tu jugak adik bawak mak ayah makan-makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram.   Lepas keja saya dan Anas terus shoot ke sana. Diorang dah abis makan baru kami sampai. Huuhuuu... Best tak hengat!. Tercapai jugak impian kami adik beradik nak bawak mak ayah merasa makan kat situ. I spot that time mak behave lain macam. Dalam happy-happy tu dia macam bersedih.

Dah hampir selesai makan pun...

Dah selesai solat magrib di sana, (ayah siap jadi imam lagi..hehee) mak ayah & kakak pun berangkat balik pahang. Masa dalam kereta, saya salam dan cium mak bertubi-tubi. Mak sempat cerita pasal jubah tu. Mak cakap "ambik la duit kat mak ni, p beli jubah tu.. Mak berkenan sangat". Menitik air mata. Saya jawab, "takpe mak, nanti adik (manja kan dgn mak? hehe) p tengok jubah tu.. Bukan nak kawen lagi..." Mak sangat excited masa cerita pasal jubah tu.

Seminggu after balik dari KL, mak tetiba call saya semata-mata nak cakap pasal jubah tu. " Ishh mak berkenan sangat la jubah aritu. Nanti time cuti-cuti cuba ajak Anas p carik jubah tu. Kalau takdak duit, ambik duit mak ni.. Ayah pun berkenan jubah tu. Elok sangat kalau pakai masa nikah nanti." Dengar suara mak dari jauh sangat ceria! Excited kot. Mak sambung " Kalau tak tau kat mana tempat tu, ajak adik temankan. Dia pun tau jubah tu macamana. Beli laa.. Mak suka tengok anak mak pakai cantik-cantik." Saya hanya gelak-gelak kecil masa tu.

Tersangat rindu nak dengar suara mak. Pilu hati mengenangkan majlis yang bakal berlangsung. Beratnye rasa hati nak teruskan dengan keadaan yang begini. Tapi bila melibatkan banyak pihak, mau tak mau kena teruskan jugak. Semoga majlis nanti berjalan lancar. 

So, sekarang, keputusannya, masa nikah nanti pakai jubah. Dan misi mencari jubah dah settle sabtu lepas. Jubah tu ayah yang pilih. Nanti boleh review. Kain pasang untuk nikah tu switch jadi outfit untuk majlis bertandang nanti. InsyaAllah :)






Friday 5 August 2011

Happy Birthday

Hye Readers semua..
Salam ke-5 Ramadhan...

Terlintas kenangan sambut puasa bersama arwah mak.. Antara febret mak masa berbuka: lompat tikam & soya cincau. Last year, tiap-tiap hari ayah p beli lompat tikam untuk mak. Menu wajib tu. Ayah lak tak pernah pun merungut bila mak pesan belikan lompat tikam time ayah ke kedai.

Tapi tahun ni...ramadhan kami sunyi, ramadhan kami sepi. Serba serbi tak kena. Terasa janggal bila sambut ramadhan tanpa mak. Bila balik rumah di kampung memang sangat-sangat terasa sunyi, sepi, sayu, pilu.. Terdengar-dengar je suara mak.. Rindunyer... Betul la kata ustaz Kazim Elias, bila mak dah takde, tengok baju-baju yang dia pakai, bergenang air mata, bila tengok tempat tidur dia, berlinang air mata, bila tengok bantal yang selalu dia guna untuk tidur menitik air mata....

Bukan salah bulan ramadhan, memang sudah tersurat begini. Pasrah. Redha.  

Today, 5th August 2011. She turn to 62. Happy Birthday mak.. Selalunya pagi-pagi lagi dah call mak wish happy birthhday sambil tanya mak nak hadiah apa... Mak mesti jawab mak tak nak apa-apa, mak nak anak mak balik, mak nak tengok senyuman anak dia, mak nak anak dia ni doakan kesihatan dia...itu jer... Syahdunya.

Right: My Mom, Left: her sister (Mak Chaq)

 Al-Fatihah. Semoga rohmu tenang disana.