Followers

Monday, 9 April 2012

Review: Wedding Attire

Assalamualaikum semua :)
Happy sebab minggu ni kerja cuma 2 hari. Wehuuu...honeymoon mungkin. 
Lama dah tak hapdet belog. Rindu. Masa tak mengizinkan. Tapi sempat lagi berblog walking. :'D

Now, nak cerita pasal wedding attire haritu. Walaupun tak semeriah orang lain, nak jugak cerita kat belog. Manalah tahu, even takde orang baca pun, satu hari nanti nak jugak review untuk diri sendiri. Kalau tak tulis tak ingat. Maklumlah, makin hari makin pelupa. hehee..

Masa nikah boleh review disini. Jubah menjadi pilihanku. (Permintaan arwah ibu). Lagipun ayah yang pilih, ayah yang bayarkan. Saya terima dengan tangan terbuka. :)


Baju melayu hasben, beli aje. Sampin guna ape yang ada dirumah. Hasben tak suka membeli benda yang dia jarang pakai even untuk majlis yang sekali seumur hidup ni. Saya malas nak argue lebih-lebih, mesti kalah punye. Ahahaa... So, pakailah apa yang ada. :)


Veil pulak sewa dari Puteri. Terima kasih put sudi deal dengan saya yang banyak kerenah ni. :'D Veil pergi ambik sendiri dengan put since rumah saya taklah jauh mana dengan rumah put. Thank you again and so sorry sebab kotak put kasi tu dah kemek-kemeks. Maklumlah anak buah ramai.... huhuuu..

Cantik sangat hasil kerja Intan :)
Untuk majlis bersanding pulak, kami rented di sebuah butik dekat dengan rumah. NOT RECOMMENDED AT ALL. Menyesal pun ada. Malas nak cite, menyakitkan hati. Kami pilih tema warna pink. Hasben tak kesah pun pakai pink. Niat dihati nak baju kaler purple black, tapi bila fitting tak muat kat bontot. Lebor sangat. Orang suruh diet tak nak, kan dah tak muat. Hahaahaamek kau! ... So, bakal-bakal pengantin jangan malas-malas nak diet tau!


Kain meleret-leret. Tak berkenan pun sebenarnya stail macamni. Maklumlah, majlis musim hujan. Lagipun bukan nya buat kat dewan ke hotel ke. Kat kampung aje. Tapi tulah, entah cemana boleh terpilih baju cenggini. Huhuuu...


Majlis sebelah lelaki keesokan harinya, baju sendiri aje. Baca post ni. Alhamdulillah, ramai yang cakap, better dari baju yang rented tu. huhuuu... Mula-mula rasa macam tak matching, tapi bila suai padankan dengan tudung dan veil, ok la pulak. (At least pada pandangan mata sendiri)


Veil yang masa bertandang ni veil masa saya bertunang dulu. Saya cuma tambah beads and pearls sikit-sikit. Hasben pesan, selagi boleh jimat, kita berjimatlah. Nak jadi isteri mithali kena dengar cakap bakal suami. :'D


Alhamdulillah, semua dah selesai. Nasihat untuk bakal pengantin, buatlah majlis sekadar yang termampu. Memang betul majlis kawen sekali seumur hidup, tapi biarlah berpada. Jangan nanti rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Dan jangan ikut macam saya, buat preparation last minit sokmo! huhuu... Sebaiknya bincang dengan tunang betul-betul dan firm kan pilihan korang. Saya jenis yang tak tetap pendirian. Inilah akibatnya. Nyesal tak sudah. huhuhuuu...

Bye, take care korang :)

Thursday, 22 March 2012

Keperluan Utama di Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah berusia 27 tahun. Syukur, masih lagi diberi kesempatan menghirup udara dibumi pinjaman ini. Semoga lebih bersikap matang dengan ujian yang datang dan sentiasa berfikiran positif. :)

Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman hidup selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi keperluan rumah. Kata hidup berumah tangga, mestilah ada rumah dan tangga kan... :). Ok, tangga itu optional. :)

Bila dah kawen mesti kita akan move rumah sendiri kan. Tak kisahlah kalau itu hanya rumah sewa je pun. Jika duduk bersama mertua / parents sendiri - UNTUNG. Saya pun sama, masih belum mampu untuk punya rumah sendiri. Mungkin rezki belum berpihak. Sentiasa berdoa kearah itu. Dalam rumah tu pulak mesti mau ada  a few basic things. Yelaa..., mana la tau, tetibe jek mak mertua, ipar duai datang serang hendap! (based on true story) Tak ke naya. Ape mau bikin kalau apa pun takde?? Hahahaa....

