Followers

Friday 27 January 2012

Review: Akad Nikah

Assalamualaikum


Sempena dah sebulan kami bernikah, so hari ni nak share la dengan semua a few gambar masa akad nikah. :) Sekejap je masa berlalu kan, tak sedar langsung. My solemn ceremony was very simple. Majlis berlangsung selepas majlis marhaban dan berendoi diadakan. Lebih kurang pukul 9.20am camtu.

Masa ni dua-dua tengah layan perasaan  dengar khutbah
Saat dia melafazkan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'
Ayah yang walikan saya. Semua adik beradik, ayah yang walikan. Walaupun ayah kena strok (tangan kanan masih belum pulih sepenuhnya) dia tetap gagah menggenggam tangan menantunya. Terharu. Terima kasih ayah.


Dua kali you all, lafaz nikah... hahahaa.... bajet sekali je dah boleh lepas, tapi saksi sebelah saya pulak cakap tak berapa jelas. Tambah pulak budak-budak kecik dok menjerit sakan time tu. huhuu... asben tak puas hati. hahaa... Takpe, orang kata kalau sekali lafaz tu gelojoh, 2 kali tu standard la... hahaa~~~

Dan akhirnya... ALHAMDULILLAH
Suami sedang baca lafaz taklik
Ce tengok gambar kat atas ni. Spot my sis yang pakai tudung kaler merah tu. She was crying sakan. hikhik... Sebenarnya majlis nikah ni majlis air mata. Semua menangis, dari ayah, abang, kakak-kakak, adik, semua laa.. Dok sok sek sok sek kat belakang saya. My pengapit oso. Menangis jugak. Saya pun sedih, tapi tahan je sebak dalam hati... Tak mau start nangis, sebab bila dah start memang payah nak berenti. (Ni terjadi masa majlis bertandang, will story soon..).


Majlis nikah sekejap aje... Tak sempat nak bergambar outdoor macam orang lain. Sebab sibuk nak bersiap untuk majlis sanding pulak. Agak kelam kabut sikit, tapi saya buat-buat cool aje... hahaa...

presenting.... hubby & wifey :)

4 comments:

  1. Replies
    1. hehee..mmg sebak.nnt time dhiera pulak...kite tgk cmne yek... :)

      Delete
    2. sm la kte dear..i pn xsmpt outdoor aftr nikah..coz rushing tk blik khatam quran..huhuhu

      Delete
    3. kalau banyak acara memang sll jadi cmni..tak sempat nak bergambo sakan..hikhik...

      Delete