Followers

Thursday 28 April 2011

Rewang

Hye readers.. Semoga semua ceria2 selalu.. ;)

Hari ni nak story pasal rewang.. Rewang dalam erti kata lain ialah aktiviti gotong royong yang dilakukan di rumah orang kawen... Biasanya dilakukan pada hari sebelum majlis bermula. Rewang tidak semestinya dilakukan jika ada majlis kawen saja, malah turut juga dilakukan pada majlis2 yang lain seperti aqiqah, tahlil, doa selamat dan lain2.. 

Normally, majlis kat kampung bagai hilang kemeriahan nya jika takde rewang ni.. Perkara wajib tu. Tapi lain pulak jika majlis di bandar.. Sumenye pakai catering ataupun event organizer yang uruskan.. Dari dapur, bab2 masakan, susun atur meja beradap, hinggalah ke pelamin dan hiasan dalam bilik pengantin, sumenye di ambil alih oleh pihak tertentu, bukan lagi hasil kerja jiran tetangga. Bayar cash jer, sume settle!

Bagi saya yang asal dari kampung, memang sudah biasa dengan kerja2 rewang. Dari kecil ikut mak rewang di rumah orang kenduri, cuma bila dah besar ni, time cuti barulah berpeluang nak pergi merewang. Memang seronok bila hidup dalam suasana masyarakat yang mementingkan kerjasama dan tolong menolong. Terasa ringan beban yang dipikul.

 Dari mencuci beras, menyiang bahan2 untuk masak, membersihkan ayam, melapah daging semuanya dilakukan bersama, tak kira tua atau muda..perempuan mahupun laki2.. Gelak ketawa dan gurau senda menyebabkan suasana riuh rendah.. Happening. Itulah yang seronok!

Rewang biasanya start dari 2 3 hari sebelum hari besar. Contohnya, makcik2 sibuk buat kerisik, kueh mueh (koci, wajik, dodol,..etc) & macam2 la. Pakcik2 pulak sibuk siapkan khemah, cari kayu api, perkakas memasak, dll. Yang muda2 lak tolong pengantin siapkan pelamin, bilik pengantin, dan hantaran. Meriahhh....

Nak share suasana rewang during my sis wedding:
Ni cara2 basuh beras yer 

Ramai2 tolong bersihkan ayam

Siang bawang oleh kaum hawa

Siang daging lembu
 Ni sebahagian acara yang dilakukan pagi2 hari oleh orang kampung sebelum acara bermula. Lepas tu sibuk nak masak pulak, tengahari tetamu sampai dah boleh makan.. ;)

Kadang2 cara hidup kita sekarang membuatkan budaya ni dipinggirkan. Harap2 budaya rewang ni tak ditelan zaman..

7 comments:

  1. klu kat tempat sy,ade lg rewang2 nie...
    kampungkan.....
    hehehe

    memg syok tau...

    ReplyDelete
  2. annor.masa saudara mara kahwin pun memang amalkan rewang2 ni.baik kat belah johor mahupun kelantan.hehe

    ReplyDelete
  3. wah....sgt meriah......suke!!

    rewang di selangor hampir pupus...
    kat tempat org pon ade lg rewang2 ni..
    duk kg kan...tp takla semeriah tmpt nor...hehe

    ReplyDelete
  4. ekin: mmg syiok kan..terasa buat kenuri 7hari 7malam..huhuu

    ReplyDelete
  5. zimie: if kat kampung, mmg ada lg rewang2 ni...insyaallah, smg amalan ni diteruskan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  6. cik lijah: ni tak reveal lagi dari awal rewang, yg ni masa pagi2 hari knuri besar tu...mmg meriah... hehee...

    ReplyDelete
  7. kat tmpat saya pon buat rewang ni. memang meriah la..

    ReplyDelete