Keperluan rumah yang perlu ada (just basic things):


Pinggan 1 set - at least untuk makan nasik
Cawan / Gelas - Pilih yang mana selesa


* Ok, dua benda kat atas tak perlu yang mahal-mahal. If ada pinggan & cawan plastic pun ok. Bagi yang menitik beratkan soal style, sila la beli pinggan mangkuk kaca yang nipis melayang tu. Bagi saya, tak perlu pun mahal-mahal. Asal boleh isi nasik & tuang air sudah memadai. Lagipun tetamu yang datang mesti paham, kita kan baru nak mulakan hidup baru... Jika tetamu bawak buah tangan, mestila kena ada pinggan kan.. Tak kan nak hidang atas surat khabar pulak... (Tak senonoh betul menantu aku ni....)

Tilam / Toto & Bantal
Selimut

* Yang ni saya rasa serius kena prepare awal-awal. Sekurang-kurangnya korang ada 1 toto dan 2 bijik bantal lebih. Hehee.. Selimut tu depends pada orang & tempat la kan. If rumah korang kawasan tinggi, memang sejuk la kan (macam rumah kami). Memang wajib ada selimut.....sejukkkk. Dan pada yang tido memang kena bungkus dengan selimut sure akan carik selimut punyee... So, sediakan lah 1 toto, 2 bijik bantal & sehelai selimut in case ada tetamu yang tak diundang diduga datang. 

Perkakasan Memasak - contoh: Rice cooker & kettle

* Sekarang dah jadi isteri orang. Tugas penting seorang isteri ialah memastikan makan pakai suami terjaga dengan baik. Kalau ye pun tak pandai masak, tak kan la masak air pun tak tahu kan... Jika suami tetiba nak minum kopi panas tengah-tengah malam, terpaksalah keluar carik kedai mamak yang terdekat semata-mata nak minum secawan air yang isteri sendiri tak boleh nak sediakan.. Oh, tak boleh terima akal :) 
Rice cooker zaman sekarang pun boleh masak macam-macam dalam tu. Masak steam-steam pun boleh, nak masak kari kepala ikan pun boleh.... At least kat rumah korang mesti ada satu ok. Nak lagi best beli multi-cooker, macam-macam boleh masak even bakar kek pun boleh! (saya pernah bawak masa duduk hostel dulu. sampai kantoi dengan warden. Ahahhaa...)

Sejadah & Telekong extra

* Pun penting jugak. Saya percaya korang semua mesti ada lebih dari 1 kan telekong. Kira ok la tu. Takdela nanti nak solat pun kena tunggu turn. Kan best kalau boleh berjemaah. Bercahaya rumah baru korang :). Instead, kain batik dan kain pelikat perlu la ada untuk buat salin-salin baju. 

Dulu masa arwah mak ada lagi, dia selalu pesan, even saya belum kawen, kain batik biar ada banyak, tak rugi, takut tetamu datang, nak tumpang bermalam ke, tumpang mandi ke.... At least kita boleh sediakan dia kain batik, tuala mandi & bantal untuk berehat... Kan sangat berguna nasihat mak tu. Terima kasih mak.... 

So, kawan-kawan yang baru kawen, yang nak kawen, boleh la buat senarai semak untuk rumah korang nanti. Pinggan mangkuk, cawan, kettle & rice cooker tu tak risau sangat kot sebab mesti ada dapat hadiah kawen kan :) Bantal tu saya rasa perlu ada. Kalau jalan mana-mana, nampak je orang jual bantal, saya mesti serbu. Tak kesah la bantal kekabu ke, campur ke... Yang murah-murah pun takpe, janji ada. Selimut tu kat pasar malam banyak jual :) Lega hati mertua bila tengok menantu dia pandai layan tetamu. Hehehehee.... 




Wednesday, 21 March 2012

WW: Happy Birthday to Me

Kek beday taon lepas

Happy birthday to me... Wish untuk diri sendiri. Buat kek sendiri, makan pun sendiri.... Ahahaa.... Kesian kan..


Tak dengar lagi wish dari hubs.... hohoo... sedih tol. Tak ingat ke buat-buat tak ingat??

Saturday, 17 March 2012

Review: My so called Hand Bouquet

Assalam super lovely peeps!
Selamat berweekend.
Minggu ni saya tak balik kampung, sebab harini kena kerja. Kalau tak mesti dah ada dikampung, either sebelah suami atau rumah ayah... 
Oh ya, sementara ada di KL cuti-cuti macam ni, saya ada mission yang perlu disiapkan sebelum bulan 5 ni disamping kerja-kerja marking paper.. Maklumlah, semester dah nak abis :'D

Pasal mission tu, nanti saya akan cerita kemudian okeh. Lagipun ramai yang dah bertanya pasal ni. :'D 
Maaf yer, tuan punya badan ada penyakit malas terlampau sekarang. ahahaa...

