Followers

Friday, 5 August 2011

Happy Birthday

Hye Readers semua..
Salam ke-5 Ramadhan...

Terlintas kenangan sambut puasa bersama arwah mak.. Antara febret mak masa berbuka: lompat tikam & soya cincau. Last year, tiap-tiap hari ayah p beli lompat tikam untuk mak. Menu wajib tu. Ayah lak tak pernah pun merungut bila mak pesan belikan lompat tikam time ayah ke kedai.

Tapi tahun ni...ramadhan kami sunyi, ramadhan kami sepi. Serba serbi tak kena. Terasa janggal bila sambut ramadhan tanpa mak. Bila balik rumah di kampung memang sangat-sangat terasa sunyi, sepi, sayu, pilu.. Terdengar-dengar je suara mak.. Rindunyer... Betul la kata ustaz Kazim Elias, bila mak dah takde, tengok baju-baju yang dia pakai, bergenang air mata, bila tengok tempat tidur dia, berlinang air mata, bila tengok bantal yang selalu dia guna untuk tidur menitik air mata....

Bukan salah bulan ramadhan, memang sudah tersurat begini. Pasrah. Redha.  

Today, 5th August 2011. She turn to 62. Happy Birthday mak.. Selalunya pagi-pagi lagi dah call mak wish happy birthhday sambil tanya mak nak hadiah apa... Mak mesti jawab mak tak nak apa-apa, mak nak anak mak balik, mak nak tengok senyuman anak dia, mak nak anak dia ni doakan kesihatan dia...itu jer... Syahdunya.

Right: My Mom, Left: her sister (Mak Chaq)

 Al-Fatihah. Semoga rohmu tenang disana. 

2 comments:

  1. hai annor, bila baca ni, rasa sayu yang teramat.yang ada mak ni pun terbayang2 apa akan jadi kalau mak dah takde nanti T_T.

    sabar ye dear.jangan lupa sedekah alfatihah.semoga arwah tenang di sana.amin..

    ReplyDelete
  2. Thanks zimie. InsyaAllah.. Amin..

    ReplyDelete