Followers

Thursday 3 May 2012

Current situation

Assalamualaikum readers

Lately ni selalu je rasa pening-pening nak muntah bila naik kereta. Asal nak pergi atau balik dari kerja memang pening sesangat. Balik rumah terus aim toilet dulu. Muntah. Kadang-kadang bukan keluar ape pun, angin je.

Peninggggg...camne nak buat??

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Saya memang seorang yang mabuk darat. Asal naik kereta je muntah, naik bus je muntah. Haissshhh... memang tak kemana la. Duk rumah je. huhuu.. Dulu kalau nak pergi balik kampung, memang ayah akan pastikan tempat duduk saya di alas dengan surat khabar. Dan dia akan suruh saya standby plastik ditangan. Yela, nanti muntah, senang, muntah je dalam plastik, takdela kotor kereta. Tapi selalunya memang tak sempat pun nak muntah dalam plastik. hohohoo.. 

Dulu orang kata duduk belakang memang pening, sekarang duduk depan pun pening jugak. Kadang-kadang tu saya tak mahu kereta yang berair-cond sebab saya pening bau kereta yang ada air-cond! hahaa..boleh camtu? Kalau kereta ada guna pewangi yang pelik-pelik, makin bertambah la pening. Lagi-lagi bila saya nampak pokok-pokok di kiri kanan kereta pun berjalan. hahaa.. Makin laju kereta, makin laju jugak la pokok tu berjalan. Adoi, seksanya menahan pening dan loya dalam kereta!

Sekarang bila sembang-sembang dengan hasben dalam kereta, tetiba saya diam, maknanya tu saya tengah menahan pening dan loya. huhuu.. Mungkin hormon masa kecik yang mabuk darat tu datang kembali. Ohhh deritanya menahan muntah dan pening! 

Saya rasa salah satu faktor mungkin dengar radio. Sekarang ni lagu-lagu kemain lagi. Terjerit-jerit. Ntah pape. Kang tak pasang radio sunyi pulak! Takde info pulak pasal trafik. Ni kena beli cd ngaji-ngaji ni. Biar tenang sikit, dari dengar lagu yang makin kurang kualitinya. huhuu..

Any suggestion kawan-kawan?? 





4 comments:

  1. as pun masa kecik-kecik mabuk darat. tapi bila dh besar ni tak ada..cuma kena selalu makan sebab takut mgrain pulak. tp kalau mgrain dan jln jauh sy kompom muntah dlm kereta..hehehe sampai tunang tegor tak boleh jalan jauh ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kita senasib as...mabuk kereta :) lately ni je sll pening. adoila..

      Delete
  2. dah ade baby kot??ke mmg dah ade???hihihihiih..sbb dekde skang cam 2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? ni xcheck ape pun sbb period mcm biase tiap2 bulan..

      Delete