My dream HB...
Atcely, saya nak bunga tangan hidup untuk majlis kawen yang lalu. I mean, bunga hidup (fresh flower). :'D
Macam dalam gambar tu. Tapi apakan daya, fresh flower memang susah nak carik. Kat kampung pun takde yang tanam bunga cantik-cantik macam ni. Kalau ada, dah lama kidnap. Hahaa...
Masa saya kawen ni Intan Marliana belum buat biz fresh flower HB lagi.... If tak kawen lagi saya nak jugak HB dari Intan Marliana tu...mesti wangi..sukanya....

During engagement
Tak kan nak guna bunga kantan lagi kan macam bertunang dulu..... Tak nak dahhh...

Bila berkenan fabric HB dari Intan Norazam, saya pun belajar buat. End up, the product takdela secantik Intan Norazam buat. Boleh la daripada takde.....

Eh, orang nama Intan ni memang pandai buat HB ek?? hikhikhikkkk....


My version 
Ate....tema kan warna warni... HB pun warna warni gak laa.. Polka dot siap! hikhik..
 
Suka sangat?
See my husband. Suke benor die dapat bunga. Hahahaa... (jangan marah hubs).

Me and HB during solemn
Ni pulak HB dari butik pengantin yang saya ambik pakej baju dan pelamin tu. Tak cantik pong, bunga plastik aje, reben pun keras kejung. Kalau tau...., memang saya pergi carik bunga kantan. Redah hutan pun sanggup. Rasanya bunga kantan lagi menarik dari yang ini. Cett!

Eh eh pejam mata pulak.... with bff wani
Bye-bye...take care darls :D

Tuesday, 13 March 2012

Review: Bilik Pengantin

Selamat hari Selasa kawan-kawan....... :)

Sekarang dah musim cuti sekolah, jalan pun lengang sikit kan. Kalau takkkk....., keluar dari rumah je tempuh jem. Padahal tempat keje dengan rumah, dalam 10 minit jek! Tapi bila jem, kadang-kadang boleh sampai setengah jam. Masing-masing keluar menjalankan tanggungjawab. Dah nama pun duduk di KL,kalau tak jem, memang pelik la pulak kan... :)

Disebabkan hari ni hari selasa, so saya nak review pasal bilik pengantin. Sebab? Emmm...takde sebab. Sebab saya rajin kot! hahahha... uwekkkk.

Bilik pengantin saya kecik aje... Asalnya bilik tu stor, takde sape pun yang sudi tidur & kemas kat dalam tu.  Lagipun bila adik beradik balik, semua pakat-pakat tidur kat ruang tamu, kat depan tv...kat mana-mana lah as long bukan dalam bilik. Hehehee...So, banyak la yang perlu di ambil kira untuk transform bilik tu jadi bilik pengantin. 

Tapi...saya kira bertuah jugak la sebab dulu adik kawen, dia guna bilik tu as bilik pengantin. Saya cuma touch up sikit-sikit je. Ok, kita mula kan dengan yang ni dulu:

Sesi mengecat yang dibantu oleh anak-anak buah
Dulu bilik ni warna pink. Disebabkan bilik kecik, so saya tukar cat dengan warna putih, kasi reflect luas sikit. 
Saya takde gambar penuh. Boleh tengok yang ni after transform.


Dekat kepala katil tu, saya pilih hiasan yang sesimple mungkin. Tak nak nampak crowded sangat. If zoom dekat sikit akan nampak doily paper. Tak tahu nak letak ape sebab nampak kosong sangat. Last-last, doily jadi penyelamat. Sangat berguna tau! (*ni jugak idea dari Intan) huhuu...

Doilies... :) before gantung bling2...
Untuk menutup bumbung yang tak bersyiling tu, saya gantung kain ala-ala macam khemah gitu. Barula ada gaya bilik pengantin sikit. huhuu.. (Boleh bayangkan tak? -gambar penuh syiling takde)

Ini pulak sebahagian hantaran atas katil :)
Cadar pengantin adalah ihsan dari adik. Pinjam adik punye je sebab saya rasa macam tak berbaloi beli sekadar untuk pakai sehari je. huhuuu... Disebabkan cadar tu warna putih, saya selitkan dengan bantal-bantal kecik warna contra yang disulam nama kami. 

Untuk haruman pulak, saya pilih aroma dari english garden dan red rose potpourri. I really love it! Cubalah, bilik pengantin mestila kena wangi-wangi kan... :'D